|
BAITULMUQADDIS - Seramai 11 penduduk Palestin cedera semalam apabila Israel melancarkan serangan di 15 sasaran di Gaza.
Para pejuang Palestin turut melancarkan serangan roket yang mengenai dua buah rumah di selatan Israel.
Israel melancarkan serangan itu ekoran penculikan dan pembunuhan seorang remaja Palestin sebagai tindak balas terhadap tiga remaja Yahudi yang diculik dan dibunuh pada awal bulan ini.
"Seramai 11 orang cedera dalam serangan itu termasuk seorang yang berada dalam keadaan parah," kata jurucakap Pihak Berkuasa Kesihatan di Gaza.
Menurutnya, tujuh orang lagi cedera di Beit Lahiya dan empat lagi di Bandar Gaza.
Serangan menjelang subuh itu berlaku selepas hampir 12 roket menyerang selatan Israel.
Namun, serangan roket itu berjaya dipintas Isarel menerusi sistem antipeluru berpandu Iron Dome.
Menurut tentera Israel, tiada laporan mengenai kecederaan dan kematian akibat serangan roket tersebut yang mengenai dua buah rumah.
Tentera Israel turut menangkap 13 penduduk Palestin yang dikehendaki berhubung penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel itu.
Tiga remaja itu hilang semasa mereka mengembara pada 12 Jun lalu.
Mayat ketiga-tiga remaja itu ditemui pada Isnin lalu dengan pergerakan Hamas dipersalahkan berhubung kejadian itu. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz36Rkay7VX
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment