GAZA - Tentera "Israel" memasuki utara Jalur Gaza pada Kamis (25/40213) dengan kereta kebal dan jentolak, menurut laporan warga tempatan kepada pejabat berita Ma'an.Saksi mata mengatakan kepada Ma'an bahawa lapan buldozer diiringi tank-tank memasuki sejauh kira-kira 100 meter ke tanah pertanian di bahagian timur bandar Khan Younis.
Tidak ada pertembungan dilaporkan dan belum diketahui tujuan konvoi tentera Yahudi itu memasuki Gaza.
Hal serupa juga terjadi pada Rabu (24/4) di mana tentera "Israel" memasuki kawasan bahagian selatan Jalur Gaza.
Buldozer-buldozer dan tank-tank "Israel" masuk ke kawasan tanah pertanian di Beit Hanoun sejauh 300 meter.
Berkaitan aktiviti ini, pihak tentera "Israel" belum mengeluarkan komen atau penjelasan.
TEPI BARAT - Kamis (25/4/2013), buldosenr pasukan Zionis merosakkan ratusan pohon zaitun di bukit yang berhampiran dengan penempatan haram Jabal Abu Ghneim, di timur bandar Bethlehem, Tebing Barat, dalam rangka untuk membuka jalan bagi penempatan haram baru yang rencananya akan berdiri 3,000 rumah di sana, demikian ditulis IMEMC.
Gabenor Bethlehem, Abdul-Fattah Hamayil menyatakan bahawa pelanggaran terbaru merupakan sebahagian daripada keputusan yang dibuat oleh Dewan Kota Yerusalem untuk membina lebih banyak unit penempatan haram di tanah milik warga Palestin di daerah tersebut.
Hamayil menambah bahawa tanah tersebut merupakan sebahagian daripada wilayah yang berada di bawah kawalan kerajaan Palestin namun terletak di belakang tembok pemisah haram "Israel".
Gabenor meminta para pemilik tanah untuk membawa semua dokumen yang mereka miliki ke Unit Undang-undang di pejabatnya untuk merayu di mahkamah "Israel" menentang pelanggaran ini.
"Israel" tidak memberikan surat pemberitahuan apapun kepada para pemilik tanah sebelum menghancurkan pohonpohon zaitun tersebut.
Perluasan penempatan haram untuk warga Yahudi serta tembok pemisah yang dicipta oleh pihak berkuasa Zionis di Tebing Barat akan mengasingkan penduduk kampung Palestin dari kebun dan tanah pertanian mereka.