Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang dianggotai 47 negara meluluskan usul resolusi yang dibentangkan negara Islam dengan undian 41 sokongan dan satu menentang, manakala lima negara tidak mengundi.
Selepas perbincangan berlangsung selama beberapa jam, semua anggota Kesatuan Eropah termasuk Britain, Perancis, dan Jeman menyokong resolusi ber­kenaan, tetapi sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat (AS) merupakan satu-satunya negara yang menentang resolusi berkenaan dan rejim Zionis menyifatkan resolusi itu sebagai manifesto anti-Israel.
“Israel dan Palestin perlu menghormati resolusi itu yang meminta kedua-dua pihak be­kerjasama dengan ICC bagi mengheret pihak terlibat ke muka pengadilan,” kata Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di New York.
Sebagai sokongan terhadap resolusi berkenaan, Duta Palestin, Ibrahim Khraishi berkata, kerajaan Palestin telah menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat jenayah perang yang dilakukan oleh pergerakan Hamas dan akan menghormati resolusi itu. – REUTERS