Tuesday 15 July 2014

Boikot: Kita yang terkesan bukan Israel

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan memboikot itu boleh menyebabkan pekerja di kilang-kilang yang memproses di Malaysia kehilangan pekerjaan.

"Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana.

"Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini.

Menurutnya, keputusan memboikot barangan itu boleh dilaksanakan sekiranya syarikat tersebut jelas menyokong Israel.

"Jadi, kita kena fikir betul-betul. Kalau boikot sesetengah produk, yang rasa kesannya bukan Israel tapi orang kita, pekerja kita, rakyat kita dan sebagainya.

"Kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong (Israel) dan tidak ada kena mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya," katanya.

Gencatan senjata: Netanyahu beri amaran kepada Hamas


2014/07/15

BANDARAYA GAZA: Perdana Menteri Israeli, Benjamin Netanyahu, memberi amaran kepada Hamas bahawa Israel akan meningkatkan serangan ke atas militan Gaza jika Hamas menolak gencatan senjata yang dicadangkan Mesir.

Gencatan senjata itu sepatutnya berkuatkuasa awal hari ini tetapi tentera Israel berkata 24 roket sudah ditembak ke arah Israel dari Gaza yang dikuasai Hamas sejak waktu gencatan senjata itu sepatutunya bermula.

Netanyahu berkata bahawa "jika Hamas menolak cadangan Mesir dan tembakan roket dari Gaza tidak berhenti, dan ia kelihatan seperti itu, kami bersedia meneruskan dan mempertingkatkan operasi". - AP 

palestin

palestin

Israel Petakan Kekuatan Tentera Hamas. Hebat juga Hamas ni

Israel Petakan Kekuatan Militer Hamas. (Foto: IDF)
Israel Petakan Kekuatan Tentera Hamas. (Foto: IDF) 

  TEL AVIV - Konflik Israel-Hamas masih belum ada tanda-tanda mereda. Israel terus memburu Hamas dan memetakan kekuatan tentera musuh merela.
Seperti dikutip Selasa (15/7/2014) dari data Israel Defense Forces (IDF), area Gaza dikenalpasti   sebagai wilayah yang terdapat kelompok-kelompok teroris. Israel pun mengaku telah berhasil melakukan pemetaan kekuatan Hamas beserta peralatan tentera yang dimilikinya.

Berikut perincian kekuatan  Tentera Hamas versi Israel:
 
 Roket jarak pendek (15-20 km)

1. Lebih dari 1,.000 unit roket rakitan dengan jarak tembak 15 km.
2. Lebih dari 2,500 unit roket selundupan dengan jarak tembak 15 km.
3. Approx rakitan 200 unit jenis roket Grad dengan jarak tembak 20 km.
4. Approx selundupan 200 unit jenis roket Grad dengan jarak tembak 20 km.
 
 Roket jarak sederhana (45 km)

1. Approx rakitan 200 units jenis roket Grad dengan jarak tembak 45 km.
2. Approx selundupan 1,000 unit jenis roket Grad dengan jarak tembak 45 km.
 
 Roket jarak msederhana-panjang (80 km)

1. Lebih dari 400 unit roket rakitan jarak menengah.
2. Beberapa lusin rocket berjarak menengah 80 km,
 
 Roket jarak jauh (100-200 km)

1. Puluhan rockets jarak jauh berjarak 100-200 km.

Secara total IDF mengidentifikasikan kekuatan Hamas memiliki lebih dari 6,000 roket.
 
 (rhs) Okezone

palestin

#GazaUnderAttack | Terkini 

Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membuat kejutan terbaru dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama "Ababil", sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil.

Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. 

Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas.

Nantikan!

#OperasiBadar

Sumber : Shehab [IH]

via Aqsa Syarif
 

Pertahan Palestin: Negara Arab tidak boleh diharap


ABD SHUKUR HARUN | .
NEGARA Arab dalam kedudukannya paling lemah sekarang dan terjebak pula dalam kancah perang saudara, tidak mungkin dapat menolong umat Islam di Palestin yang kini diserang secara gila oleh Israel.

Lebih-lebih lagi rejim tentera Mesir sendiri yang kini berkuasa begitu akrab dengan Israel, malah menutup Trowong Gaza, yang selama ini digunakan oleh umat Islam menyalurkan bantuan makanan dan perubatan kepada umat Islam Palestin. Kini bantuan hanya melalui perbatasan Rafah, tetapi menghadapi pelbagai sekatan oleh tentera Mesir.

Pelbagai pihak menuntut Mesir supaya membuka pintu sempadan Refah itu secara kekal, kerana ini adalah persoalan hidup mati umat Islam di Gaza. Terapi belum ada jawapan dari tentera Mesir.

Ada laporan mengatakan bahawa stok makanan dan perubatan di Gaza kini tidak sampai 30 peratus saja lagi sejak beberapa hari lalu dan akan terus berkurangan.  Malah ada laporan terkini bahawa hospital di Gaza telah kehabisan ubat-ubatan dan bahan api, sedangkan mereka yang tercedera semakin ramai.

Dalam masa yang sama tiada lagi kawasan selamat di Gaza, melainkan menjadi sasaran serangan udara dan darat Israel.

Israel mengaku mengerahkan 20,000 pasukan tentera simpanannya untuk serangan di Gaza yang kini memasuki minggu kedua. Bagaimanapun kebanyakan serangan setakat ini dilakukan daripada udara, dengan 1,200 sasaran telah dibedil.

Hamas, pejuang Islam yang mendominasi Gaza, melancarkan ratusan roket ke Israel, menyerang jauh lebih dalam ke nagara itu berbanding sebelum ini. Tetapi dibalas oleh Israel dengan serangan udara besar-besaran.

Siapakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat Palestin untuk membantu mereka kerana dunia Arab semakin lemah dan berpecah-belah, terlibat dalam kancah perang saudara di Iraq dan Syria yang menuju kepada kehancuran kedua-duanya.

Walaupun ada penyatuan Hamas dan Fatah yang kini dalam proses untuk membentuk semula Kerajaan Perpaduan, tetapi sebenarnya hanya satu suara penyatuan kepada Palestin untuk berurusan dengan Barat dan PBB. Dari segi ketenteraan, tiada ada yang perlu dibimbangkan oleh Israel kerana kekuatan tentera Hamas dan Fatah tidak seberapa.

Perlu diingat di bawah pemerintahan baru rejim tentera Mesir dengan presidennya, General al-Sisi, Mesir menjadi sahabat paling rapat dengan Israel.

Malah Israel sangat gembira dengan tindakan al-Sisi merampas kuasa daripada Presiden Muhd Morsi tahun lalu dengan membunuh, mencedera serta memenjarakan puluhan ribu anggota Ikhwanul-Muslimin, jemaah Islam yang sangat digeruni oleh Israel.

Dalam masa yang sama, negara Arab kaya, kecuali Qatar, telah memberi bantuan kewangan dan peralatan tentera kepada rejim tentera al-Sisi.

Sementara itu dua negara Arab – Iraq dan Syria – sedang teribat dalam perang saudara. Beribu-ribu orang telah terkorban serta puluhan ribu pula jadi pelarian untuk menyelamatkam diri. Tiba-tiba diisytihar pula apa yang disebut Daulah Islamiyah dipimpin oleh seorang tokoh Iraq yang dinobatkan sebagai Khalifah Dunia Islam – iaitu Khalifah Abu Bekr Al-Baghdadi - yang kononnya akan memerintah, bukan saja wilayah Iraq dan Syria, bahkan dunia Islam seluruhnya. Ini bukan sebuah lawak jenaka, tapi ia sesuatu pelik.

Pergolakan terbaru ini menyusul selepas apa yang dipanggil Kumpulan Dunia Islam Iraq dan wilayahnya (ISIL) menawan beberapa kota penting di Iraq di mana kumpulan ini dikatakan dibiayai oleh negara Arab yang kaya. Ini menyebabkan pertempuran darah di Iraq dan Syria itu terus berlaku dan sukar ditamatkan.

Sehubungan itu, dalam satu temuramahnya dengan sebuah agensi berita antarabangsa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Natanyahu memberitahu sekutunya, Amerika, “Ketika negara Arab terus berbalah, kita perlemahkan lagi mereka dan kita perkuatkan kedudukan kita.”

Oleh sebab itu, ada pendapat mengatakan bahawa serangan paling ganas tentera Israel terhadap umat Islam Gaza sekarang ini, antara lain, kerana kini kedudukan negara Arab sangat lemah dan tidak mungkin ia dapat membantu umat Islam Palestin.

Seperti diketahui, Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menjadi penonton yang pasif menyaksikan sauadara-saudara Islamnya di Palestin menjadi mangsa kezaliman Israel. Saya kira inilah dua pertubuhan Islam yang sangat lemah kerana tidak berupaya menolong umat Islam Palestin.

Dalam masa yang sama, di istana pemerintah negara Arab yang kaya, kehidupan bermewah-mewah menjadi amalan di negara kaya itu. Umpamanya, seperti gambar yang tersiar, majlis iftar Ramadan disajikan dengan makanan mewah dan lazat begitu banyak sekali. Di sana kerabat di raja Arab yang kaya itu menikmati hidangan. Tidak semua hidangan lazat itu dapat dihabiskan, maka sebahagian darinya dibawa pulang oleh orang gaji, atau dibuang ke tong sampah kerana terlalu banyak.

Ini adalah pandangan biasa bukan saja di istana raja, bahkan juga di pebagai hotel mewah di negara Arab yang kaya. Iaitu gaya hidup yang sangat kontras dengan kehidupan umat Islam di Palestin dan di pelbagai negara di dunia di mana begitu ramai terdapat rakyat miskin.

Oleh itu dengan watak negara Arab sedemikian rupa, maka hampir-hampir mustahil mereka dapat membantun umat Islam Paestin.

Bagaimanapun mestilah diakui bahawa para pejuang Arablah yang paling ramai gugur syahid melawan Israel dan pemerintah rejim Arab yang zalim.

Sementara itu, dunia Islam di luar Semenanjung Arab, terutama di benua kecil India, iaitu Pakistan dan Afghanistan juga tidak henti-hentinya menyerang antara satu sama lain hingga kedudukan umat Islam di sana begitu lemah. Kumpulan Syiah menyerang golongan Sunni, begitu sebaliknya, membunuh demikian ramai rakyat hingga kini. Masjid dan tempat kediaman serta tempat awam diserang, menimpakan korban banyak nyawa.

Dalam suasana dunia Islam sedemikian rupa, umat Islam di Gaza terus-menerus mengharungi kehidupan dengan darah dan air mata, tetapi masih mampu meneruskan jihad menentang Israel. -HARAKAHDAILY 15/7/2014

Lima pakar Malaysia tabur bakti di Gaza


KUALA LUMPUR: Lima pakar perubatan dari Malaysia akan berlepas ke Semenanjung Gaza bagi membantu rakyat Palestin yang cedera ekoran serangan udara tentera Israel.

Mereka terdiri daripada pakar bedah ortopedik, pakar bius dan pakar neurologi yang akan berlepas Jumaat ini di bawah misi kecemasan Aman Palestin.
Mereka diketuai pakar bedah ortopedik Dr Mohamad Nor Sundari dari Pusat Perubatan Kuantan, Dr Zairul Nizam Zainol Fitri dari Hospital Pakar Senawang, Dr Mafeitzal Mamat dari Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara, Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar dari Hospital Columbia, Setapak dan Dr Kamarul Al-Haq Abd Ghani dari Hospital Serdang.

Dr Mohamad berkata, mereka akan turut membawa bekalan ubat-ubatan.


Beliau yang pernah dua kali menyertai misi kemanusiaan ke Gaza sebelum ini menganggap misi kali ini lebih mencabar.


"Misi saya sebelum ini lebih kepada misi selepas peperangan atau berupa bantuan kemanusiaan. Tetapi kali ini ianya lebih besar, penduduk Gaza sedang diserang," katanya.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terbunuh manakala beratus-ratus lagi cedera dalam serangan yang turut memusnahkan masjid, sekolah dan rumah.

Dr Mohamad pertama kali ke Gaza pada tahun 2009 dan kali kedua tahun lepas. Semasa berkhidmat di Gaza, beliau menjalankan 21 pembedahan ke atas 21 orang rakyat Gaza.

Selain Gaza, beliau pernah menyertai misi kemanusiaan di bawah Mercy Malaysia semasa berlaku konflik agama di Ambon, tsunami di Acheh dan gempa bumi di Pulau Nias, Sumatera. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Briged al-Qassam tolak gencatan senjata


GAZA 15 Julai - Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam hari ini menolak cadangan gencatan senjata oleh Mesir bagi menamatkan serangan Israel ke atas Palestin.
Briged al-Qassam berkata, pihaknya masih belum menerima dokumen cadangan gencatan senjata, namun petikan yang disiarkan media menunjukkan ia merupakan satu `inisiatif tunduk dan menyerah diri'.
"Serangan balas kami terhadap musuh akan diteruskan dan ditingkatkan," kata briged itu dalam laman web rasminya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_12/Briged-al-Qassam-tolak-gencatan-senjata#ixzz37XZK4Qrn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel setuju pelan gencatan senjata


