29 September 2010 - Al-Quds yang dijajah - Polis Israel, Selasa, menangkap 34 rakyat Palestin di pinggiran Silwan, bahagian Al-Quds yang diduduki oleh kaum Yahudi, berikutan konfrontasi hebat di sekitar kawasan yang bermasalah itu, media Ibrani melaporkan.
Radio Israel melapurkan bahawa jangkamasa penahanan yang dikenakan ke atas orang-orang tahanan tersebut adalah berbeza iaitu berkisar di antara 2 hingga 6 hari sehingga dakwaan dilakukan terhadap mereka atas pertuduhan mengambil bahagian menentang polis Israel.
Sumber-sumber tempatan melapurkan bahawa pasukan polis Israel memecah masuk ke salah sebuah rumah di situ dan menahan semua penghuninya sambil mencegah warga tempatan dari mendekati rumah tersebut. Dilapurkan bahawa pasukan polis Israel itu menggunakan alasan yang mereka sedang mencari seorang remaja bernama Mohammed Ghaith.

Sumber: Palestine-info | Terjemahan: Ibn Abu (Admin)