Benjamin Netanyahu |
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan bermesyuarat dengan anggota Kabinetnya bagi membincangkan gencatan senjata seperti dicadangkan oleh Mesir terhadap konflik di Gaza.
Mengesahkan kenyataan tersebut, seorang pegawai tinggi Israel berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari ini, lapor Al-Jazeera.
Menurutnya, pertemuan yang akan diadakan itu akan membincangkan mengenai rancangan gencatan bagi jangka masa panjang.
Dalam pada itu, seorang pemimpin kanan kumpulan bersenjata Islamik Jihad berkata, kumpulan tersebut mengalu-alukan peranan dan usaha Mesir bagi menamatkan keganasan Israel sekaligus membela nasib rakyat Palestin.
Namun pihaknya bertegas tidak akan menerima sebarang perancangan gencatan senjata tanpa syarat.
“Jika pihak Mesir merancang untuk melakukan gencatan senjata terlebih dahulu, kemudian baru melakukan rundingan ke atas syarat dan terma, ia tidak akan berhasil. Kami sudah melalui situasi yang sama suatu ketika dahulu.
“Apa yang diperlukan sekarang ialah persetujuan ke atas permintaan rakyat Palestin yang mahukan pengepungan ke atas mereka berakhir dan laluan sempadan dibuka. Jika ia tidak boleh dipersetujui, maka kegagalan akan berulang sekali lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh melalui kenyataan di Al-Aqsa TV mengesahkan telah dimaklumkan mengenai perancangan gencatan senjata tersebut.
“Orang-orang kami telah mengelakkan peperangan namun rejim Zionis mula melakukan keganasan ke atas kami termasuk membunuh kanak-kanak, wanita dan keluarga rakyat Palestin, rumah juga telah dimusnahkan oleh mereka.
Setiap pertumpahan darah yang berlaku ke atas penduduk dan mangsa peperangan di Gaza menjadikan kami lebih komited dalam memegang dan mempertahankan hak-hak kami untuk menghentikan pencerobohan serta menamatkan peperangan ke atas Gaza dan Tebing Barat,” katanya.

No comments:
Post a Comment