BAITULMAQDIS 15 Julai - Kabinet Israel hari ini menerima cadangan gencatan senjata yang ditaja oleh Mesir, seminggu selepas menyerang Gaza dan menyebabkan beratus-ratus rakyat Palestin terbunuh,
Jurucakap Presiden Israel, Ofir Gendelman berkata, Kabinet menerima inisiatif Mesir itu bermula 9 pagi (2 petang) ini.
Keputusan itu dibuat selepas menteri-menteri dalam jawatankuasa keselamatan mengadakan pertemuan untuk menimbang cadangan gencatan senjata Mesir, awal pagi ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_13/Israel-setuju-pelan-gencatan-senjata#ixzz37XZCLpmo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

11 ahli parlimen Palestin ditangkap askar zionis Israel


HARAKAHDAILY | .
NABLUS: Tentera zionis Israel terus melakukan penindasan terhadap warga Palestin dengan melancarkan kempen memburu Ahli Parlimen Palestin (PLC) dan ahli akademik di Tebing Barat.
Para saksi mendedahkan bahawa tentera Israel menyerbu bandar Salfit dan menahan Ahli Parlimen Dr Omar Abdel Razek, yang juga Menteri Kewangan Palestin.
Beliau sebelum ini menghabiskan lebih daripada enam tahun dalam penjara Israel, manakala anaknya telah ditangkap oleh tentera Israel pada pertengahan bulan Jun.
Tentera Israel turut menahan Ahli Parlimen Khaled Said, dari Jenin, dan Ahli Parlimen Ibrahim Dahbour selepas menyerang rumah mereka.
Seorang lagi Ahli Parlimen, Dawoud Abu Sir juga ditangkap di rumahnya di Nablus. Beliau sebelum ini juga pernah ditahan di penjara Israel.
Pasukan tentera Israel juga turut menyerbu rumah pensyarah Universiti Al-Najah, Dr Abdel-Sattar Qassem.
Ahli Parlimen Fathi Qaraawi dan Riyad Raddad pula ditahan hari ini selepas rumah mereka dipecah masuk di Tulkarem.
Di Ramallah, tentera Israel menahan ahli Parlimen Fadel Hamdan, yang baru beberapa bulan menjalani pembedahan jantung.
Tentera Israel turut menahan Ahli Parlimen Riad Omla, dari bandar Kaplan selatan Nablus, dan Ahli Parlimen Mohammed Abu Jehich di rumahnya di bandar Idna selatan al-Khalil.
Ahli Parlimen Nayef Rajoub ditangkap dari rumahnya di bandar Dura petang semalam.
Jumlah tangkapan itu menjadikan seramai 36 ahli parlimen kini dalam tahanan penjara Israel.
Israel melakukan serangan pembunuhan ke atas jalur Gaza sejak Isnin minggu lalu yang mengakibatkan lebih 170 rakyat Palestin syahid, majoritinya orang awam, wanita dan kanak-kanak. -HARAKAHDAILY 15/7/2014

Israel timbang cadangan gencatan senjata

 Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan bermesyuarat dengan anggota Kabinetnya bagi membincangkan gencatan senjata seperti dicadangkan oleh Mesir terhadap konflik di Gaza.

Mengesahkan kenyataan tersebut, seorang pegawai tinggi Israel berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari ini, lapor Al-Jazeera.

Menurutnya, pertemuan yang akan diadakan itu akan membincangkan mengenai rancangan gencatan bagi jangka masa panjang.

Dalam pada itu, seorang pemimpin kanan kumpulan bersenjata Islamik Jihad berkata, kumpulan tersebut mengalu-alukan peranan dan usaha Mesir bagi menamatkan keganasan Israel sekaligus membela nasib rakyat Palestin.

Namun pihaknya bertegas tidak akan menerima sebarang perancangan gencatan senjata tanpa syarat.

“Jika pihak Mesir merancang untuk melakukan gencatan senjata terlebih dahulu, kemudian baru melakukan rundingan ke atas syarat dan terma, ia tidak akan berhasil. Kami sudah melalui situasi yang sama suatu ketika dahulu.

“Apa yang diperlukan sekarang ialah persetujuan ke atas permintaan rakyat Palestin yang mahukan pengepungan ke atas mereka berakhir dan laluan sempadan dibuka. Jika ia tidak boleh dipersetujui, maka kegagalan akan berulang sekali lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh melalui kenyataan di Al-Aqsa TV mengesahkan telah dimaklumkan mengenai perancangan gencatan senjata tersebut.

“Orang-orang kami telah mengelakkan peperangan namun rejim Zionis mula melakukan keganasan ke atas kami termasuk membunuh kanak-kanak, wanita dan keluarga rakyat Palestin, rumah juga telah dimusnahkan oleh mereka.

Setiap pertumpahan darah yang berlaku ke atas penduduk dan mangsa peperangan di Gaza menjadikan kami lebih komited dalam memegang dan mempertahankan hak-hak kami untuk menghentikan pencerobohan serta menamatkan peperangan ke atas Gaza dan Tebing Barat,” katanya.

Mana harus kami pergi?

Penduduk Palestin hilang bagaikan hilang arah kerana tidak tahu mahu lari ke mana selepas semua bahagian dikepung.
Penduduk Palestin hilang bagaikan hilang arah kerana tidak tahu mahu lari ke mana selepas semua bahagian dikepung.
GAZA - Pada malam Selasa minggu lalu, Zionis melancarkan serangan udara pertama di Khan Yunis menyebabkan beberapa orang awam maut.

Serangan 24 jam itu dilakukan hingga semalam hingga tentera Israel mengeluarkan arahan meminta penduduk sekitar berpindah menyelamatkan diri kerana serangan darat akan dilancarkan.

Awalnya, tentera Israel hanya membedil kawasan yang tidak berpenghuni namun mereka terus menggila apabila menyasarkan serangan di kawasan penempatan.

Sehingga semalam, Khan Yunis, Deir al-Balah, Abbasan al-Kabera terus dibedil dan mereka lari menyelamatkan diri ke kawasan yang dikira masih selamat iaitu di Beit Lahia, Jabaliya dan Beit Hanoum.

Namun, kawasan berkenaan semuanya hampir dengan Tel Aviv.

Paling memeritkan, tiga hari selepas itu, Mesir menutup pintu sempadan di Rafah dan ke manakah mereka harus pergi?

Jika melalui Karem Shalom, Sufa, Kissufin, Kami, Hahal Oz dan Erez pastinya kawasan itu dianggap sebagai menempah maut kerana ia sempadan Israel.

Semalam, serangan Israel disasarkan di utara Gaza dan Jabalia kerana kawasan itu ramai penduduk.

Ketika kemaraan itu, ribuan penduduk melarikan diri dengan keldai kurus dan membawa barang keperluan.

Mereka juga membawa haiwan ternakan untuk menuju ke kawasan yang tidak diketahui kerana hilang arah untuk menyelamatkan diri selepas semuanya terkepung.

Keperitan tidak terhenti di situ, misi bantuan kemanusiaan juga belum boleh disampaikan kerana keadaan semakin tegang.

Selepas melihat kemusnahan di Gaza, beberapa negara dunia tampil mahu menghulurkan bantuan seperti perubatan dan sukarelawan namun sehingga semalam, mereka masih belum boleh berbuat demikian kerana tiada laluan selamat.

Apa yang boleh dilakukan hanya menghulurkan bantuan kewangan kepada Perdana Menteri Mahmoud Abbas tetapi apa yang boleh dibeli dengan duit itu sedangkan Palestin terkepung.

Sampai bilakah episod duka ini akan berpanjang. Adakah misi keselamatan dan bantuan negara dunia hanya akan tiba selepas jumlah kematian terus meningkat?

Persatuan Perubatan kutuk serangan di tempat awam

Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis.
Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis.
KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik di Timur Tengah supaya tidak menyerang tempat bukan tentera, terutama hospital, sekolah dan rumah perlindungan anak yatim.
  
Presidennya Dr H Krishna Kumar dalam kenyataan hari ini berkata, MMA mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan kerana kebanyakan yang cedera dan terbunuh dalam sengketa itu adalah penduduk tidak bersalah, terutama kanak-kanak dan orang tua.
  
"Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya sebarang keganasan terhadap mana-mana petugas perubatan yang hanya ke sana untuk membantu mereka yang cedera dan cacat.
  
"Kami harap semua pihak yang berperang mendengar suara kami ini kerana kami mewakili majoriti yang cintakan keamanan," katanya.
  
Krishna berkata, MMA juga berharap semua konflik dapat diselesaikan di meja rundingan, bukan di medan perang.
  
Laporan media menyebut 172 rakyat Palestin terbunuh, manakala 1,230 cedera sejak Israel menyerang Gaza melalui operasi dikenali sebagai "Operation Protective Edge" pada Selasa. - Bernama

172 rakyat Palestin terbunuh hari ketujuh

Penduduk menguruskan 18 jenazah selepas kediaman mereka dibedil Israel, awal pagi semalam. - Foto AFP
Penduduk menguruskan 18 jenazah selepas kediaman mereka dibedil Israel, awal pagi semalam. - Foto AFP
GAZA - Dua lagi kematian dicatatkan pada hari ketujuh dalam serangan  Israel ke atas Gaza menjadikan jumlah keseluruhan 172 orang.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra berkata, mangsa seorang lelaki berusia 65 tahun dari Deir el-Balah dan seorang lagi berusia 20-an di Rafah berdekatan sempadan Mesir maut akibat terkena serangan udara Israel pada Ahad.

“Tidak lama selepas itu, sebuah rumah menjadi sasaran di bandar utara Jabaliya membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun.

Selepas, satu lagi serangan membunuh seorang wanita di kem pelarian Maghazi di tengah Gaza,” katanya, dipetik dari laporan AFP.

Menurutnya, seramai 1,230 yang lain mengalami kecederaan.

Saksi di Rafah melaporkan, dia terlihat lelaki bersenjata membunuh orang awam di jalan raya.

Namun, sehingga kini, identiti lelaki tersebut belum disahkan.

Menurut pegawai Israel, sepanjang Operasi Perlindungan Sempadan sejak Selasa lalu, kira-kira 715 roket telah menyerang Israel, manakala 160 lagi telah dipintas oleh Iron Dome sistem pertahanan udara.

“Jumlah keseluruhan adalah 1,320 serangan ke atas keganasan dilakukan di Gaza termasuk 735 pelancar roket, 64 pangkalan latihan dan kawasan militan serta 32 kemudahan Hamas dibedil,” katanya.

Zionis tangguh serangan darat

Kereta kebal Israel tidak melakukan serangan darat sementara menunggu arahan Netanyahu.
Kereta kebal Israel tidak melakukan serangan darat sementara menunggu arahan Netanyahu.
BAITULMAQDIS - Israel menangguhkan rancangan melakukan serangan darat selepas tekanan memuncak dari negara antarabangsa.

Menteri Israel menangguhkan operasi serangan darat ke Tebing Gaza bagi memberi peluang kepada usaha perdamaian sementara yang diketuai Mesir.

Jurucakap kerajaan Israel berkata, penangguhan itu dianggap bukan gencatan senjata tetapi sekadar berpeluang untuk mencapai gencatan senjata jika usaha damai itu berjaya.

“Satu keputusan sudah dibuat iaitu dengan menangguhkan sementara serangan darat bagi memberi peluang kepada usaha diplomasi,” katanya selepas mesyuarat membabitkan menteri Israel dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, lewat malam tadi.

Sementara itu, di Tel Aviv, Menteri Dalam Negara Zahava Gal-On meminta gencatan senjata sementara dilakukan kerana jumlah kematian makin meningkat.

“Gencatan senjata harus dipersetujui Perdana Menteri Mahmoud Abbas.Mereka harus menghentikan serangan ke Israel. Jika berdegil kami akan teruskan bedilan,” katanya.

Sementara itu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin melaporkan, sepanjang 24 jam semalam, lebih 17,000 rakyat Palestin dari utara Gaza, telah berlindung di sebuah sekolah yang didirikan oleh PBB, dipetik dari laporan AFP/Haaretz.

palestin

 Hamid Dabashi
"The tragedy of the people of Palestine is that their country was 'given' by a foreign Power to another people for the creation of a new State. The result was that many hundreds of thousands of innocent people were made permanently homeless. With every new conflict their numbers have increased. How much longer is the world willing to endure this spectacle of wanton cruelty?" (Bertrand Russell, 1970)

palestin

 Hamid Dabashi
An image you will not see on BBC etc--three Palestinian brothers mourning the murder of their parents by the Israeli army in Gaza--for more details on this photo see here:
http://mondoweiss.net/2014/07/brothers-parents-israeli.html

Israel menembak senjata eksperimen pada orang awam Gaza, berkata doktor


activestills1405280759an4l9.jpg

Kakitangan di al-Shifa Hospital merawat mangsa semasa serangan Israel ke atas Gaza. 
 Basel YazouriActiveStills )
Doktor merawat pesakit di Gaza menuduh Israel menggunakan senjata eksperimen ke atas orang awam Palestin.
Menangani pemberita pada sidang akhbar pada hari Ahad, Youssef Abul Resh, Setiausaha Kementerian Kesihatan di Gaza,  berkata , "Pasukan perubatan telah konsisten dengan kecederaan yang disebabkan oleh Dime [padat bahan letupan logam lengai] dan senjata diharamkan lain yang berdaftar." 
Beliau menambah, "Israel kejam sasaran orang awam Palestin, meninggalkan ramai di antara mereka yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan kecacatan masa depan." 
Pada minggu lalu, serangan udara Israel telah membunuh lebih daripada 190 orang, lapan puluh peratus daripada mereka orang awam , termasuk sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak . 

Menggunakan Gaza sebagai makmal

Dime  peluru telah dibangunkan oleh Tentera Udara AS pada tahun 2006 dan telah pun diuji berulang kali pada rakyat Gaza, yang telah lama berkhidmat sebagai tikus makmal sukarela  bagi industri senjata Israel. 
Bom Dime mengandungi tungsten, kanser penyebab logam yang membantu untuk menghasilkan letupan sangat merosakkan yang menghiris melalui daging dan tulang, sering decapitating anggota bawah orang dalam radius letupan itu.
Terkenal Norway doktor Mads Gilbert , yang menyaksikan kecederaan ngeri yang disebabkan oleh bom Dime tahun 2009 Gaza serangan Israel, memberitahu The Intifada Elektronik melalui telefon dari hospital al-Shifa di Gaza City yang menunjukkan pesakit dengan kecederaan Dime berkaitan. 
"Beberapa baik kecederaan dilihat di sini adalah konsisten dengan penggunaan bahan letupan padat logam lengai, atau Dime, yang kita lihat ketika serangan 2009 dan juga pada tahun 2006," kata Gilbert. "Mayat yang cukup banyak dimusnahkan oleh tenaga yang sangat besar yang dikeluarkan oleh bahan letupan yang ditembak berhampiran mereka atau pada mereka."
Gilbert pertama menyaksikan kesan peluru Dime pada tubuh manusia semasa Operasi Summer Rains, serangan 2006 bulan panjang Israel ke atas Semenanjung Gaza yangmengorbankan lebih daripada empat ratus rakyat Palestin . "Ketulan besar daging, otot dipotong dari sini. Kami tidak menemui sebarang serpihan dan [luka] telah menyampaikan wasap pelik. Secara beransur-ansur kami datang untuk memahami semua ini pasti menjadi senjata Dime baru yang dibangunkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat bersama-sama dengan Israel, "katanya.
Senjata eksperimen telah digunakan pada skala yang lebih besar semasa Operasi Cast Lead, serangan Israel ke atas Gaza pada akhir 2008 dan awal 2009, yang mengorbankan 1,400 rakyat Palestin, termasuk 352 kanak-kanak . 
"Kami mempunyai sejumlah besar pesakit yang datang dengan ini kecederaan yang dahsyat di mana tangan dan kaki terputus seolah-olah satu kapak yang besar telah dipotong tangan dan kaki mereka dengan kuasa yang besar secara langsung, memotong melalui kulit, otot dan tulang. Tulang akan berkecai dan benar-benar terputus, "Gilbert diceritakan. "Selain itu kami melihat terbakar sangat, sangat merosakkan yang datang dari suatu suhu yang melampau yang bertukar kulit, otot dan juga tulang menjadi arang."
Gilbert berkata, kerajaan di seluruh dunia perlu menghantar pakar forensik ke Gaza untuk "menganalisis sampel tisu daripada luka yang cedera dan menganalisis dengan lebih teliti orang orang yang terbunuh," dan juga ahli-ahli sains untuk membuat susulan dengan mereka yang terselamat letupan Dime. Mereka yang terselamat mempunyai risiko yang sangat tinggi mendapat kanser, Gilbert takut. 
Tetapi Gilbert memberi amaran bahawa memberi tumpuan kepada senjata Dime, yang tidak explicity diharamkan di bawah undang-undang antarabangsa, risiko mengganggu dari jenayah jauh lebih merosakkan Israel terhadap penduduk Gaza.
"Pengepungan dan pengeboman berterusan sasaran awam - kedua-dua isu-isu yang jauh lebih penting daripada jika [Israel] memilih untuk menggunakan shell tradisional dengan bom tangan atau senjata Dime," jelas beliau.

Kekurangan Dire

Pada awal bulan Julai, UNRWA, agensi PBB bagi pelarian Palestin, mengeluarkan satulaporan yang dikarang oleh Gilbert yang memperincikan keadaan rapuh sektor kesihatan di Gaza, dihancurkan di bawah berat kekurangan bekalan perubatan yang melampau akibat pengepungan haram berterusan Israel. 
Dengan serangan terbaru Israel membanjiri kemudahan perubatan sudah terharu Gaza dengan skor kecederaan yang mengancam nyawa, keadaan telah merosot lebih jauh, memaksa Kementerian Kesihatan Gaza untuk mengisytiharkan darurat . 
Satu-satunya perkara menghalang Gaza dari keruntuhan, menurut Gilbert, adalah dedikasi doktor, jururawat dan balas pertama, yang kini bekerja tanpa gaji. 
"Salah satu kekurangan yang paling penting dalam hospital Shifa sekarang ialah wang untuk membayar kakitangan hospital gaji mereka. Mereka tidak mempunyai gaji biasa untuk satu tahun sekarang dan untuk tiga bulan yang lalu, sejak April, mereka tidak menerima nikel tunggal gaji dan sebelum itu mereka mempunyai lima puluh peratus gaji selama lapan bulan, "katanya. "Itu adalah benar-benar ilustrasi semangat kerja yang sangat tinggi dan tenaga yang konsisten mereka untuk bersabar dengan kesusahan yang paling hebat untuk menyokong rakyat dan merawat mereka yang cedera. Ia tidak kekurangan berani. "

Berparut seumur hidup

Yang semakin meningkat jumlah kematian di Gaza telah sebahagian besarnya dikurangkan 1,200 orang cedera anggaran untuk ketinggalan zaman. Tetapi ramai daripada kecederaan mereka melumpuhkan dan akan parut mereka untuk hidup. 
Antara kecederaan yang paling melemahkan Gilbert telah dilihat adalah potong tangan.Beliau juga menyifatkan patah tulang dan kecederaan kepala yang teruk, terutamanya di kalangan kanak-kanak diselamatkan dari bawah runtuhan rumah mereka runtuh.
"Apabila mereka mengebom bangunan-bangunan runtuh bumbung dan bangunan runtuh pada kanak-kanak dan mereka mendapat patah tulang dan kecederaan kepala yang amat serius," kata Gilbert. "Kami mempunyai berusia lima tahun yang kini dalam keadaan kritikal dengan kecederaan kepala yang serius daripada roket Israel memukul rumah jiran dan ia mengambil masa turun keseluruhan siling di bilik tidurnya. Kebanyakan kanak-kanak akan ditandakan untuk hidup dengan kecederaan mereka. " 
"Sebagai doktor, preskripsi saya adalah sangat jelas. Nombor satu, berhenti pengeboman, dan itu bererti menghentikan Israel daripada pengeboman orang awam dan sewenang-wenangnya memukul keluarga. Nombor dua, angkat pengepungan. Dan ketiga, mencari penyelesaian politik, "kata Gilbert.
"Dan di teras penyelesaian politik adalah ekuiti dan keadilan untuk rakyat Palestin untuk dilayan dengan cara yang sama kerana semua manusia lain yang dilindungi oleh undang-undang antarabangsa dengan keselamatan PBB, maruah dan hak untuk menjalani kehidupan mereka dengan aman."

