TEPI BARAT - Kamis (25/4/2013), buldosenr pasukan Zionis merosakkan ratusan pohon zaitun di bukit yang berhampiran dengan penempatan haram Jabal Abu Ghneim, di timur bandar Bethlehem, Tebing Barat, dalam rangka untuk membuka jalan bagi penempatan haram baru yang rencananya akan berdiri 3,000 rumah di sana, demikian ditulis IMEMC.
Gabenor Bethlehem, Abdul-Fattah Hamayil menyatakan bahawa pelanggaran terbaru merupakan sebahagian daripada keputusan yang dibuat oleh Dewan Kota Yerusalem untuk membina lebih banyak unit penempatan haram di tanah milik warga Palestin di daerah tersebut.
Hamayil menambah bahawa tanah tersebut merupakan sebahagian daripada wilayah yang berada di bawah kawalan kerajaan Palestin namun terletak di belakang tembok pemisah haram "Israel".
Gabenor meminta para pemilik tanah untuk membawa semua dokumen yang mereka miliki ke Unit Undang-undang di pejabatnya untuk merayu di mahkamah "Israel" menentang pelanggaran ini.
"Israel" tidak memberikan surat pemberitahuan apapun kepada para pemilik tanah sebelum menghancurkan pohonpohon zaitun tersebut.
Perluasan penempatan haram untuk warga Yahudi serta tembok pemisah yang dicipta oleh pihak berkuasa Zionis di Tebing Barat akan mengasingkan penduduk kampung Palestin dari kebun dan tanah pertanian mereka.
No comments:
Post a Comment