Abe Teir diiringi polis Israel untuk dibawa masuk ke mahkamah sebelum dijatuhi hukuman penjara. |
Sebelum ini, penahanan Mohammed Abu Teir, 64, telah dilanjutkan beberapa kali dan pada 2010, dia bersama beberapa Ahli Parlimen Palestin ditahan di Baitulmaqdis Timur selepas Israel membatalkan permit kediaman mereka di sana lapor Press TV.
Sejak itu, Abu Teir yang juga ahli kanan kumpulan Hamas terpaksa hidup dalam buangan di Tebing Barat Ramallah.
Menurut pegawai Palestin, pemerintahan Israel adalah selari dengan rancangan Tel Aviv untuk mengusir penduduk Palestin keluar dari Baitulmaqdis dalam usaha menjadikannya bandar Yahudi.
Difahamkan, Israel telah berusaha mengubah demografi Baitulmaqdis sejak 10 tahun lalu dengan membina penempatan haram, memusnahkan tempat bersejarah dan mengusir penduduk Palestin tempatan yang tinggal di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment