Friday, 4 July 2014

PALESTIN - 70 Serangan Roket dan Mortar ke Israel Sejak Hamas-Fatah Bekerjasama

sami abu zuhriDalam menanggapi ancaman operasi militer yang dilontarkan Perdana MenteriBenjamin Netanyahu, Gerakan Perjuangan Islam “Hamas” menegaskan bahawa operasi militer yang diadakan Israel akan menjadi gerbang neraka bagi setiap tentera Yahudi.

Dalam sidang media yang diadakan Hamas pada Isnin (30/06) malam, jurucakap Sami Abu Zuhri mengatakan “Israel berusaha untuk memutar balikan fakta atas pembunuhan 3 warga Yahudi, dan Netanyahu mesti tahu bahwa ancaman tersebut tidak akan menakut-nakutkan Hamas.”

Dia menambahkan “dan jika terjadi perang di Jalur Gaza, maka pintu neraka akan terbuka lebar bagi tentera Yahudi. “

Sebelumnya dalam pertemuan dengan Komite Luar Negeri dan Keamanan Knesset Israel pada hari Isnin lalu, Netanyahu mengatakan “jika Hamas terus menembakkan roket ke wilayah Israel maka hanya akan ada dua pilihan, yaitu Hamas menghentikan tembakan roket dengan sendirinya atau kami sendiri yang akan menghentikannya,” seperti disiarkan pejabat berita Reuters dan akhbar Yediot Aharonot Israel.

Sementara itu dalam akun Twitter rasmi miliknya, Benjamin Netanyahu menyatakan “Sejak pembentukan pemerintahan nasional Fatah dan Hamas, sekurang-kurangnya lebih dari 70 roket dan mortar telah di tembakan pejuang Palestin ke wilayah Israel.” (Rassd/Ram) sumber

Pengikut ISIL Mula Hentam HAMAS dan FATAH

IS palestinaSebuah kelompok jihad di Palestin telah berjanji setia kepada Daulah Islam (ISIL) , dan mereka mengaku sebagai pihak yang bertanggung jawab atas pembunuhan tiga remaja Israel bulan lalu di Tebing Barat, serta serangan meaut terbaru lainnya terhadap tentera Israel.
Dalam sebuah pernyataan yang dipos di laman jihad Selasa, Milisi Bait al-Maqdis mengatakan bahawa mereka berada di balik penangkapan dan pembunuhan “tiga perajurit” di Hebron , serangan sniper di Hebron dan Tarqumia, dan rudal dilancarkan dari Gaza ke Israel bulan yang lalu.
Tindakan itu dilakukan untuk menghormati Abu Bakr al-Baghdadi, yang dilantik menjadi “khalifah” yang mendakwa dari Daulah Islam, kata pernyataan itu.
“Kami bukan kelompok partisan seperti organisasi lainnya yang sering dipermalukan (Israel), banyak (organisasi) yang dijual oleh pemimpin organisasi mereka untuk kepentingan politik,” pernyataan yang mengkritik Fatah dan Hamas.
“Mereka telah memasuki parlimen banyak tuhan dan bersekutu dengan kafir dan  Syiah, mentransfer tindakan melalui khutbah dan ceramah  mereka ke Tebing Barat dan Gaza, sedangkan kami insyaAllah Dia akan  membantu kita.” …
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah menuduh pihak Hamas yang bertanggung jawab atas pembunuhan Gil-ad Shaar, Naftali Fraenkel dan Eyal Yifrah pada tanggal 12 Jun. Pada hari Rabu, jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri membantah laporan Sky News Arabia tersebut, dan ia infokan juga  bahawa pemimpin politik Hamas  Khaled Mashaal telah membantah juga keterlibatan Hamas. Abu Zuhri mengatakan Hamas “tidak memiliki informasi pada subjek.”
Dua suspekutama Israel dalam pembunuhan itu – Marwan Kawasme, 29, dan Amar Abu Aysha, 32 – keduanya dikenal sebagai anggota aktivis Hamas di Hebron.
“Pesan kami kepada orang-orang Yahudi di Bait al-Maqdis [istilah Islam untuk Jerusalem] dan sekitarnya: yang menduduki tanah kaum muslimin di Palestin … Anda telah membuka pintu yang tidak boleh ditutup kecuali anda meninggalkan [tanah Palestina] dengan dipermalukan … atau akan dibunuh, seperti anda menemukan mayat busuk dari tiga tentera Anda."
 (JL/KH
sumber

Mesir hapus terowong

"bulldozer" ini milik tentera Mesir, mereka lantas menghapuskan terowong-terowong laluan antara Palestin ke Mesir.

Sumber: GYBO

TT: Aman Palestin

Keganasan memuncak


2014/07/04 - 01:21:05
Foto
Kepulan asap selepas serangan udara Israel di Bandar Gaza, semalam.
Foto


Baitulmaqdis: Keganasan meletus di bandar raya ini apabila belia Palestin bertempur dengan polis Israel berikutan penculikan dan pembunuhan remaja Palestin dalam kes balas dendam, yang mengundang masyarakat antarabangsa meminta supaya semua pihak bertenang.

Beratus penduduk Palestin yang memakai topeng semalam membaling batu ke arah pasukan pencegah rusuhan Israel, yang bertindak balas dengan membedil peluru getah, gas pemedih mata dan bom bunyi. Pertempuran berterusan sehingga malam.

Pertempuran di kawasan tempat tinggal remaja Palestin itu, Shufat, menyebabkan 65 cedera, tiga disebabkan peluru hidup, manakala 35 lagi berikutan bedilan peluru getah, termasuk enam wartawan, menurut Bulan Sabit Merah.

Tindakan kejam

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengutuk pembunuhan keji remaja lelaki Palestin berusia 16 tahun, yang kematiannya berlaku selepas tiga belia Israel dibunuh di Tebing Barat.

Netanyahu menggesa kedua-dua pihak tidak bertindak sendiri.

Keluarga salah seorang remaja Israel, yang masih berkabung, berkata pembunuhan balas dendam itu tindakan kejam.

Pesawat Israel bom Gaza


Baitulmaqdis: Pesawat Israel semalam mengebom Gaza sementara pejuang Palestin bertindak balas dengan melancarkan 15 serangan roket.

Bagaimanapun setakat ini, belum ada tanda-tanda menunjukkan pertempuran akan meletus semula seperti yang berlaku kelmarin berikutan penculikan dan pembunuhan remaja Palestin berusia 16 tahun, Mohammed Abu Khder.


Remaja berkenaan dipercayai dibunuh kerana tindakan membalas dendam terhadap kematian tiga remaja Yahudi yang didakwa dilakukan kumpulan Hamas.

Polis Israel berkata, motif pembunuhan Mohammed tidak jelas dan enggan memberitahu bagaimana remaja itu mati.


Bagaimanapun, peguam keluarga mangsa berkata, mayat Mohammed rentung akibat dibakar penyerangnya.


Sehingga ini, tidak dapat dipastikan bila dia akan dikebumikan.

Pembunuhan Mohammed mencetuskan kemarahan penduduk Shuafat, tempat tinggal keluarganya.

Pertempuran meletus antara penduduk yang menggunakan batu untuk menyerang tentera dan polis Israel, bermula awal kelmarin hingga pagi semalam.

Pergaduhan juga merebak ke kebanyakan kawasan di timur Baitulmaqdis, menyebabkan 232 orang cedera, 178 daripadanya di Shuafat.

Pembunuhan Mohammed dikecam oleh pemimpin Palestin dan juga pemimpin luar negara.

Tentera Israel semalam mengaku mengebom Gaza yang dikuasai Hamas.

Pasukan perubatan Palestin melaporkan 11 orang cedera, seorang daripadanya parah, dalam serangan berkenaan.

Hamas berkata, kerajaan pimpinan Netanyahu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembunuhan remaja Palestin itu.

