Saturday, 14 December 2013

Ingatkah lagi anda akan dua peribadi ini?

 

Remaja mithali...



Sarah Binti Ibrahim adalah seorang remaja anak masyarakat kebanyakan di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.

Sebagaimana kebanyakan rakannya yang lain, Sarah yang berumur 12 tahun ini akan berjalan kaki ke sekolahnya di sebelah pagi dan ke kelas al Qur'an pula pada sebelah petang.

Miski pun beliau hidup di dalam keadaan keluarganya yang daif yang tidak mepunyai sebarang sebarang kemudahan yang canggih seperti anak-anak remaja di Malaysia, Sarah amat cemerlang di dalam pelbagai bidang.

Selain daripada menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya, remaja yang berketerampilan ini telah pun berjaya mengahfaz 30 juzuk al Qur'an sebelum umur beliau mencecah 12 tahun lagi. Bahkan sarah juga telah berjaya menghafaz sebanyak 500 buah hadith.

Di usia yang semuda ini, Sarah telah pun bertekad untuk menjadi seorang yang cemerlang demi masa depan masyarakatknya serta berjuang ke arah pembebasan Masjid al Aqsa dan bumi Palestin yang tercinta.

Baca lagi :

Dr Zainur Rashid Zainuddin

14 Disember 1981 - Rejim Israel Merampas Bukit Golan(Syria)



Parlimen Israel, Knesset, telah meluluskan rang Undang-Undang Bukit Golan (Golan Heights Law) pada hari ini bagi membolehkan undang-undang yang digunapakai di semua wilayah Israel juga digunapakai di wilayah itu. 2/3 daripada wilayah Bukit Golan kini berada di bawah kekuasaan negara haram Israel selepas perang Arab-Israel 1967.

Pihak antarabangsa terutamanya PBB tidak mengiktiraf keputusan ini sehingga ke hari ini kerana resolusi-resolusi PBB sekitar Bukit Golan, terutamanya Resolusi 497, menegaskan bahawa wilayah itu masih merupakan wilayah berdaulat Syria yang kini diduduki oleh Israel. Tindakan Israel itu jelas menunjukkan pengilhakan (aneksasi); proses merampas dan mengisytiharkan hak milik sendiri, Bukit Golan sebagai wilayah Israel. Justeru undang-undang tersebut adalah tidak sah dan terbatal dari pentafsiran undang-undang antarabangsa.

Sungguhpun Syria dan Israel bersetuju untuk mengeluarkan tentera mereka dari zon-zon bebas tentera yang ditetapkan oleh PBB bagi mengelakkan pertempuran berterusan, pihak regim Israel telah bertindak licik dengan menegakkan undang-undang kerajaannya ke atas Bukit Golan bagi meneruskan agenda penguasaannya kepada wilayah-wilayah yang ia rampas melalui jalan ketenteraan.

Keistimewaan Bukit Golan ialah ia memberikan kelebihan dari sudut ketenteraan melalui penguasaan kawasan tinggi. Dari sudut domestik, ekonomi dan politik pula ia memberi kelebihan melalui penguasaan sumber air dari Tasik Hula, Laut Galilee dan Sungai Jordan. Perseteruan antara Syria-Israel pernah mendapat julukan “Perang Untuk Air”.

Bukit Golan kini diduduki oleh lebih 20,000 orang Yahudi di kira-kira 40 penempatan Israel di sana. 10% warga tempatan, Druze, di wilayah itu kini memiliki kewarganegaraan Israel. Ini adalah sebahagian daripada proses normalisasi wilayah Bukit Golan sepertimana yang dilakukan oleh regim Israel di wilayah Tebing Barat dan Baitul Makdis.

Israel, sedikit demi sedikit merampas tanah berdaulat umat Islam. Tatkala Syria bergolak, Israel semakin mengukuhkan kedudukannya di Bukit Golan.

Esok tanah mana pula yang bakal kita hilang?

TEMBOK BARAT dan Kubah Batu yang menjadi tempat suci orang Yahudi dan Islam di Baitulmuqaddis dilitupi salji semalam.



BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki oleh Israel semalam.

Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui.

Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50 sentimeter turun di sini sejak kelmarin.

"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat.

Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini.

Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.

Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga diberitahu kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan.

Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - Reuters