Sunday, 21 December 2014

Rejim Zionis bedil Gaza


Israel melancarkan serangan udara buat pertama kali ke atas Genting Gaza sejak 26 Oktober lalu.
Israel melancarkan serangan udara buat pertama kali ke atas Genting Gaza sejak 26 Oktober lalu.
GENTING GAZA - PALESTIN. Rejim Zionis melancarkan serangan udara buat kali pertama ke atas wilayah Gaza, sekali gus mencabuli gencatan senjata yang dikuatkuasakan pada 26 Oktober lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tiada kematian dilaporkan dalam kejadian itu.

Sementara itu, tentera Israel memberitahu serangan menyasarkan tapak infrastruktur milik Hamas itu kononnya sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan oleh gerakan tersebut, kelmarin.

Bagaimanapun, Hamas menafikan dakwaan itu dan turut menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas untuk meningkatkan lagi ketegangan di wilayah terbabit.  - AFP

Israel diarah bayar pampasan RM3 bilion


Beberapa aktivis pencinta alam membersihkan sisa tumpahan minyak di pantai Jieh, selatan Beirut pada Oktober 2006.
Beberapa aktivis pencinta alam membersihkan sisa tumpahan minyak di pantai Jieh, selatan Beirut pada Oktober 2006.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mengarahkan Israel membayar ganti rugi sebanyak AS$856.4 juta (RM3 bilion) kepada Lubnan kerana menyebabkan tumpahan minyak ketika peperangan tercetus pada 2006.

Keputusan itu dibuat selepas resolusi tidak terikat berhubung insiden itu diluluskan oleh PBB.

"Tel Aviv digesa untuk membayar pampasan segera kepada Beirut dan beberapa negara lain termasuk  Syria yang turut terjejas akibat tumpahan 15,000 tan minyak di perairan Mediterranean tersebut.

Kejadian itu telah memberi kesan besar kepada kehidupan dan ekonomi Lubnan serta menyebabkan bencana alam yang dahsyat," menurut kandungan resolusi itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara ke atas tangki simpanan minyak berhampiran loji kuasa negara itu.  - AFP

Israel diarah bayar RM2.9 juta kepada Lebanon

epa00888319 United Nations Secretary general designate Ban Ki-moon
Ban Ki-Moon
BEIRUT 20 Dis. – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi meminta Israel membayar seba­nyak AS$850 juta (RM2.9 juta) sebagai ganti rugi kepada Lebanon berikutan tumpahan minyak yang berpunca daripada serangan tentera udara Israel ke atas negara itu dalam perang menentang pergerakan Hezbollah pada 2006.
Resolusi itu diluluskan lewat Jumaat lalu sambil berkata, bencana alam menyebabkan tumpahan mi­nyak meliputi keseluruhan pantai Lebanon dan merebak ke pantai di Syria, sehingga menyebabkan pencemaran yang teruk.
Israel sebelum ini diminta oleh PBB membayar pampasan kepada Lebanon, tetapi ini merupakan kali pertama nilai pampasan dinyatakan berkaitan kerosakan itu.
Resolusi yang diluluskan pada perhimpunan agung itu bagaimana­pun tidak terikat daripada segi undang-undang.
Pada perhimpunan itu, 170-6 menyokong resolusi itu, manakala tiga lagi berkecuali, manakala Israel, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Micronesia dan Pulau Marshal menentang. AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-diarah-bayar-rm2-9-juta-kepada-lebanon-1.38940#sthash.tJYxzX4X.dpuf