Ketegangan meningkat di rantau itu sejak 12 Jun lalu selepas kehilangan tiga remaja Yahudi yang mayat mereka ditemui Isnin lalu.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

11 penduduk cedera akibat serangan Israel


TEMBAKAN suar kelihatan di langit semasa serangan udara tentera Israel di Bandar Gaza semalam. - AFP


BAITULMUQADDIS - Seramai 11 penduduk Palestin cedera semalam apabila Israel melancarkan serangan di 15 sasaran di Gaza.
Para pejuang Palestin turut melancarkan serangan roket yang mengenai dua buah rumah di selatan Israel.
Israel melancarkan serangan itu ekoran penculikan dan pembunuhan seorang remaja Palestin sebagai tindak balas terhadap tiga remaja Yahudi yang diculik dan dibunuh pada awal bulan ini.
"Seramai 11 orang cedera dalam serangan itu termasuk seorang yang berada dalam keadaan parah," kata jurucakap Pihak Berkuasa Kesihatan di Gaza.
Menurutnya, tujuh orang lagi cedera di Beit Lahiya dan empat lagi di Bandar Gaza.
Serangan menjelang subuh itu berlaku selepas hampir 12 roket menyerang selatan Israel.
Namun, serangan roket itu berjaya dipintas Isarel menerusi sistem antipeluru berpandu Iron Dome.
Menurut tentera Israel, tiada laporan mengenai kecederaan dan kematian akibat serangan roket tersebut yang mengenai dua buah rumah.
Tentera Israel turut menangkap 13 penduduk Palestin yang dikehendaki berhubung penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel itu.
Tiga remaja itu hilang semasa mereka mengembara pada 12 Jun lalu.
Mayat ketiga-tiga remaja itu ditemui pada Isnin lalu dengan pergerakan Hamas dipersalahkan berhubung kejadian itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz36Rkay7VX 
Hakcipta terpelihara 

Israel bedil 15 lokasi di Gaza


BAITULMAQDIS 3 Julai - Sebanyak 11 rakyat Palestin cedera apabila Israel melancarkan serangan ke atas 15 lokasi di Gaza, hari ini ketika serangan roket dilancarkan kumpulan pejuang mengenai dua buah rumah di selatan Israel.
Bagaimanapun, tiada kejadian keganasan terbaharu di timur Baitulmaqdis ekoran pembunuhan seorang remaja Palestin, dipercayai tindakan membalas dendam selepas tiga remaja Yahudi dibunuh pada awal bulan ini.
Jurucakap pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, 11 orang cedera termasuk seorang yang parah dalam serangan malam tadi.
"Tujuh orang cedera di Beit Lahiya di utara Gaza, manakala empat orang lagi di Gaza City,’’ katanya.
Tentera Israel mendakwa serangan pada waktu subuh itu dilancarkan selepas berpuluh-puluh roket Palestin mengenai Israel.
"Bekalan elektrik di Sderot terputus selepas sebuah roket mengenai sebuah rumah di bandar itu,’’ kata tentera Israel.
Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Israel mengambil tindakan lebih tegas bagi mengelak keadaan bertambah buruk ekoran pembunuhan remaja Palestin tersebut.
"Kami menggesa satu perlindungan antarabangsa diberikan kepada penduduk Palestin daripada serangan penduduk penempatan haram selepas mereka yang berada di bawah perlindungan tentera Israel, terus menyerang rakyat negara ini,’’ katanya dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan, Israel hari ini dilapor mengatur kedudukan tenteranya dan kereta kebal di sekitar Gaza.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner, namun beliau tidak menyebut jumlah tentera dan kereta kebal terlibat. - AFP/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140704/lu_02/Israel-bedil-15-lokasi-di-Gaza#ixzz36RfzVamx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel kerahkan tenteranya di sempadan Gaza


BAITULMAQDIS 4 Julai - Rejim Israel bertindak menempatkan anggota tenteranya berhampiran sempadan Gaza semalam, selepas Palestin berterusan melancarkan serangan roket ekoran pembunuhan seorang remaja warganya.
“Kami telah mengerakkan pasukan keselamatan dalam usaha memperkukuhkan pertahanan selain sebagai langkah persediaan untuk sebarang kemungkinan," kata jurucakap tentera Leftenan Kolonel Peter Lerner.
Katanya lagi, mereka yang dikerahkan merupakan pegawai yang akan bertugas di bahagian pentadbiran dan bukannya di medan peperangan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140704/lu_01/Israel-kerahkan-tenteranya-di-sempadan-Gaza#ixzz36RfitIYS
© Utusan Melayu (M) Bhd