Saturday, 31 January 2015

Detik-detik Kematian Mustafa Kamal Ataturk

540763_493397274031270_1309302794_n

MUSTAFA Kamal Ataturk adalah penggagas Republik Turki . Ia didapuk sebagai pemimpin revolusi, negarawan dan Presiden Turki yang pertama.
Ataturk pula yang memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan membawa Turki ke arah negara modern, demokratik dan negara sekular.
Ataturk memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Di saat kematiannya, ada beberapa penyakit kepadanya, di antara ialah:
1. Dilanda penyakit kulit hingga ke kaki di mana ia merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang waktu.
Pada 26 September 1938, ia pingsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas, lalu ia sempat siuman, namun kemudian hilang ingatan secara permanen.
Pada 9 November 1938, ia pingsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu ia meninggal, konon tidak seorang pun yang memandi, mengafani dan menshalatkannya. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengafani dan menshalatkannya.
Menurut banyak sumber, ketika dibawa ke pemakaman, mayatnya tidak mau masuk ke liang lahat. Disebabkan putus asa, akhirnya orang-orang yang menguburkan mayatnya mengawetkan mayat Ataturk sekali lagi dan dimasukkan ke museum yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun atau sampai tahun 1953.
Setelah 15 tahun mayatnya kembali hendak dikuburkan, namun masih juga susah. Akhirnya, jenazahnya dibawa ke satu bukit dan ditanam dalam satu bangunan marmer yang beratnya 44 ton. Mayatnya dikubur di celah-celah batu marmer. [sumber: akuislam]

200 Warga Gaza Lakukan Shalat Jumat di Masjid Al-Aqsa

aqsa

200 orang Palestina dari Jalur Gaza dikabarkan telah berbondong-bondong menuju Masjid Al-Aqsa pada hari ini (30/1/2015) untuk melakukan shalat Jumat.
“Para jamaah, kembali ke Gaza pada pukul  empat sore waktu setempat, setelah melakukan shalat di tempat suci,” demikian dilaporkan situs berita Palestina Maan News.
Rombongan warga Gaza yang sholat berjamaah di Al-Aqsa bukanlah yang pertama kalinya sejak perang 2007. Pada tanggal 5 Oktober, sekitar 500 warga Palestina di Gaza berdoa di masjid Al-Aqsa.
Keputusan untuk mengizinkan warga Gaza untuk melakukan perjalanan ke Al-Aqsa dicapai sebagai bagian dari kesepakatan gencatan senjata antara kelompok militan Palestina dan Israel. Di mana keputusan telah mengakhiri perang selama musim panas yang menewaskan lebih dari 2.200 warga Gaza. [ds/islampos]

Israel potong bekalan elektrik ke Palestin


BAITULMUQADDIS – Sebuah syarikat pembekal tenaga elektrik Israel akan mengurangkan bekalan tenaga kepada penduduk Palestin di Tebing Barat kerana kegagalan Pihak Berkuasa Palestin (PA) membayar hutang tertunggak lebih AS$450 juta (RM1.6 bilion), kata seorang pegawai kelmarin.
Wilayah Tebing Barat masih di­kuasai Israel.
Langkah itu dibuat semasa ketegangan politik antara Israel dan Palestin memuncak yang berpunca daripada tindakan rejim Zionis membekukan pembayaran hasil cukai sebagai membalas dendam tindakan PA menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
“Berikutan hutang berjumlah hampir AS$459 juta (RM1.7 bilion), kami memutuskan bahawa bermula hari ini (kelmarin), bekalan elektrik ke Tebing Barat akan dipotong selama satu jam setiap pagi dan sejam pada pukul lapan malam,” kata seorang pegawai syarikat Israel Electric Corporation (IEC).
“Langkah ini akan berterusan sehingga pihak PA membayar semua hutangnya,” tambah pegawai tersebut.
Syarikat Palestin yang menyalurkan bekalan elektrik daripada IEC, Jerusalem District Electricity Company (JDECO) mengaku bahawa PA gagal melunaskan hutangnya. Namun, JDECO mengecam langkah Israel itu sebagai hukuman terhadap rakyat Pa­lestin.
“Kami berulang kali memberi amaran tentang kesan buruk daripada tindakan PA tidak melunaskan hutang­nya,” kata pengarah JDECO, Hisham Omari.
“Namun, keputusan itu tidak adil dan bertujuan untuk menghukum penduduk Palestin,” kata Hisham.
Setakat ini, belum ada pihak mahu menyatakan sama ada tindakan rejim Zionis itu bermotifkan politik atau sebaliknya.
Namun, media tempatan melaporkan langkah tersebut memerlukan kelulusan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pihak berkuasa Israel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3QLqqyMmr 
Hakcipta terpelihara 

