Sunday 31 July 2016

Wanita Palestin berlatih menembak


 Wanita Palestin berlatih menembak
Wanita Palestin yang menjalani latihan menembak.
25 JULAI 2016

GAZA - PALESTIN . Wanita-wanita di Palestin diberi latihan menembak oleh anggota Perlindungan dan Keamanan Hamas, bagi menyiapkan diri mereka seni mempertahankan diri menggunakan senjata.

Memetik laporan Reuters, latihan itu diadakan pada 24 Julai lalu bertempat di Khan Yunis sempadan Gaza.

"Mereka diajar bagaimana cara menembak, selain cara asas mengendalikan penggunaan pistol.

"Ramai wanita-wanita di sini menunjukkan minat terhadap latihan seperti ini," petik kenyataan jurucakap Perlindungan dan Keamanan Hamas .

Khan Yunis adalah sebuah bandar dan kem pelarian yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Kebangkitan Intifada pada 2001 menyebabkan helikopter tentera Israel mengebom Khan Yunis secara besar-besaran pada Ogos 2001 dan Oktober 2002. Khan Yunis merupakan kubu kuat penyokong Hamas.

Wednesday 20 July 2016

Israel pintas dron dari Syria | Dunia | Berita Harian

Israel pintas dron dari Syria | Dunia | Berita Harian:





 "TEL AVIV: Dron yang terbang dari Syria berjaya mengelakkan dua pemintas anti-udara Patriot dan peluru berpandu F-16 milik Israel ketika menceroboh ruang udara rejim itu.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, tentera udaranya mengesan dron berkenaan sebelum ia menceroboh ruang udara di Golan Height.



 Israel yang mengeluarkan kenyataan pada 17 Julai berkata, kenderaan itu dikesan namun tiga cubaan memintasnya gagal.

"Kehadiran pesawat itu disedari sebelum memasuki ruang udara Israel dan dikesan sepenuhnya oleh Tentera Udara Israel.



 "Berdasarkan siasatan awal, tiga cubaan memintas dibuat namun gagal," menurut kenyataan.

"Peristiwa hari ini menjadi petunjuk kejadian akan berlaku jika terjadi konflik besar," kata penyelidik di Institutu Kajian Udara dan Ruang Angkasa Strategik Fisher, Tal Inbar.



 Katanya, kejadian itu menunjukkan ruang udang Israel tidak selamat seperti disangka tentera.

"Jika berlaku konflik, sistem pertahanan paling maju sekalipun berhadapan cabaran besar untuk membezakan semua jenis kenderaan yang memenuhi langit.



 "Apabila ruang udara dipenuhi roket, peluru berpandu dan ancaman udara, dan apabila pemintas Iron Dome dan David's Sling turut dilancarkan, sukar membayangkan Tentera Udara Israel mengerah pesawat dipandu juruterbang untuk menembak jatuh dron," katanya. - AGENSI"



'via Blog this'

Sunday 17 July 2016

Perancang utama pernah berkhidmat di Israel | Dunia | Berita Harian

Perancang utama pernah berkhidmat di Israel | Dunia | Berita Harian: "







JENERAL Akin Ozturk.





 ANKARA: Suspek perancang utama cubaan rampasan kuasa kerajaan Turki dilaporkan pernah bertugas sebagai wakil khas tentera ke Israel.

Jeneral Akin Ozturk, yang juga bekas komander Pasukan Tentera Udara Turki, ditahan semalam bersama sekurang-kurangnya lima jeneral tentera lain dipercayai ada kaitan dengan cubaan merampas kuasa.

Ozturk berkhidmat dari tahun 2008 hingga 2000 di Kedutaan Turki di Tel Aviv dan kemudian memimpin pasukan angkatan tentera udara sehingga bersara tahun lalu.

Beliau kekal sebagai anggota Majlis Tertinggi Tentera Turki.

Turki mengumumkan Ozturk dan suspek rakan subahat beliau akan dibicarakan atas tuduhan pengkhianatan.

Menurut Perdana Menteri Turki Binali Yildirim, pengkhianat yang menjadi dalang rampasan kuasa tidak akan berdepan hukuman mati kerana ia bertentangan perlembagaan negara.

Tetapi kerajaan sedang mempertimbangkan perubahan dalam perlembagaan untuk menghalang rampasan kuasa pada masa depan.

Sebelum insiden rampasan kuasa, Ozturk adalah seorang tokoh tentera terkenal, dihormati dan disegani di Turki serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). - Agensi"



'via Blog this'

Wednesday 13 July 2016

Siasatan Netanyahu terbabit pengubahan wang haram | Dunia | Berita Harian

Siasatan Netanyahu terbabit pengubahan wang haram | Dunia | Berita Harian:





 "TEL AVIV: Pihak berkuasa undang-undang Israel meneliti dakwaan bahawa Perdana Menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu terbabit dalam skim penggubahan wang haram berskala besar.



 Laporan stesen televisyen Channel 10 menyatakan, pasukan petugas bersama polis dan pendakwa raya awam, dengan pembabitan Ketua Polis, Roni Alsheikh dan Peguam Negara, Avichai Mandelblit, menyiasat dakwaan berkenaan.



 Maklumat yang sedang diteliti itu dilaporkan berpotensi membawa kepada siasatan penuh, dan jika terbukti berjaya boleh menyebabkan Netanyahu didakwa.

Menurut Channel 2 pula, kes itu tidak ada kaitan dengan siasatan terhadap bekas penasihat Parlimen Netanyahu, Perach Lerner, berhubung isu rasuah.



 Tumpuan siasatan adalah pemindahan haram sejumlah besar wang tunai daripada ahli perniagaan asing ke akaun milik Netanyahu atau anggota keluarganya.



 Operasi penggubahan wang haram dilaporkan membabitkan pegawai tinggi dalam sistem perundangan, dan, jika tuduhan itu benar, mempunyai kaitan mendalam dengan kewangan luar.



 Penyiasat masih belum pergi ke luar negara untuk melakukan pemeriksaan kewangan dan perundangan, dan tiada suspek disoal siasat setakat ini.

Siasatan awal sudah dilakukan selama beberapa minggu, lapor Channel 2, menambah ia mungkin bertambah menjadi kes rasuah terbesar terhadap Netanyahu sehingga kini.



 Beberapa ahli politik Israel percaya, jika pasukan petugas khas itu menemui bukti mencukupi untuk memfailkan dakwaan jenayah, kes itu akan membawa kepada peletakan dan pendakwaan Netanyahu. 




Netanyahu kini dalam siasatan polis berkaitan dana kunjungan ke luar negara, salah guna dana awam untuk makanan dan hiburan dan menerima wang tunai bagi kempen politik secara haram. - AGENSI"



'via Blog this'

Tuesday 5 July 2016

Iceland boikot produk Israel


5 JULAI 2016
Iceland boikot produk Israel

 
Iceland boikot produk Israel Dinding di bandar Bethlehem, Tebing Barat, dicat untuk menggesa rakyat Palestin memboikot produk Israel. - Foto AFP
REYKJAVIK - ICELAND. Ibu negara Iceland kelmarin mengumumkan untuk memboikot semua produk Israel sehingga Palestin dibebaskan dari wilayah diduduki.

Difahamkan, langkah itu diambil ketika ahli akademik dan aktivis dari seluruh dunia sedang menyiapkan diri untuk menghadiri perhimpunan di Tunisia bagi membincangkan perkembangan seterusnya gerakan kempen boikot, lupus, sekatan (BDS).

Perhimpunan boikot dikenali sebagai Strategi untuk Membanteras Pendudukan Israel dan Apartheid: Realiti Semasa dan Aspirasi anjuran Pusat Penyelidikan dan Pengajian Dasar (ACRPS) itu dijangka diadakan di Tunis pada 4 hingga 6 Ogos depan.

"Perkembangan gerakan membolehkan rakyat Palestin menegakkan keadilan negara dan membina semula perikatan dengan kuasa progresif di seluruh dunia," menurut kenyataan pengumuman perhimpunan.

Dalam perkembangan berkaitan, rejim Zionis dilapor telah meluluskan rancangan untuk membina 800 unit perumahan baharu di Baitulmaqdis.

Menurut sebuah laporan, 560 unit akan dibina di Maale Adumim dekat Tebing Barat, manakala 140 unit lagi akan dibangunkan di Ramot, dan kira-kira 100 unit dibina di Har Homa serta Pisgat Zeev, di pinggir Baitulmaqdis. - Agensi

Menteri dakwa Facebook sabotaj Israel



AFP - ASKAR Israel mengadakan pemeriksaan kenderaan di bandar Hebron, Tebing Barat semalam.


