RAMALLAH – Golongan muda Palestin kini melancarkan hashtag intifada melalui laman-laman sosial sebagai salah satu kebangkitan menentang kezaliman rejim Zionis di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Sebuah video tersebar secara meluas dalam media sosial yang menunjukkan beberapa pemuda Palestin menikam penduduk Israel serta membaling batu ke arah anggota tentera selepas beberapa hari berlakunya pertempuran.
Satu halaman Facebook yang dibuka menunjukkan satu logo dan seorang pemuda melindungi sebahagian wajahnya dengan melilit sehelai kain sambil membaling batu dan tertera tulisan Intifada yang berwarna merah dan hitam serta bendera Palestin.
Malah, hashtag #Jerusalem intifada turut dikongsi secara meluas dalam media sosial.
Pertempuran dengan tentera Israel semakin merebak di beberapa kawasan walaupun pemimpin Palestin dan Israel menggesa supaya semua pihak bertenang.
Ketegangan dan kebangkitan penentangan terhadap Israel akhir-akhir ini semakin meningkat selepas intifada kedua yang dilancarkan pada September tahun 2000.
Rakyat Palestin kini memiliki pelbagai alat media sosial untuk menyebarkan gambar mengenai penunjuk perasaan dan pertempuran.
Malah, gambar dan klik video beberapa remaja Palestin termasuk Dia al-Talahmeh, Mohannad Halabi dan Samir Alloun yang ditembak mati oleh tentera Palestin turut dimuat naik di Facebook.
Video berkenaan kini mencatatkan lebih 100,000 kali tontonan. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1010&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3oIpxknHv
Hakcipta terpelihara