Tuesday 5 July 2016

Iceland boikot produk Israel


5 JULAI 2016
Iceland boikot produk Israel

 
Iceland boikot produk Israel Dinding di bandar Bethlehem, Tebing Barat, dicat untuk menggesa rakyat Palestin memboikot produk Israel. - Foto AFP
REYKJAVIK - ICELAND. Ibu negara Iceland kelmarin mengumumkan untuk memboikot semua produk Israel sehingga Palestin dibebaskan dari wilayah diduduki.

Difahamkan, langkah itu diambil ketika ahli akademik dan aktivis dari seluruh dunia sedang menyiapkan diri untuk menghadiri perhimpunan di Tunisia bagi membincangkan perkembangan seterusnya gerakan kempen boikot, lupus, sekatan (BDS).

Perhimpunan boikot dikenali sebagai Strategi untuk Membanteras Pendudukan Israel dan Apartheid: Realiti Semasa dan Aspirasi anjuran Pusat Penyelidikan dan Pengajian Dasar (ACRPS) itu dijangka diadakan di Tunis pada 4 hingga 6 Ogos depan.

"Perkembangan gerakan membolehkan rakyat Palestin menegakkan keadilan negara dan membina semula perikatan dengan kuasa progresif di seluruh dunia," menurut kenyataan pengumuman perhimpunan.

Dalam perkembangan berkaitan, rejim Zionis dilapor telah meluluskan rancangan untuk membina 800 unit perumahan baharu di Baitulmaqdis.

Menurut sebuah laporan, 560 unit akan dibina di Maale Adumim dekat Tebing Barat, manakala 140 unit lagi akan dibangunkan di Ramot, dan kira-kira 100 unit dibina di Har Homa serta Pisgat Zeev, di pinggir Baitulmaqdis. - Agensi

No comments:

Post a Comment