Thursday 21 November 2013

Cucu PM Palestin tenat



Amal Abdul Salam Haniyah, cucu kepada Ismail Haniyah, Perdana Menteri Palestin dilaporkan tenat dan sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan kepada darah tanpa diketahui puncanya.

Mari bersama-sama kita doakan kesembuhan anak kecil ini, di saat rawatan perubatan sangat kritikal akibat bekalan elektrik yang tidak menentu, serta bekalan ubat-ubatan yang semakin terhad.

Menempah Maut



Pasukan perubatan tentera Zionis membawa pulang tenteranya yang cedera dalam suatu letupan berdekatan sempadan Lubnan, semalam.

Amerika Setujui Penjualan 6 Pesawat Tempur V-22 Osprey ke Israel




Menteri Pertahanan Amerika, Chuck Hegel mengumumkan bahawa negaranya meluluskan penjualan enam pesawat pejuang jenis V-22 Osprey kepada Israel. Dengan demikian, Israel menjadi sekutu AS pertama yang mendapatkan jenis pesawat ini. Dalam pernyataan yang disampaikan di depan Lawyer Yahudi di New York bahawa persetujuan menjual pesawat tersebut ke Israel akan mengukuhkan pasukan khusus Israel.

Jenis pesawat ini mampu berlepas dan take off dengan vertical seperti pesawat heli kopter dan terbang dengan kelajuan tinggi berbeza dengan pesawat bersayap kekal. Satu pesawat ini dihargai 70 juta dolar AS. Syarikat Boeing Amerika yang menghasilkan pesawat ini. Ia mampu terbang sejauh 1600 km dan mampu membawa 24 personel tentera dengan kelajuan 400 km perjam.

Berita | Palestin Hari Ini



1. Tentera laut Israel menembak beberapa orang Palestin yang sedang menangkap ikan berdekatan dengan kawasan pantai Gaza dan telah mengakibatkan kerosakan tetapi tiada kecederaan.

Saksi berkata, nelayan-nelayan terpaksa kembali ke tebing kerana ditakuti akan diserang lagi.

Nelayan Palestin di Gaza sering menjadi mangsa serangan oleh Tentera Israel walaupun mereka berada dalam jarak 6 batu seperti yang telah ditetapkan oleh mereka. Serangan itu telah menyebabkan beberapa kecederaan, tangkapan dan kerosakan pada kapal mereka.

2. Tentera Israel menceroboh masuk di Timur Khanyounis di Selatan Semenanjung Gaza melalui Sarig, pada hari selasa pagi.

Saksi melaporkan bahawa terdapat 6 jentolak milik Israel memasuki kawasan operasi di Bawabet al-Majhoul. 3 orang dari pasukan al-Qassab dibunuh dan 4 orang dari tentera Israel cedera.

3. Pasukan Israel telah mencederakan 17 penduduk awam dalam bantahan aman yang dilakukan setiap minggu pada hari Jumaat lepas.

Tentera Israel telah menembak dan mencederakan 17 orang penduduk awam dengan peluru yang dikatakan tidak berbahaya. Antara yang tercedera adalah kanak-kanak dan wartawan yang hadir ketika protest yang dibuat oleh beberapa komuniti di Tebing barat. [Ph]

sumber: occupiedpalestine, imemc
penterjemah: aktivis madihah
# aqsasyarif
 

Bandingkan tentera di Gaza dengan tentera rejim Bashar di Syria dan as-Sisi di Mesir.

Cucu PM Palestin tenat



Amal Abdul Salam Haniyah, cucu kepada Ismail Haniyah, Perdana Menteri Palestin dilaporkan tenat dan sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan kepada darah tanpa diketahui puncanya.

Mari bersama-sama kita doakan kesembuhan anak kecil ini, di saat rawatan perubatan sangat kritikal akibat bekalan elektrik yang tidak menentu, serta bekalan ubat-ubatan yang semakin terhad.

Menempah Maut



Pasukan perubatan tentera Zionis membawa pulang tenteranya yang cedera dalam suatu letupan berdekatan sempadan Lubnan, semalam.

palestin

Ini adalah kenyataan daripada laman sosial Hamza Deirawi, salah seorang sukarelawan Aman Palestin Gaza.

Apa jawapan terbaik kita untuk beliau dan seluruh warga Gaza?

Amerika Setujui Penjualan 6 Pesawat Tempur V-22 Osprey ke Israel




Menteri Pertahanan Amerika, Chuck Hegel mengumumkan bahawa negaranya meluluskan penjualan enam pesawat pejuang jenis V-22 Osprey kepada Israel. Dengan demikian, Israel menjadi sekutu AS pertama yang mendapatkan jenis pesawat ini. Dalam pernyataan yang disampaikan di depan Lawyer Yahudi di New York bahawa persetujuan menjual pesawat tersebut ke Israel akan mengukuhkan pasukan khusus Israel.

Jenis pesawat ini mampu berlepas dan take off dengan vertical seperti pesawat heli kopter dan terbang dengan kelajuan tinggi berbeza dengan pesawat bersayap kekal. Satu pesawat ini dihargai 70 juta dolar AS. Syarikat Boeing Amerika yang menghasilkan pesawat ini. Ia mampu terbang sejauh 1600 km dan mampu membawa 24 personel tentera dengan kelajuan 400 km perjam.

120 Bocah Palestin Mendekam di Penjara Zionis



Pusat kajian tawanan dan HAM menegaskan, bersamaan dengan hari anak sedunia 20 Nopember semalam yang diperingati tiap tahun, pihaknya masih menahan 120 bocah Palestin dibawah penyiksaan dan soal siasat.

Pusat kajian tawanan Al-Ahrar dalam laporanya, semalam Rabu (21/11) mengatakan, ada sejumlah bukti yang menegaskan anak-anak Palestin ditangkap dan mendapat penyiksaan, pemukulan, provokasi dan intimidasi di dalam penjara. Anak-anak tersebut kini mengalami trauma mendalam akibat penangkapan dan penyiksaan tersebut.

Pengarah Al-Ahrar Fusat Khafasy mengatakan, Zionis menahan ratusan bocah Palestin di dalam penjara dengan ancaman senjata, seperti menimpa Yazid Abu Rabb asal Jenin yang ditempat serdadu Zionis saat penangkapan. Hingga kini ia pun masih ditahan di dalam penjara.

Bantah undang-undang Israel


21 November 2013
RAMALLAH - PALESTIN. Penduduk Palestin melancarkan kempen membantah undang-undang Israel yang melarang penyatuan keluarga yang memegang hak kewarganegaraan berbeza di wilayah itu.

Menurut PNN, di bawah undang-undang tersebut, individu yang memegang kewarganegaraan Israel atau Baitulmaqdis dilarang bersatu semula dengan keluarga mereka.

Menurut penganjur kempen Love in Time of Apartheid itu, sekatan terbabit mencabuli hak awam, politik, ekonomi dan sosial masyarakat Palestin.

Difahamkan, kempen tersebut turut mendapat sokongan kira-kira 100 organisasi awam tempatan dan beberapa tokoh terkenal telah dilantik sebagai anggota lembaga penasihat antarabangsa.

Selain itu, satu petisyen juga dilancarkan bagi membantah keras undang-undang yang berunsur diskriminasi tersebut.