palestin

Palestin, yang melarikan diri rumah keluarga mereka di bandar sempadan utara Beit Lahiya, tinggal di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-berjalan di Gaza City 14 Julai, 2014 Israel muncul untuk memegang kira ke atas maklum balas yang mengancam minggu berusia Gaza Meal pada . Isnin 
Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

Palestinians, who fled their family homes in the northern border town of Beit Lahiya, stay at a United Nations-run school in Gaza City July 14, 2014. Israel appeared to hold off on a threatened escalation of its week-old Gaza Strip barrage on Monday. Photo by: Khaled Al Sabbah

palestin menangis

Anak muda hilang bapanya beberapa jam sebelum kerana pengeboman Israel ke atas Gaza. 
عندما تبكي الرجال ... 
فاعلم ان الهموم عنان السماء فاقت. 
Photo by: Khaled Al Sabbah

palestin

استهداف العدو الغاشم لاحد منازل المواطنين الامنين في مخيم الشاطئ قليل. قبل Asap naik selepas serangan peluru berpandu Israel di kem salah satu daripada rumah-rumah di kem pelarian Shati, dan Israel bermula di utara Semenanjung Gaza, 15 Julai 2014 serangan udara terhadap rakyat pada hari Rabu di Semenanjung Gaza. #nowwwwwww Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

‘Andai ajal tiba, biar kita bersama’


Seperti kebanyakan penduduk Gaza, dia dan keluarganya tidak tidur pada malam itu, sebaliknya hanya terlena kira-kira jam 8 pagi keesokan harinya. Kemudian, mereka difahamkan Israel cuba menyasarkan bangunan disyaki tempat persembunyian pejuang Hamas di kejiranan Tel al-Hawa, namun sebaliknya yang menjadi mangsa adalah sebuah klinik serta mengorbankan pemiliknya, Dr Anas Rizaq Abu al-Kas, 33. Dia adalah sebahagian daripada lebih 165 penduduk Gaza yang terbunuh akibat serangan tentera rejim Zionis.

Kata Zahra, ibu dan bapa doktor itu terkorban oleh serangan Israel ketika Gaza diganyang pada 2012.
“Hidup di sini memang sentiasa dalam kebimbangan.

“Ketika siang, kami menanti malam tetapi apabila malam, kami menanti siang.

“Kami menunggu masa giliran rumah ini menjadi rumah penyembelihan,” katanya.
Foto
BUDAK lelaki Palestin semalam melukis di sebuah sekolah kendalian PBB yang menjadi tempat perlindungannya sejak Gaza diserang rejim Zionis.
Foto
KANAK-KANAK Palestin berjalan di sisi kubur yang akan menempatkan 18 jenazah daripada satu keluarga mangsa serangan Zionis di Gaza.
Menurut Zahra, baru beberapa jam sebelum ditemui media dia diberitahu bahawa sebuah keluarga dari Rafah terbunuh. Katanya, serangan itu sengaja disasarkan kepada keluarga terbabit kerana seorang daripada mereka menjadi anggota Jihad Islam yang gigih memerangi Israel. Kenyataan itu selaras dengan pengumuman Pusat Hak Asasi Manusia Palestin yang menyatakan jet tentera Israel melancarkan tiga peluru berpandu - tanpa amaran lebih awal - ke arah rumah Abdul Raziq Hassan al-Ghannam, 58. Akibatnya, Abdul Raziq, isteri, anak serta beberapa saudaranya terkorban. Seorang daripada mereka, Kifah Shaker al-Ghannam, 33, adalah orang kurang upaya kerana pekak. Tujuh jiran mereka pula cedera. Kurang dari sejam sebelum itu (4.34 pagi) sebuah jet Israel mengebom satu terowong di kejiranan Sha’ath di Rafah. Nour Marwan al-Nijdi, 10, terbunuh akibat terkena serpihan bom, manakala abangnya, Abdul Rahman, 15, dan ibunya, Salwa Ahmed al-Nijdi, 49, cedera.

Semua mereka berada dalam rumah ketika serangan dilancarkan. Dengan suara perlahan, Zahra berkata, penduduk di situ tidak tahu misil yang dilancar tentera Zionis akan meragut nyawa mereka.
“Justeru, saya sentiasa berpesan kepada anak-anak dan suami bahawa kami perlu sentiasa bersama dan duduk di tempat sama.

“Jika takdirnya ada bom disasar ke sini, biar kami semua mati bersama-sama,” katanya. Sementara itu anak perempuan bongsu Zahra pula mengakui dia sentiasa ketakutan untuk mandi kerana bimbang jika peluru berpandu Israel menyerang ketika itu. Untuk memujuk anaknya, Zahra berkata, dia menggalakkan mereka mandi seperti biasa.

“Biarlah kita mati dalam keadaan bersih,” katanya. Pada masa sama, anaknya juga kadang-kadang begitu tabah berbanding Zahra.

Jika Zahra kelihatan bimbang, mereka akan menenangkannya dan berpesan: “Cuma ada dua keadaan yang di depan kita - hidup bersama, atau mati bersama.” Mengenai nasib mereka yang tidak terbela, Zahra sempat bertanya kepada wartawan mengenai pendirian pemimpin Arab, Eropah malah Tebing Barat.

“Golongan cerdik pandai di sana cuba tahu menulis puisi dan takut kepada Mahmoud Abbas (pemimpin Fatah di Tebing Barat), bukan Yahudi.

“Nampaknya ini memang takdir kami - terpaksa hidup di bawah kawalan jarak jauh tentera Israel,” katanya. Seorang lagi wanita Gaza, Fatma berkata, dia dan keluarganya tidak tidur lebih 24 jam sejak wilayah itu diserang, “Kami tidak keluar rumah, tidak tahu apa khabar saudara-mara lain dan terseksa kerana tiada bekalan elektrik di kawasan petempatan panas begini,” katanya. Latifah - dari Rafah - pula berkata dia juga ketakutan apabila mendengar letupan bom di kawasan itu.

“Anak perempuan saya bertanya: Mengapa mereka mengebom kami ketika Ramadan?” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/14

Israel teruskan keganasan


Baitulmaqdis: Israel meneruskan serangan kejam ke atas Gaza namun masih belum menjalankan operasi darat atas desakan ramai pemimpin dunia yang mahu gencatan senjata diadakan.

