Sunday 5 July 2015

700 sekolah kurang biaya bakal ditutup


Gaza: Agensi Bantuan Dan Kerja Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mungkin terpaksa menutup 700 sekolah selepas ia berdepan dengan kekurangan pembiayaan.

Bercakap kepada wartawan akhbar Perancis Le Monde di Gaza, pengarah UNRWA Robert Turner berkata, agensi itu berdepan kesukaran untuk menawarkan perkhidmatannya kepada pelarian Palestin kerana kepungan berterusan rejim Zionis terhadap Semenanjung Gaza.

“Keadaan semakin membimbangkan dan pertubuhan kami tidak lagi berkemampuan untuk memberi bantuan kecemasan. Kami mengalami defisit bajet yang dianggar berjumlah AS$100 juta (RM370 juta),” kata Turner.

Dia memberi amaran, jika krisis itu tidak diselesaikan bermula tahun depan, UNRWA terpaksa menutup 700 sekolah dan ia akan menjejaskan kehidupan 500,000 kanak-kanak.


Menurutnya, seramai 248,000 murid yang mungkin terjejas itu ialah di Semenanjung Gaza.-Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:14 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62175#sthash.asuA9gED.dpuf

Hamas nafi sokong militan IS


GAZA CITY 4 Julai – Pergerakan Hamas yang menguasai wilayah Gaza menafikan dakwaan menyokong serangan roket yang dilancarkan militan Negara Islam (IS) dari wilayah Sinai, Mesir, ke selatan Israel dan menyifatkan tuduhan itu sebagai propaganda.
Sami Abu Zuhri
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam kenyataannya berkata, tuduhan Israel bahawa Hamas membantu militan IS dalam serangan tersebut sebagai tidak berasas dan dakwaan yang bodoh.
Jelasnya, Hamas telah berusaha untuk mengambil langkah meningkatkan kawalan sempadan antara Semenanjung Gaza dan Semenanjung Sinai, sekali gus menjaga ke-selamatan Mesir.
“Tuduhan Israel itu hanya propaganda dan hasutan untuk menjatuhkan Hamas,” katanya.
Semalam, kumpulan sayap militan IS mengaku bertanggungjawab me­lancarkan tiga serangan roket jenis Grad ke selatan Israel, menyebabkan pendatang haram Yahudi berlindung di tempat perlindungan.
Serangan berkenaan tidak menyebabkan kematian atau kecederaan, tetapi pegawai tentera rejim Zionis, Mejar Jeneral Yoav Mordechai menuduh Hamas menyokong militan IS melancarkan serangan itu dan membantu menyeludup anggota kumpulan pelampau yang cedera ke Gaza.
Bagaimanapun, pemimpin kedua tertinggi Hamas, Mussa Abu Marzuk membidas tuduhan itu dengan menyatakan bahawa ketegangan terbaharu yang dicetuskan militan IS tidak ada kaitan dengan rakyat Palestin atau Mesir.
“Kejadian yang berlaku di Sinai memberi kesan buruk kepada Gaza sejak wilayah Mesir berkenaan dilanda konflik pemberontakan dan ancaman kumpulan pengganas.
“Hamas mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Mesir kerana masa depan rakyat Palestin bergantung kepada mereka,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hamas-nafi-sokong-militan-is-1.110504#sthash.nGsNNogq.dpuf

PBB gesa Palestin, Israel beri kerjasama


Gambar fail bertarikh Julai tahun lalu, memaparkan ahli keluarga

Gambar fail bertarikh Julai tahun lalu, memaparkan ahli keluarga meratapi kematian seorang kanak-kanak lelaki yang terbunuh dalam serangan rejim Israel di sebuah sekolah PBB di Gaza. AGENSI
GENEVA 4 Julai – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan Palestin untuk bekerjasama dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi mengheret pihak yang terlibat dalam jenayah perang pada perang selama 50 hari di Gaza pada tahun lalu.
Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang dianggotai 47 negara meluluskan usul resolusi yang dibentangkan negara Islam dengan undian 41 sokongan dan satu menentang, manakala lima negara tidak mengundi.
Selepas perbincangan berlangsung selama beberapa jam, semua anggota Kesatuan Eropah termasuk Britain, Perancis, dan Jeman menyokong resolusi ber­kenaan, tetapi sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat (AS) merupakan satu-satunya negara yang menentang resolusi berkenaan dan rejim Zionis menyifatkan resolusi itu sebagai manifesto anti-Israel.
“Israel dan Palestin perlu menghormati resolusi itu yang meminta kedua-dua pihak be­kerjasama dengan ICC bagi mengheret pihak terlibat ke muka pengadilan,” kata Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di New York.
Sebagai sokongan terhadap resolusi berkenaan, Duta Palestin, Ibrahim Khraishi berkata, kerajaan Palestin telah menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat jenayah perang yang dilakukan oleh pergerakan Hamas dan akan menghormati resolusi itu. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-gesa-palestin-israel-beri-kerjasama-1.110511#sthash.YbtShAAk.dpuf