BAITULMUQADDIS – Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Gilad Erdan kelmarin me­nuduh Facebook dan pengasasnya, Mark Zuckerberg tidak mengambil langkah secukupnya untuk mencegah hasutan terhadap Tel Aviv dan berkata, rangkaian sosial itu mensabotaj kerja polis Israel.
Israel sebelum ini menyatakan bahawa Facebook telah digunakan untuk menggalakkan sera­ngan ke atas rejim Zionis, manakala Tel Aviv sedang menggubal undang-undang bagi membolehkan ia mengarahkan Facebook, YouTube, Twitter dan media sosial lain supaya membuang kandungan yang dianggap menghasut keganasan.
Namun, komen oleh Erdan agak lantang. Beliau berkata, Zuckerberg bertanggungjawab ke atas polisi Facebook dan menyeru seluruh rakyat Israel agar mendesak pengasas Facebook itu untuk memantau platform tersebut yang memberikannya pulangan berbilion dolar.
“Facebook mensabotaj tugas-tugas polis Israel. Laman sosial ini juga tidak menghapuskan hasutan dan kenyataan berunsur keganasan,” kata Erdan.
Jurucakap Facebook di Israel bagaimanapun tidak memberikan sebarang kenyataan balas terhadap tuduhan menteri tersebut.
Sejak Oktober tahun lepas, penyerang Palestin membunuh seramai 34 warga Israel dan dua rak­yat Amerika Syarikat. Rejim Zionis pula menembak mati sekurang-kurang­nya 201 warga Palestin. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0704&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4DTsrXdDA 
Hakcipta terpelihara 

Israel lulus 560 kediaman haram Yahudi





BAITULMUQADDIS – Israel meluluskan 560 kediaman baharu untuk peneroka haram Yahudi di Maale Adumim, Tebing Barat, kata seorang jurucakapnya semalam.

Jurucakap itu yang merupakan datuk bandar Adumim mengesahkan keputusan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahan, Avigdor Lieberman membenarkan pembinaan penempatan haram itu di Baitulmuqaddis Timur.

Keputusan mengenainya menyusul selepas pemimpin-pemimpin Israel menggesa tindakan lebih keras diambil berhubung serangan Palestin terhadap penduduk Israel sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan media, Netanyahu juga memberikan kelulusan pembinaan 240 kediaman baharu di beberapa penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur selain 600 unit rumah penduduk Palestin di daerah Beit Safafa.

Serangan terbaru itu termasuk remaja Israel-Amerika Syarikat, Halle Yaffa Ariel, 13, yang mati ditikam di penempatan Kiryat Arba, pinggir bandar Hebron di Tebing Barat.

Remaja perempuan itu ditikam oleh seorang remaja Palestin berusia 19 tahun. Penyerang kemudian ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan.

Sehari selepas serangan pada Khamis lalu itu, seorang lelaki Israel berumur 48 tahun, Michael Mark dibunuh selepas keretanya ditembak oleh seorang penduduk Palestin di selatan Hebron. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz4DTsiLsj0
Hakcipta terpelihara 

Turki hantar 11,000 
tan bantuan ke Gaza


05 Julai 2016 12:35 AM


Sebuah kontena diturunkan dari kapal Lady Leyla yang membawa bantuan

Sebuah kontena diturunkan dari kapal Lady Leyla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza di Pelabuhan Ashdod di selatan Israel, kelmarin. REUTERS
TEL AVIV 4 Julai – Sebuah kapal Turki yang membawa kira-kira 11,000 tan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Genting Gaza tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel, semalam.
Ini merupakan kapal bantuan pertama Turki ke Gaza sejak 2010 apabila komando Israel me­nyerbu flotila bantuan yang mengakibatkan 10 aktivis Turki maut.
Insiden itu mengakibatkan pertikaian antara kedua-dua kerajaan sebelum Tel Aviv dan Ankara menandatangani perjanjian untuk memulihkan hubungan kedua-dua pihak, minggu lalu.
Kapal Lady Leyla lapor BBC membawa makanan, pakaian dan permainan dan dijangka tiba di Gaza ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, Rabu ini.
Bantuan itu sudah diturun­kan di Ashdod sebelum dihantar mengikut jalan darat melalui Israel ke Gaza.
Jurucakap Israel, Oren Rosenblatt berkata, ini merupakan pelaksanaan segera perjanjian antara Israel dan Turki yang ditandatangani empat hari lalu.
“Terdapat usaha khas kerajaan untuk mempercepatkan proses penghantaran bantuan ini esok sebelum Gaza menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Perjanjian yang dipersetujui pada 27 Jun itu membenarkan Turki menghantar bantuan ke Gaza dan melaksanakan projek infrastruktur di wilayah tersebut.
Kedua-dua pihak juga akan melantik dua masing-masing di samping memulihkan hubun­g­an­ diplomatik.
Sementara itu di Turki, seba­nyak 13 suspek termasuk 10 rakyat Turki didakwa berhubung serangan bom bunuh diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul yang diper­­ca­yai didalangi militan IS. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-hantar-11-000-8232-tan-bantuan-ke-gaza-1.350440#sthash.c5GJA15X.dpuf