Thursday, 7 October 2010

Tentera Israel Serang Penunjuk Perasaan Berhampiran Bait Laham

Imej
7 Oktober 2010 - Bait Laham - Tentera Israel menggunakan gas pemedih mata dan bom bunyi pada hari Rabu untuk menyuraikan para penunjuk perasaan warga Palestin dan antarabangsa di kampung Bait Fajjar berdekatan bandar Bait Laham di selatan Tebing Barat.

Mereka memprotes serangan yang dilakukan oleh pendatang Israel ke atas masjid kampung tersebut pada hari Selasa lalu. Pendatang Israel telah menyerang masjid tersebut pada waktu subuh hari Selasa dan membakarnya.

Hari ini, askar Israel terpaksa bergelut dengan para pemuda tempatan yang bertindakbalas terhadap gas pemedih mata yang mereka lontarkan dengan batu. Sumber-sumber tempatan melapurkan tidak ada yang tercedera.

Gaza Di Bom Lagi

Imej7 Oktober 2010 - Gaza - Serang bom telah dilakukan oleh pesawat dikawasan al-Nasser Maqqousi di barat Gaza, setakat ini tidak ada dilaporkan sebarang kecederaan kecuali rumah yang hancur terkena bom.
Letupan tersebut dapat dirasai sekitar bandar Gaza, ambulan dan anggota pertahanan awam berkejar ke lokasi, keadaan panik berlaku terutama kepada kanak-kanak.

Juru cakap perkhidmatan perubatan di Gaza, Abu Adham dalam kenyataannya, tiada kecederaan setakat ini dilaporkan hanya kerosakan harta benda sahaja.

Beberapa saat kemudian, letupan sebutir bom lagi boleh didengari di kawasan timur Zeitoun, mensasarkan kawasan yang tidak berpenghuni.

12 Penduduk Palestin Diculik Lagi

Imej7 Oktober 2010 - Tebing Barat - Hari ini sahaja sudah dua belas penduduk Palestin di Tebing Barat diculik oleh rejim Israel dalam beberapa serangan dan pengelidahan di beberapa kawasan.

Radio Ibrani mengatakan, bahawa tentera Israel menyerbu bandar dan desa di Tebing Barat dan merosakkan puluhan rumah yang lain dalam operasi pengelidahan tersebut.

Mereka di sifatkan sebagai 'paling dikehendaki' dibawa ke pusat tahanan untuk disoal siasat.

Sebenarnya rejim Israel hampir setiap hari melakukan operasi menculik penduduk sebagai salah satu cara untuk menakut-nakutkan mereka dan semalam sahaja 6 Oktober 2010 lima penduduk diculik di Ramallah dan Jenin.