Thursday 23 January 2014

Zionis bedil pejuang


Gaza: Serangan udara Israel mengorbankan dua penduduk Palestin, termasuk seorang didakwa militan di utara Gaza, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas Ashraf al-Qudra berkata, pejuang yang meninggal dunia itu ialah Ahmad al-Zaanin, 21, dan Mahmud al-Zaanin, 23.


“Mangsa terbunuh apabila sebuah misil memusnahkan kenderaan mereka ketika berada di Beit Hanun,” katanya. Sementara itu, tentera Zionis mengesahkan serangan itu dan mendakwa ia disasarkan kepada Ahmad yang dianggap “anggota kanan pertubuhan pengganas” dan bertanggungjawab dalam serangan ke atas Israel baru-baru ini. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/23

Dua pejuang Palestin terkorban


BEBERAPA penduduk menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki dua pejuang Palestin terkena peluru berpandu milik tentera Israel di Beit Hanoun, Genting Gaza semalam.


GAZA - Dua pejuang Palestin terbunuh apabila kereta yang dinaiki mereka diserang tentera Israel semalam sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan.
Para pejuang Palestin sebelum ini melancarkan beberapa serangan roket ke wilayah Israel.
Serangan itu kemudian dibalas oleh tentera Israel menerusi beberapa serangan udara yang menyebabkan beberapa pejuang Palestin terkorban.
Serangan itu berlaku setahun selepas konflik antara kedua-dua belah pihak berakhir pada November 2012 sehingga tercetusnya satu gencatan senjata melibatkan pergerakan Hamas dengan Israel.
Pasukan perubatan Palestin menyatakan, kedua-dua pejuang tersebut yang mati itu ialah Ahmad al-Zaanin, 21, dan Mahmud al-Zaanin, 23.
Mereka terkorban selepas sebuah peluru berpandu mengenai kereta yang dinaiki mereka di bandar Beit Hanoun.
Tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan Ahmad al-Zaanin yang merupakan ketua operasi sebuah kumpulan pejuang Palestin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2rB3Q8kYP 
Hakcipta terpelihara 

Dua pejuang Palestin maut diserang


GAZA 22 Jan. - Dua pejuang Palestin terbunuh dalam satu serangan udara tentera Israel di Genting Gaza semalam, selepas seorang daripada mangsa didakwa melancarkan serangan roket merentasi sempadan ketika majlis pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon diadakan minggu lalu.
Penduduk kawasan berkenaan mengenal pasti kedua-dua mangsa berkenaan sebagai ahli kumpulan Jihad Islam, manakala tentera Israel melaporkan, serangan itu disasarkan terhadap Ahmed al-Za'anin yang pernah menganggotai kumpulan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP).
Menurut kenyataan tentera Israel, Ahmed didakwa bertanggungjawab dalam beberapa siri serangan termasuk melancarkan serangan roket ke selatan Israel pada minggu lalu ketika majlis pengebumian Sharon diadakan.
Ahmed dan seorang lagi mangsa yang merupakan ahli keluarganya sedang berada dalam kereta ketika diserang tentera Israel, kata penduduk di sini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_07/Dua-pejuang-Palestin-maut-diserang#ixzz2rAY2SvXg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel lancar peluru berpandu ke Genting Gaza


GAZA 22 Jan. - Tentera Israel melancarkan serangan peluru berpandu yang memusnahkan sebuah kereta di Genting Gaza hari ini dan membunuh dua lelaki Palestin yang didakwa bertanggungjawab terhadap serangan roket di sempadan.
Menurut laporan hospital, dua lelaki itu dikenali sebagai ahli kumpulan Islamic Jihad dan merupakan ahli keluarga Al-Za'anin.
Sementara itu, penduduk kawasan itu menjelaskan, kedua mangsa sedang berada dalam kereta itu ketika diserang peluru berpandu berkenaan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140122/lu_16/Israel-lancar-peluru-berpandu-ke-Genting-Gaza#ixzz2rAX3V0VQ
© Utusan Melayu (M) Bhd