Thursday 23 January 2014

Dua pejuang Palestin maut diserang


GAZA 22 Jan. - Dua pejuang Palestin terbunuh dalam satu serangan udara tentera Israel di Genting Gaza semalam, selepas seorang daripada mangsa didakwa melancarkan serangan roket merentasi sempadan ketika majlis pengebumian bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon diadakan minggu lalu.
Penduduk kawasan berkenaan mengenal pasti kedua-dua mangsa berkenaan sebagai ahli kumpulan Jihad Islam, manakala tentera Israel melaporkan, serangan itu disasarkan terhadap Ahmed al-Za'anin yang pernah menganggotai kumpulan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP).
Menurut kenyataan tentera Israel, Ahmed didakwa bertanggungjawab dalam beberapa siri serangan termasuk melancarkan serangan roket ke selatan Israel pada minggu lalu ketika majlis pengebumian Sharon diadakan.
Ahmed dan seorang lagi mangsa yang merupakan ahli keluarganya sedang berada dalam kereta ketika diserang tentera Israel, kata penduduk di sini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140123/lu_07/Dua-pejuang-Palestin-maut-diserang#ixzz2rAY2SvXg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment