GAZA 15 Julai - Hamas hanya akan menamatkan pertempuran dengan Israel jika beberapa syarat daripada negara itu dipersetujui, namun setakat ini tiada usaha serius ke arah perdamaian.
"Perbincangan mengenai gencatan senjata memerlukan usaha serius yang belum dilakukan setakat ini," kata pegawai perundangan Hamas, Mushir al-Masri.
Masri berkata, Hamas hanya akan berbincang berdasarkan beberapa konsesi yang perlu dipersetujui Israel, termasuk menarik balik sekatan di Semenanjung Gaza, membuka semula sempadan Rafah di Mesir dan melepaskan banduan Palestin yang ditahan semula oleh Israel selepas ditukar untuk anggota tentera Israel Gilad Shalit.
"Gencatan senjata mesti berdasarkan syarat yang kami senaraikan dan permintaan yang berkurangan tidak akan diterima," kata Masri. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_03/Hamas-henti-serangan-jika-Israel-penuhi-syarat-perdamaian#ixzz37U9wWHGv
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment