Saturday 27 August 2016

Askar Israel tembak mati lelaki Palestin

DUNIA SABTU, 27 OGOS 2016 @ 12:24 AM




Tentera Israel berkumpul di tempat kejadian di mana seorang rakyat Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel di kampung Tebing Barat Silwad berhampiran Ramallah. - Foto REUTERS

JERUSALEM: Askar Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang tidak bersenjata ketika dia berlari ke arah mereka di sebuah kampung di Tebing Barat. Menurut jurucakap tentera Zionis, kejadian itu sedang disiasat manakala pihak berkuasa Palestin berkata lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai pesakit mental. Beberapa laman web berita Israel melaporkan tiada senjata ditemui pada suspek. "Suspek berlari ke arah pos kawalan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Silwad," kata jurucakap tentera. "Suspek ditembak ketika menerpa ke arah askar yang bertugas. Kes itu sedang disiasat." Ditanya sama ada lelaki itu bersenjata, beliau berkata butiran lanjut sedang dikaji semula. Rabu lalu, seorang penduduk Palestin cedera parah selepas ditembak askar Israel yang mendakwa lelaki itu menikam dan membaling batu dari kereta yang dipandunya ke arah kenderaan tentera di Tebing Barat. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187079