Monday 25 April 2016

Israel rancang rampas lebih banyak tanah Palestin

kren dan jentolak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan tembok
Kren dan jentolak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan tembok konkrit kontroversi di atas tanah milik penduduk Palestin di pekan Beit Beit Jala dekat Baitulmaqdis pada 18 April lalu. REUTERS
BAITULMAQDIS 24 April – Israel tidak menghiraukan kecaman antarabangsa berhubung pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, apabila dilaporkan merancang untuk merampas lebih seribu ekar tanah penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat untuk dijadikan kawasan penempatan haram Yahudi.
Menurut portal PressTV, pihak berkuasa Israel telah mengedarkan notis kepada penduduk Palestin di Kampung Jalud, terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Nablus memaklumkan tentang rancangan rejim Zionis itu untuk mengambil alih tanah seluas 1,250 ekar di kampung itu.
Sumber Majlis Perbandaran Jalud memaklumkan bahawa setakat ini rejim Zionis sudah membina penempatan haram di Adei Ad, Esh Kodesh, Ahiya dan Kidah di kawasan berkenaan.
Menurut Institut Kajian Gunaan Baitulmaqdis (ARIJ), rejim Zionis telah merampas tanah yang luas dekat Kampung Qaryout terletak 28 kilometer di tenggara Nablus sejak berpuluh-puluh tahun lalu untuk membina sekurang-kurangnya 10 penempatan haram Yahudi dan dua pangkalan tentera.
Pada 12 April lalu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya meluluskan resolusi mengecam tindakan Israel memperluaskan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di atas tanah penduduk Palestin.
“Majlis Keselamatan merupakan pihak yang paling berkuasa bagi menghalang aktiviti haram itu atas kedegilan Israel,” katanya.
Mahmoud juga berharap Washington sebagai sekutu rapat Israel, akan mengubah pendirian berhubung isu berkenaan dan menyokong resolusi tersebut mengutuk tindakan rejim Zionis itu.
Lebih setengah juta penduduk Israel tinggal di 230 kawasan penempatan haram yang dibina Israel sejak 1967, terutama di kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis, sekali gus menyukarkan usaha mencapai perdamaian antara kedua-dua pihak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-rancang-rampas-lebih-banyak-tanah-palestin-1.290322#sthash.HCtiaLO9.dpuf

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-rancang-rampas-lebih-banyak-tanah-palestin-1.290322#sthash.nfsu5kV6.dpuf