Thursday 23 January 2014

Dua pejuang Palestin terkorban


BEBERAPA penduduk menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki dua pejuang Palestin terkena peluru berpandu milik tentera Israel di Beit Hanoun, Genting Gaza semalam.


GAZA - Dua pejuang Palestin terbunuh apabila kereta yang dinaiki mereka diserang tentera Israel semalam sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah berkenaan.
Para pejuang Palestin sebelum ini melancarkan beberapa serangan roket ke wilayah Israel.
Serangan itu kemudian dibalas oleh tentera Israel menerusi beberapa serangan udara yang menyebabkan beberapa pejuang Palestin terkorban.
Serangan itu berlaku setahun selepas konflik antara kedua-dua belah pihak berakhir pada November 2012 sehingga tercetusnya satu gencatan senjata melibatkan pergerakan Hamas dengan Israel.
Pasukan perubatan Palestin menyatakan, kedua-dua pejuang tersebut yang mati itu ialah Ahmad al-Zaanin, 21, dan Mahmud al-Zaanin, 23.
Mereka terkorban selepas sebuah peluru berpandu mengenai kereta yang dinaiki mereka di bandar Beit Hanoun.
Tentera Israel berkata, serangan itu menyasarkan Ahmad al-Zaanin yang merupakan ketua operasi sebuah kumpulan pejuang Palestin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2rB3Q8kYP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment