Beberapa aktivis pencinta alam membersihkan sisa tumpahan minyak di pantai Jieh, selatan Beirut pada Oktober 2006. |
Keputusan itu dibuat selepas resolusi tidak terikat berhubung insiden itu diluluskan oleh PBB.
"Tel Aviv digesa untuk membayar pampasan segera kepada Beirut dan beberapa negara lain termasuk Syria yang turut terjejas akibat tumpahan 15,000 tan minyak di perairan Mediterranean tersebut.
Kejadian itu telah memberi kesan besar kepada kehidupan dan ekonomi Lubnan serta menyebabkan bencana alam yang dahsyat," menurut kandungan resolusi itu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas rejim Zionis melancarkan serangan udara ke atas tangki simpanan minyak berhampiran loji kuasa negara itu. - AFP
No comments:
Post a Comment