Negara Liga Arab akan mengadakan sidang tergempar berhubung serangan berkenaan bagi membincangkan serangan itu bagi mencari kata sepakat bagi membantu menghentikan pertumpahan darah di Gaza.


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mendesak Israel menghentikan rancangan melancarkan serangan darat dengan berkata sudah terlalu ramai rakyat Palestin yang terbunuh.

Namun di sebalik persiapan untuk sebarang kemungkinan operasi darat, negara Yahudi itu dilihat masih berkira-kira untuk menjalankan operasi itu dengan laporan media menyebut menteri yang menghadiri mesyuarat kabinet keselamatan kelmarin memutuskan untuk menangguhkan tindakan itu.


Dalam keganasan semalam, pesawat Israel mengebom lebih 40 kawasan menyebabkan dua terbunuh sementara dan artileri membedil kawasan di utara wilayah Palestin itu.


Mereka sebelum ini menggugurkan risalah mengarah penduduk kawasan itu meninggalkan kediaman masing-masing.

Dalam tempoh 24 jam lalu, lebih 17,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya dari utara Gaza memenuhi sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan pelarian oleh PBB.

Seorang pelarian berusia 27 daripada Beit Lahiya berkata mereka berasa lebih selamat berada di situ.

“Walaupun bekalan air dan makanan yang sedikit serta keadaan yang memaksa kami tidur di lantai, kami merasa lebih selamat di sini,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Bekalan air dimusnahkan


Baitulmaqdis: Kekejaman tentera Yahudi ke atas masyarakat Islam diserlahkan lagi apabila sistem bekalan air dan pembentungan penting di Gaza dimusnahkan melalui serangan udara.

Serangan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis ke atas Gaza yang masuk hari ketujuh semalam menyaksikan lebih 172 orang terbunuh, termasuk 28 kanak-kanak dan mencederakan lebih 1,200 yang lain.
Pegawai Palestin mendakwa rejim Zionis menyasarkan telaga air di beberapa kawasan di Gaza dan menyebabkan ribuan keluarga terputus bekalan air bersih.

Menurut pegawai sebuah badan bertindak menentang kemiskinan, Oxfam, setakat hujung minggu lalu, 90 peratus bekalan air di Gaza tidak selamat untuk diminum.


Pesawat tentera Yahudi juga menyasarkan serangan ke arah stesen rawatan kumbahan di Gaza, Sabtu lalu.


Pengarah kemudahan air Majlis Perbandaran Gaza, Saed al-Din Atbash berkata, antara kawasan yang menerima kesan akibat serangan itu adalah kem pelarian Shati, Tal al-Hawa, Sheikh Ejleen dan kebanyakandaerah di barat bandar itu.

Saed berkata, tentera Yahudi sengaja menyerang dan memusnahkan telaga dan sistem bekalan air di Gaza.

“Pesawat Zionis menyerang telaga di kawasan penempatan berhampiran al-Maqwsi dan al-Zaytoun yang membekalkan air kepada 7,000 penduduk,” katanya.

Rejim Zionis juga memusnahkan lima saluran air yang membekalkan air bersih kepada sejumlah besar penduduk Gaza.

Dengan setiap saluran membekalkan air kepada 20,000 penduduk, dijangkakan 100,000 penduduk akan terjejas.

Kemusnahan terbaru infrastruktur penting itu memburukkan lagi sistem kesihatan rakyat Palestin.

Rakan kerjasama Oxfam bertindak menghentikan sementara usaha merawat air di Gaza kerana keganasan yang berterusan walaupun 90 peratus bekalan air di Gaza sudah tidak selamat untuk diminum.

Infrastruktur yang terselamat menghadapi ancaman lain dan pertubuhan berkenaan bimbang pam air dan loji kumbahan akan berhenti berfungsi dalam masa beberapa hari kerana kekurangan sumber tenaga dan bahan api yang semakin membimbangkan.

Kem pelarian Shati yang paling teruk terjejas dan ia dilihat sebagai sasaran utama tentera Zionis serta sudah diserang sekurang-kurangnya sekali.

Seperti kawasan lain, penggunaan air di Gaza meningkat pada musim panas namun bekalan elektrik yang terputus akibat serangan tentera Yahudi.

Seorang penduduk, Umm Ramzy berkata, mereka sering terputus bekalan air dan elektrik pada masa yang sama dan perkara itu memberi kesukaran kepada mereka untuk menjalankan kegiatan harian seperti memasak, membasuh dan mandi.

Serangan ke atas bekalan sumber utama di Gaza menunjukkan tujuan sebenar tentera Yahudi yang mahu membunuh lebih ramai umat Islam dan menyeksa rakyat Palestin khususnya namun berselindung di sebalik operasi ‘mempertahankan diri’ yang menjadi propaganda media seluruh dunia. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/15

Israel guna bom barah


2014/07/15

gambar sebelum  gambar berikut
Foto
Tentera Israel menempatkan kereta kebal di sempadannya dengan Semenanjung Gaza dan melepaskan bedilan ke arah sasarannya di wilayah itu semalam. - Foto AFP

Foto
Seorang kanak-kanak yang mengalami kecederaan menyerupai kesan terkena bom barah Israel dirawat di Pusat Perubatan Al Hussein di Amman, Jordan. - Foto REUTERS
Tindakan untuk beri kecederaan teruk kepada rakyat Palestin

RAFAH: Tentera Israel melaksanakan tindakan lebih kejam ke atas rakyat Palestin. Kali ini ia melepaskan bom mengandungi bahan yang boleh menyebabkan penyakit barah ke atas mereka yang terkena serpihannya.

Perkara ini diakui oleh seorang doktor dari Norway Dr Erik Fosse yang bertugas di sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.

Beliau mengkritik keras tindakan tentera Zionis terhadap penduduk awam Palestin.
Israel berterusan membedil Semenanjung Gaza untuk hari keenam berturut-turut.

Tiga trak bekalan ubat masuk Gaza melalui Rafah


2014/07/15
Tiga  trak bekalan ubat masuk Gaza melalui Rafah
Anggota MALBATT 850-1 melakukan rondaan menggunakan kereta perisai di Kem Marakah, Beirut, Lubnan. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Kuala Lumpur: Tiga trak yang penuh dengan bekalan ubat-ubatan dibenarkan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah kelmarin ketika Israel belum menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan serangan ke atas wilayah konflik yang didiami 1.7 juta warga Palestin.

Bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan dibeli di Kaherah itu dibawa masuk Kesatuan Perubatan Arab (AMU), yang turut bekerjasama dengan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Bantuan kemanusiaan itu inisiatif digerakkan di bawah Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) yang mempunyai 40 cawangan di serata dunia.
Kita akan menghantar sekurang-kurangnya 10 doktor dan pakar, termasuk pakar otak, tulang dan bius dalam fasa pertama. Fasa kedua akan diikuti doktor dan pakar dari Amerika Syarikat. Mereka akan berada di sana seminggu hingga dua minggu, bergantung kepada keperluan” Dr Musa Mohd Nordin, Pengerusi VPM dan Pengerusi Majlis Penasihat FIMA

Pengerusi VPM yang juga Pengerusi Majlis Penasihat FIMA, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata pihaknya mendapat kebenaran khas dari pihak berkuasa Mesir untuk menghantar bekalan perubatan itu.

Katanya, sukarelawan doktor dan pakar FIMA juga kini bersiapsiaga di ibu pejabat AMU di Kaherah untuk memasuki Gaza pada bila-bila masa, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Mesir.

“Kita akan menghantar sekurang-kurangnya 10 doktor dan pakar, termasuk pakar otak, tulang dan bius dalam fasa pertama. Fasa kedua akan diikuti doktor dan pakar dari Amerika Syarikat.

172 warga Palestin terkorban
“Mereka akan berada di sana seminggu hingga dua minggu, bergantung kepada keperluan,” katanya kepada BH ketika mengulas mengenai situasi terkini di Gaza.

BBC melaporkan ribuan warga Palestin mula melarikan diri dari utara Gaza selepas Israel memberikan amaran akan menyerang kawasan itu selepas membedil dan mengebom wilayah konflik itu tanpa henti sejak 8 Julai lalu.

Sehingga petang semalam, 172 warga Palestin terkorban, termasuk 18 sekeluarga terkorban dalam serangan udara rejim zionis Israel, Sabtu lalu.

Kes kecederaan tinggi terutama dalam kalangan orang awam menyebabkan banyak hospital di Gaza sesak dengan pesakit dan kekurangan bekalan ubat-ubatan khasnya bagi keperluan kecemasan dan trauma.

Dr Musa berkata, proses keluar masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah kini diperketatkan dan tertakluk kepada kebenaran pihak risikan Mesir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan berkata 77 peratus daripada mangsa serangan adalah orang awam, sekalipun rejim Israel mendakwa pihaknya menyasar kepada tapak pelancar roket, terowong dan gudang senjata Hamas.

Israel tangguh serangan darat


PENDUDUK Palestin melihat sebuah rumah yang musnah selepas dibedil jet Israel di Bandar Gaza semalam.


BAITULMUQADDIS - Israel terus membedil Gaza semalam tetapi menangguh untuk melancarkan serangan darat ketika masyarakat dunia meningkatkan usaha ke arah gencatan senjata.
Ketika kempen ketenteraan Israel untuk memusnahkan bedilan roket Hamas masuk hari ketujuh semalam, Presiden Palestin, Mahmud Abbas dijadual membincangkan langkah untuk mendesak campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada pertemuan tergempar menteri luar Arab di Kaherah.
Pada masa yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pula mendesak Israel agar membatalkan rancangan untuk melancarkan serangan darat.
"Terlalu ramai penduduk awam Palestin telah terbunuh," kata Ki-moon.
Setakat semalam, kempen serangan udara rejim Zionis meragut lebih 172 nyawa manakala sekurang-kurangnya 1,230 orang cedera.
Dalam pada itu, Israel masih belum memutuskan untuk melancarkan serangan darat walaupun melakukan persediaan rapi untuk menceroboh Gaza.

SEBUAH kereta kebal Israel yang ditempatkan di sempadan Genting Gaza melepaskan bedilan ke arah wilayah Palestin semalam.


Media Yahudi melaporkan, menteri-menteri Israel menolak untuk menghantar tentera ke Gaza pada satu mesyuarat Kabinet kelmarin.
Sementara itu, jet pejuang rejim Zionis membedil lebih 40 lokasi di Genting Gaza dalam tempoh semalaman.
Beberapa pegawai perubatan berkata, serangan itu mengenai tiga fasiliti latihan yang digunakan oleh sayap bersenjata Hamas dan menyebabkan dua orang terbunuh.
Rejim Zionis turut membedil bandar Beit Lahiya, utara Gaza selepas memberi amaran kepada penduduknya supaya berpindah kelmarin.
Beribu-ribu penduduk bandar itu melarikan diri dari kediaman mereka susulan amaran rejim Zionis itu.
Awal semalam, tentera Israel menggunakan peluru berpandu Patriot untuk menembak jatuh sebuah pesawat dron Palestin yang dipercayai membawa bom untuk menyerang Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz37UEpYkBc 
Hakcipta terpelihara 

PBB perlu lindungi penduduk Palestin - Abbas


SEORANG penduduk Palestin mengangkat mayat Moaid Alaraj, 3, yang terkorban apabila rumah keluarganya ranap dalam serangan udara Israel untuk di kebumikan di Khan Younis, selatan Gaza, kelmarin. - AGENSI
RAMALLAH 14 Julai - Presiden Pa­lestin, Mahmoud Abbas meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Palestin di bawah 'perlindungan antarabangsa' ketika angka korban penduduk Pa­lestin akibat serangan tentera Israel ke atas Gaza meningkat kepada 172 orang apabila empat lagi kematian dicatatkan, hari ini.
Pertubuhan Pembebasan Pa­lestin (PLO) dalam kenyataannya berkata, Abbas akan menghantar sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban ki-Moon melalui Koordinator Khas PBB bagi Proses Perdamaian Asia Barat, Robert Serry untuk meminta satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyia­sat tindakan Israel melancarkan serang­an udara ke atas Gaza.
"Beliau turut mahu Israel dikenakan sekatan kerana membahayakan nyawa orang awam, sekali gus melanggar Konvensyen Geneva selain mengambil beberapa langkah untuk mengatasi situasi meruncing di wilayah berkenaan.
"Palestin juga akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan Majlis Hak Asasi Manusia PBB bagi membincangkan krisis di Gaza dan mengambil tindakan terhadap rejim Zionis Israel kerana melanggar undang-undang antarabangsa," jelas kenyataan itu.
PBB tidak memberi maklum balas tentang hasrat Abbas itu, tetapi Ban menyuarakan kebimbangan ter­hadap tindakan Israel melancarkan serangan darat yang boleh mening­katkan jumlah korban dan pen­deritaan penduduk Palestin di Gaza.
Sementara itu, jumlah penduduk Palestin yang cedera mencecah 1,230 orang dalam serangan udara yang masuk hari ketujuh, hari ini.
Rejim Zionis Israel turut meningkatkan serangan meriam dan udara ke atas wilayah Gaza serta bersedia melancarkan operasi darat, sekali gus memaksa kira-kira 17,000 penduduk Palestin di Beit Lahiya me­larikan diri ke kawasan utara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_05/PBB-perlu-lindungi-penduduk-Palestin---Abbas#ixzz37UAsFLdd
© Utusan Melayu (M) Bhd