Wednesday, 18 December 2013

Pelan keselamatan AS berat sebelah

Yasser Abed Rabbo11 Disember 2013
Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo

RAMALLAH - AMERIKA SYRAIKAT. Pelan keselamatan yang dibentangkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry didakwa akan menjadi punca utama kegagalan rundingan damai bersama Israel.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Abed Rabbo menyatakan bahawa idea Kerry itu hanya akan menyebabkan usaha menjayakan rundingan tersebut bakal menemui jalan buntu.

"Pelan keselamatan di Lembah Jordan tersebut seperti berat sebelah kerana askar rejim Zionis dapat mengekalkan kedudukan mereka di sepanjang timur Tebing Barat," jelasnya lagi.

Sementara itu, jurucakap Presiden Mahmoud Abbas memaklumkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak akan menerima sebarang penangguhan untuk membebaskan tahanan Palestin.

Menurut Nabil Abu Rudaineh, AS dan sekutu kuatnya, Israel cuba berdolak dalik dan turut mengancam menangguhkan tarikh pembebasan baki tahanan yang telah dipersetujui, Julai lalu.  - Press TV

Bantu Anak-Anak Kami



Gambar menunjukkan seorang penduduk Gaza, Lutfi Bishawi berusia 40 tahun bersama keluarganya. 

Mereka berlindung di sebuah khemah di salah satu daripada jalan-jalan di Gaza selepas rumah mereka ditenggelami banjir.

Dalam krisis banjir teruk dan musim sejuk yang menggigit, anak-anak mereka khususnya memerlukan perlindungan dan makanan.

Ayuh menyumbang untuk mereka dan mangsa-mangsa lain.

Sumber : gazanow[AAB]
#aqsasyarif

**********

[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]

Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.

Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904

Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.

Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!

[HR]

Kanak-Kanak Berjiwa Merdeka



Gambar menunjukkan keadaan sebuah kelas di salah sebuah sekolah yang dijadikan sebagai tempat perlindungan banjir di Gaza. 

Kelihatan dua orang kanak-kanak yang gigih membuat latihan kerja sekolah walaupun dalam keadaan krisis!! 

Adakah kamu melihat sebuah cita-cita yang indah pada diri mereka? Ayuh bantu mereka untuk keluar dari krisis banjir ini dan doakan agar mereka menjadi pemimpin negara Palestin satu hari nanti.

Sumber : gazanow[AAB]
#aqsasyarif
**********

[SHITAA' (WINTER) EMERGENCY RELIEF]

Pakej sumbangan berjumlah RM 100 mengandungi selimut tebal dan Food Pack untuk diedarkan ke seluruh daerah di Gaza. Sasaran kutipan sepanjang kempen ini berjumlah RM500,000 bersamaan dengan 5000 set.

Hulurkan sumbangan anda sekarang ke: 'AQSA SYARIF BERHAD'

1) Maybank Islamic: 551575-004299
2) Bank Islam: 1209-20100-34904

Dan maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my untuk mendapat resit rasmi.

Semoga usaha dan amal kita diganjari syurga oleh Allah!

[HR]

Kempen boikot Israel

Kempen boikot IsraelGolongan cendekiawan dari Asa menyertai kempen boikot Israel, baru-baru ini.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira dua pertiga daripada 1,252 ahli akademik Persatuan Pengajian Amerika Syarikat (Asa), kelmarin sebulat suara menyokong resolusi memboikot Israel.

"Semasa perbincangan terbuka baru-baru ini, beberapa ahli meminta kami menggubal draf resolusi yang bertujuan untuk 'menghukum' Israel kerana melakukan penindasan berterusan ke atas penduduk Palestin," jelas jurucakap Asa.

Kempen itu juga bertujuan untuk memutuskan hubungan dan kerjasama dengan semua institusi pengajian di Israel yang telah dijalinkan sejak sedekad lalu.

Difahamkan, dipetik dari AFP, persatuan terbesar yang melakukan penyelidikan ke atas sejarah dan adat kebudayaan AS itu turut melancarkan kempen secara dalam talian bagi meraih sokongan masyarakat.

Mei lalu, ahli kosmologi Britain, Stephen Hawking menarik diri daripada sebuah persidangan berprestij di Israel sebagai protes terhadap pendudukan rejim Zionis di Tebing Barat.

Ribut salji di Gaza

Ribut salji di GazaPenduduk terpaksa bergelap kerana ketiadaan sumber api sejak dua bulan lalu. Foto: EPA

14 Disember 2013
GAZA - Puluhan penduduk terpaksa berpindah apabila ribut salji memusnahkan kediaman dan bangunan, sejak kelmarin.

Puluhan kediaman penduduk miskin yang hanya didirikan dengan struktur binaan tidak kukuh dilaporkan musnah sama sekali hingga memaksa mereka menumpang teduh di sekolah-sekolah sekitar bandar itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, lebih 30 penduduk cedera dalam kemalangan kereta dan runtuhan bangunan.

“Hampir 200 kediaman di perisir pantai musnah apabila salji menghempap kediaman. Ini adalah keadaan paling teruk sejak 20 tahun lalu,” katanya.

Pemilik kedai Fayez al- Yazghi berkata, penderitaan penduduk bertambah sejak pihak berkuasa menyekat bahan api dua sejak bulan lalu.

“Saban hari kami bergelap dan hanya masak sekali sehari kerana tiada minyak. Kami mohon negara antarabangsa menyelamatkan kami di sini. Hulurkan bantuan dan bukan hanya sekadar menjadi penonton melihat penderitaan kami,” katanya pada Al Jazeera.

Sementara itu, penduduk tempatan membina jambatan sementara dengan batang pokok untuk membolehkan operasi menyelamat di kawasan terjejas akibat ribut salji.

Di bahagian di Tebing Barat dan di Baitulmuqaddis, sekolah dan pejabat terpaksa ditutup termasuk pengangkutan awam digantung sementara susulan ribut dan banjir tersebut.

Zionis utamakan Langkah-langkah persaingan Internasional




Forum Ekonomi Zionis mengungkap tentang kebimbangan kerajaan Zionis akan bertambah pengasingan antarabangsa yang dihadapi entiti Zionis tahun depan. Forum Ekonomi Zionis mengingatkan peningkatan rangkaian pemasaran global yang memasang tanda khusus pada produk dari penempatan-penempatan Zionis. Seperti yang dilaporkan oleh saluran tujuh televisyen Zionis dari Forum Ekonomi Zionis, ada pemboikotan konkrit pada produk-produk dari penempatan-penempatan Yahudi. Ada tekananyang dihadapi syarikat-syarikat global akibat aktiviti di penempatan-penempatan Yahudi tersebut. Syarikat pengangkutan Perancis "Faoulih" menghadapi pelbagai tekanan akibat aktiviti di Jerusalem (al Quds) dan penempatan-penempatan Yahudi. Gereja Protestan terbesar di Kanada telah melakukan kempen untuk memboikot produk-produk dari penempatan-penempatan Yahudi.

Angkatan Israel mengepung Kampung untuk Latihan Tentera



Beratus-ratus tentera Israel bersenjata menyerbu Rashayda, sebuah kampung di selatan Bethlehem awal pagi Selasa dan memulakan latihan ketenteraan. Ini dilakukan sehari selepas menduduki rizab alam semula jadi yang berhampiran dan menggantikan keluarga yang tinggal di sana.

Pengerusi majlis kampung Fawaz al- Rashayda memberitahu cawangan Palestin yang tentera Israel tiba dalam kumpulan dan memulakan latihan ketenteraan antara rumah-rumah manakala kenderaan tentera yang besar ditempatkan di sekitar kampung.

Pusat Pemeriksaan kemudiannya didirikan dan penduduk tempatan telah diberitahu bahawa mereka tidak akan mampu untuk meninggalkan rumah-rumah mereka selepas 10:00

Pada petang Isnin, tentera Israel dikerahkan di rizab alam semula jadi timur kampung Rashayda, penyisihan keluarga berdekatan dan mengisytiharkan ia satu "zon tentera tertutup."

Tentera memberi amaran kepada jiran penduduk Palestin separa nomad bahawa mereka harus mengosongkan kawasan tersebut sebelum 5 petang dan mereka sebaliknya akan dipindahkan " secara paksa . "

Kira-kira 80 keluarga tinggal di khemah-khemah berhampiran kangang biri-biri dan kambing.

Berpuluh-puluh murid sekolah tidak akan dapat untuk meneruskan persekolahan mereka pada hari-hari akan datang.

Persatuan akademik AS boikot Israel


NEW YORK 17 Dis. - Sebuah persatuan yang dianggotai lebih 5,000 orang guru dan penyelidik Amerika Syarikat (AS) meluluskan cadangan untuk memulaukan universiti Israel.
Tindakan Persatuan Pengajian Amerika itu merupakan yang kedua bagi sebuah pertubuhan akademik AS meluluskan usaha memulaukan universiti-universiti Israel.
Pada April lalu, Persatuan Penyelidikan Asia Amerika muncul kumpulan pertama berbuat demikian.
Pelbagai organisasi di seluruh dunia berkempen memulaukan akademik dan budaya Israel bagi membantah penjajahan rejim Zionis itu terhadap Palestin sejak lebih 40 tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131218/lu_10/Persatuan-akademik-AS-boikot-Israel#ixzz2oOYz6NHh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hari ini dalam sejarah | 17 Disember 1992 | Pengusiran 415 Pejuang Palestin ke Selatan Lubnan



Seramai 415 orang pejuang Hamas dan Jihad Islami di Gaza telah diusir secara paksa ke Marja Zuhur, Selatan Lubnan. Mereka adalah individu-individu penting dalam gerakan Hamas dan Jihad Islami yang telah berjaya dikenalpasti oleh pasukan perisik rejim Israel, Shin Bet. Antara individu yang diusir adalah Dr Abdel Aziz al-Rantissi, Dr Ismail Haniyeh, dan Dr Mahmoud Zahar.

Kerajaan Lebanon pada ketika itu enggan menerima para pejuang yang terusir ini dan menyisihkan mereka di Marja Zuhur tanpa tempat bergantung. Oleh kerana ia berlaku pada musim sejuk, penderitaan pejuang-pejuang ini telah mendapat perhatian warga antarabangsa. Ketokohan Dr Abdel-Aziz al-Rantissi terserlah apabila beliau menjadi jurucakap kepada kumpulan pejuang ini. Beliau mengutuk Palestine Liberation Organization(PLO); pertubuhan yang sepatutnya membela nasib rakyat Palestin, kerana tidak berbuat apa-apa apabila rakyat Palestin diusir secara terhina oleh regim Zionis Israel.

Pengusiran terancang ini sengaja dilakukan oleh rejim Israel dengan harapan mereka dapat melumpuhkan operasi Hamas dan Jihad Islami di Gaza. Kumpulan ini hanya dibenarkan pulang ke Gaza selepas termeterainya Perjanjian Oslo pada September 1993 antara PLO dan rejim Israel. Kini, Hamas tidak hanya berhadapan dengan kekejaman Israel tetapi terpaksa menderitai pengkhianatan PLO dalam perjuangan membebaskan Palestin. Persetujuan PLO untuk mengiktiraf kewujudan Israel dan meletak senjata adalah pengkhianatan terbesar dalam perjuangan memerdekakan Palestin.

Namun, ini tidak pernah membuat para pejuang yang terusir berputus-asa. Ternyata Dr Abdel Aziz al-Rantissi dan Dr Ismail Haniyeh kemudiannya muncul sebagai wira-wira Hamas yang dibanggakan oleh seluruh umat.

Pengusiran tidak akan pernah memadamkan semangat perjuangan ini hingga ke akhir waktu!

Ia malah memberi kekuatan kepada mereka dan membuka mata seluruh dunia akan keikhlasan HAMAS dalam memperjuangkan nasib Palestin!

[KJ]