Tebing Barat, Gaza alami penguncupan ekonomi


Kanak-kanak Palestin bermain di luar sebuah khemah yang didirikan
Kanak-kanak Palestin bermain di luar sebuah khemah yang didirikan oleh penduduk Palestin berhampiran rumah mereka yang musnah dalam serangan Israel di kawasan perumahan Abasan di timur Khan Yunis pada 28 Januari lalu. - AFP
WASHINGTON 30 Jan. – Serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan penguncupan ekonomi di wilayah itu dan Tebing Barat, buat kali pertama sejak 2006, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), semalam.
Menurut IMF, Tebing Barat berjaya mencatat perkembangan ekonomi pada kadar 4.5 peratus pada tahun lalu, sementara aktiviti ekonomi di Gaza merosot sebanyak 15 peratus, faktor yang didorong oleh perang dan kelewatan pembangunan semula wilayah itu.
Secara keseluruhan, penguncup­an itu bersamaan kira-kira satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) wilayah tersebut.
“Aktiviti ekonomi menguncup pada 2014 ekoran perang di Gaza pada musim panas lalu dan peningkatan ketegangan politik di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur,” kata IMF.
Selepas satu misi untuk menilai keadaan ekonomi Palestin, IMF meragui proses pemulihan ekonomi di wilayah Palestin itu pada tahun ini ekoran keengganan Israel menyerahkan sebanyak AS$127 juta (RM 461 juta) pembayaran dana cukai yang sepatutnya diberikan kepada Pihak Berkuasa Palestin untuk keperluan import makanan ke Tebing Barat dan Gaza.
“Jumlah itu mewakili kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bersih dan amat penting kepada bajet Pihak Berkuasa Palestin serta ekonomi Palestin.
“Pengurangan pembayaran gaji dan pemotongan perbelanjaan awam lain diperlukan kerana penangguhan pembayaran dana cukai ekoran kekangan kewangan semasa, mungkin mengakibatkan pengurangan drastik daripada segi penggunaan dan pelaburan swasta,’’ kata IMF.
Kemelut di Baitulmaqdis dan Gaza juga mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran di ke­dua-dua wilayah itu pada kadar 19 peratus di Tebing Barat dan 41 peratus di Gaza.
Dalam perkembangan berasing­an, syarikat elektrik milik Israel, Perbadanan Elektrik Israel (IEC) akan mengurangkan bekalan tenaga elektrik di wilayah Tebing Barat ekoran hutang lebih AS$450 juta (RM1.6 bilion) oleh penduduk Palestin.
“Ekoran jumlah hutang bernilai AS$450 juta (RM1.6 bilion) itu, kami memutuskan bermula hari ini, bekalan elektrik (ke Tebing Barat) akan dipotong bagi setiap satu jam pada waktu pagi dan satu jam lagi pada malam hari,’’ kata wakil syarikat itu. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tebing-barat-gaza-alami-penguncupan-ekonomi-1.54455#sthash.7tiEfmxJ.dpuf

Israel buka tender bina penempatan haram


BAITULMAQDIS 31 Jan. – Israel semalam mengeluarkan tender bagi membina 450 buah rumah secara haram di Tebing Barat, rancangan yang disifatkan oleh penduduk Palestin sebagai satu 'jenayah perang'.
Pemerhati hak asasi manusia yang dikenali sebagai 'Peace Now' dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum Israel 17 Mac depan, yang menyaksikan Parti Likud pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akan bersaing dengan parti sayap kanan lain bagi mendapatkan undi terbanyak.
"Tindakan tersebut merupakan satu rancangan pra-pilihan raya bagi memperkukuhkan kedudukan kerajaan Nentanyahu," jelas Peace Now. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-buka-tender-bina-penempatan-haram-1.54629#sthash.WWtU81Ve.dpuf