Friday 6 May 2016

Wanita Palestin maut dibedil Israel


Wanita Palestin maut dibedil Israel

Jenazah Zena Al Omor disolatkan ahli keluarga dan orang ramai di Tebing Gaza semalam. Zena terbunuh selepas terkena serpihan peluru yang dilepaskan kereta kebal tentera Zionis. - REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa
GAZA CITY 6 Mei - Seorang wanita Palestin terbunuh selepas tentera Israel membedil rumah mangsa di timur Khan Yunis dekat Tebing Barat, semalam, sekali gus menjadi korban pertama sejak konflik bersenjata antara pergerakan Hamas dan rejim Zionis pada Julai 2014.
Pihak hospital mengesahkan identiti mangsa sebagai Zeina Al-Amour, 54, dan serangan kereta kebal itu merupakan tindak balas tentera Israel terhadap serangan pejuang Hamas ke atas askar rejim.
Pertempuran antara Israel dan Hamas semakin meningkat sejak beberapa hari lalu susulan tindakan rejim Zionis menceroboh wilayah Gaza. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-palestin-maut-dibedil-israel-1.318932#sthash.7TL8DiR6.dpuf

Israel serang empat kedudukan Hamas di Gaza


Askar dan kereta kebal rejim Zionis berkawal di kawasan sempadan Israel dan Gaza dekat bandar Nahal Oz kelmarin. - AFP


BAITULMUQADDIS – Serangan udara Israel mengenai empat kawasan Hamas di Gaza, kata tentera rejim Zionis semalam selepas beberapa serangan serupa mencetuskan ketegangan yang kian meruncing di sempadan wilayah Palestin itu.
Keganasan rentas sempadan yang meningkat itu menimbulkan kebimbangan bahawa gencatan senjata terakhir di Gaza pada musim panas 2014 tidak akan mampu bertahan.
“Sebagai tindak balas kepada serang­an berterusan ke atas tentera Israel, sebuah pesawat kami me­­nyerang kawasan infrastruktur pejuang Hamas di utara Genting Gaza,” kata tentera Yahudi dalam satu kenyataan.
Tentera Israel tidak menyebut tentang mangsa yang maut atau cedera dalam serangan itu.
Rejim Zionis turut membedil lima lagi kawasan Hamas di selatan Gaza awal kelmarin dengan alasan membalas serangan bom mortar ke wilayah Israel.
Siri serangan udara rejim Zionis itu mengenai sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza yang terbiar berbekatan bandar Rafah di selatan Pa­lestin dan kawasan pertanian di sekitarnya.
Kereta kebal-kereta kebal Israel turut membedil Gaza sekurang-kurangnya dua kali kelmarin, sementara askarnya menubuhkan zon tentera di sekeliling bandar sempadan Nahal Oz.
Tiada laporan tentang jumlah mangsa yang terbunuh atau cedera dalam serangan itu, manakala tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan mortar tersebut ke dalam wilayah Israel.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassem berkata, pihak­nya telah bersedia untuk memberi tindak balas terhadap serangan Israel tersebut. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0506&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz47pJTuKM7 
Hakcipta terpelihara 

Israel kembali gempur Gaza


tiga orang tentera Israel daripada unit kereta kebal bersiap sedia

Tiga orang tentera Israel daripada unit kereta kebal bersiap sedia dekat sempadan Israel-Gaza, kelmarin untuk menyerang pangkalan Hamas di utara Gaza selepas satu letupan dilaporkan berlaku di kawasan semepdan sebelah wilayah Gaza. - AP
BAITULMAQDIS 5 Mei - Empat pangkalan pergerakan Hamas di utara Gaza musnah akibat serangan tentera udara Israel dalam tempoh semalaman, berikutan peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan wilayah Palestin itu.
Kementerian Dalam Negeri Gaza yang ditadbir Hamas berkata, serangan berkenaan disasarkan sekitar lapangan terbang antarabangsa terbiar di selatan bandar Rafah serta kawasan pertanian berhampiran, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Sehari sebelum itu, tentera Israel melancarkan serangan ke atas lima pangkalan Hamas di selatan Gaza.
Tentera Israel dalam kenya­taannya berkata, serangan itu sebagai serangan balas terhadap serangan motar ke atas wilayah Israel dari wilayah Palestin itu.
Kereta-kereta kebal Israel turut melancarkan serangan ke arah Gaza sebanyak dua kali, semalam, sementara tentera Israel membina zon ketenteraan di sempadan dekat bandar Nahal Oz.
Pergerakan Hamas dan kumpulan Jihad Islam, sebuah lagi pergerakan Palestin mengeluarkan amaran kepada tentera Israel supaya tidak menimbulkan ke­tegangan di sepanjang sempadan Gaza.
Sayap bersenjata pergerakan Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam berkata, mereka bersedia melancarkan serangan balas terhadap tentera Israel.
“Kami tidak akan membenarkan sebarang pencerobohan (Israel) terus berlaku dan tentera Israel perlu keluar segera dari Gaza tanpa sebarang alasan,” kata kumpulan itu.
Sempadan Gaza berada dalam keadaan aman sejak gencatan senjata dikuatkuasakan pada akhir 2014, walaupun Israel mendakwa Hamas sedang membina terowong-terowong baharu dari Gaza bagi menyusup ke wilayah Israel.
Israel turut mendakwa te­rowong-terowong tersebut menjadi punca utama Israel melancarkan serangan selama 50 hari ke atas Gaza pada 2014 yang mengorbankan 2,251 penduduk Palestin, kebanyakan mereka orang awam, dan 73 orang penduduk Israel termasuk 67 askar Israel.
“Matlamat kami (Israel) ialah untuk mengesan dan memusnahkan rangkaian terowong Ha­mas kerana ia mengancam ke­selamatan dan nyawa penduduk Israel,” kata jurucakap tentera Israel, Peter Lerner dalam satu kenyataan susulan daripada serangan itu.
Penyelaras khas Pertu­buhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pro­ses damai Asia Barat, Nickolay Mladenov berkata, beliau “memandang berat” terhadap peningkatan serangan Israel ke atas Gaza.
“Adalah penting keamanan dikekalkan bagi memastikan keselamatan penduduk Israel dan Palestin,” katanya dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat lawatan mengejut ke sempadan Gaza, kelmarin dan menyatakan kawasan ini sudah lama berada dalam keadaan aman.
“Sudah hampir dua tahun kea­daan aman di sini sejak Operasi Meningkatkan Perlindungan (me­rujuk perang 2014),” katanya.
Pengasas kumpulan peng­analisa Levantine, Daniel Nisman berkata, lawatan Netanyahu boleh mencetuskan reaksi.
“Mungkin bagi Hamas satu kesilapan akan membawa perang,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-kembali-gempur-gaza-1.317981#sthash.E0rh7URv.dpuf