Sunday 29 March 2015

Amnesty dakwa Gaza terlibat jenayah perang


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Mac 2015
 Amnesty dakwa Gaza terlibat jenayah perang
Amnesty dakwa Gaza terlibat jenayah perang

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty Internatiol mendakwa organisasi militan Palestin terlibat jenayah perang ketika konflik Gaza-Israel pada tahun lepas.

Menurut AP, laporan tersebut diterima selepas dua laporan mengenai jenayah perang melibatkan serangan Israel ke atas bangunan milik awam dan kependudukan Palestin ketika konflik tersebut.

Konflik 50 hari tersebut menyebabkan lebih 2,100 warga Palestin terkorban, kebanyakannya orang awam.

Seramai 66 askar dan enam orang awam Israel terkorban dalam konflik tersebut.

Menurut Amnesty, militan Palestin termasuk Hamas melanggar peraturan antarabangsa dengan menggunakan 'unguided rocket' yang tidak mempunyai sasaran tertentu.

Cedera angkara bom kluster Israel


29 Mac 2015

 Cedera angkara bom kluster Israel
Cedera angkara bom kluster Israel Mangsa yang cedera di bawa ke hospital di bandar Tyre.

BEIRUT - LUBNAN. Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak cedera dalam satu letupan di selatan Lubnan, kelmarin.

Menurut Reuters, saksi berkata, letupan berpunca daripada bom kluster lama milik Israel yang digugurkan di kawasan itu semasa perang Israel-Lubnan pada 2006.

Bom roket berangkai itu meletup ketika mereka bermain di perkampungan Zibqin, beberapa kilometer dari sempadan Israel.

"Dua kanak-kanak mengalami kecederaan parah dan salah seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal," kata anggota paramedik.