Saturday 26 December 2015

Puluhan tahanan Palestin mogok lapar

Puluhan tahanan Palestin mogok lapar

26 DISEMBER 2015

Ahli keluarga tahanan Palestin mengadakan protes menggesa pembebasan saudara mereka.


 TEL AVIV - ISRAEL. Puluhan tahanan Palestin di penjara Israel nekad mogok lapar sebagai membantah layanan tidak berperikemanusiaan oleh pihak berkuasa rejim Zionis terhadap mereka.
Agensi berita Maan melaporkan kira-kira 25 tahanan di penjara Etzion di kawasan penempatan haram Gush Atzion, Tebing Bara melancarkan mogok lapar secara beramai-ramai, kelmarin.
"Kesemua tahanan itu mendakwa mereka menjadi mangsa pencabulan hak asasi manusia termasuk penderaan fizikal dan keadaan penjara yang teruk," kata peguam Persatuan Banduan Palestin, Jacqueline Fararj.
Menurutnya lagi, pihak berkuasa di penjara selatan Tebing Barat turut memukul dua tahanan, Abdul Rahim Zamara, 24,  dan Yazan Marqtan, 23, dengan pangkal senapang.
Difahamkan, lebih 6,500 penduduk Palestin kini ditahan di penjara Israel dan ratusan daripada mereka diletakkan di bawah penahanan pentadbiran.
Awal bulan lalu, beberapa tahanan Palestin di penjara Hawara melancarkan mogok lapar selepas pihak berkuasa Israel menyerbu sel mereka dan melakukan pemeriksaan bogel. - Press T
V