Saturday 6 July 2013

Filipina setuju kekal pengaman di Bukit Golan

Filipina setuju kekal pengaman di Bukit GolanFilipina setuju untuk kekal menempatkan pasukan pengaman jika syarat mereka dipenuhi PBB.
MANILA - Kerajaan Filipina, semalam bersetuju untuk kekal menempatkan 340 anggota pengaman di Bukit Golan jika syarat mereka untuk mendapatkan perlindungan keselamatan dan bekalan senjata berat dipenuhi.

Dipetik Press TV, Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata Presiden Filipina, Benigno Aquino tidak akan memanggil pulang Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (Undof) jika PBB bersetuju untuk meningkatkan keselamatan di kawasan itu.

"Aquino memutuskan untuk kekal menempatkan anggota pengaman kami di Bukit Golan hingga 11 Ogos depan walaupun Austria tetap dengan keputusan untuk memanggil pulang 377 askar mereka menjelang akhir bulan ini," katanya lagi.

Isnin lalu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyatakan kebimbangannya terhadap pengurangan pasukan pengaman di Bukit Golan dan beliau turut meminta penambahan anggota dari Eropah untuk menyelesaikan masalah itu.

Serangan Israel meningkat

Serangan Israel di Tebing Barat meningkatGolongan remaja dan kanak-kanak turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis.
TEBING BARAT - Serangan dan insiden penduduk Palestin ditahan tanpa sebab kukuh dilaporkan semakin meningkat di Tebing Barat.

Dipetik Press TV, pada rabu lalu, askar Israel turut menahan dia petugas media selepas menyerbu rumah keluarga mereka di kem pelarian Aida di Baitulham, utara Tebing Barat.

Menurut saksi, Mohammad Waleed al-Azzeh ditahan kerana mengambil gambar askar rejim Zionis sedang melakukan tindakan kekerasan ke atas kanak-kanak Palestin di kem pelarian tersebut.

Difahamkan, pihak berkuasa sering menyerbu kediaman penduduk Palestin di Tebing Barat dan menahan aktivis serta orang awam tanpa didakwa.

Pada masa ini, lebih 4,700 tahanan Palestin kekal berada di penjara Israel dan mereka hanya diberi hak asas yang minimum.  -

Tentera Mesir Rakus.. Saksikanlah!!

06 Julai, 2013
Tentera Mesir Rakus.. Saksikanlah!!

Posted by Addin Deen at 7/06/2013
RAFAH - PALESTIN - Penderitaan dialami rakyat Palestin di Gaza ekoran kepungan Rejim Zionis dengan bantuan sekutunya Rejim Mubarak seperti akan kembali berulang.

Selepas penggulingan Presiden Mohamed Mursi kelmarin, tentera Mesir mengarahkan beberapa jentolak memulakan kerja-kerja pemusnahan merobohkan terowong yang menghubungkan laluan antara Mesir dan Genting Gaza.

Media RNN melaporkan, kerja-kerja pemusnahan itu dikawal ketat tentera Mesir lengkap dengan senjata senapang automatik dan kenderaan tentera sebagai perisai.Saksi berkata, jentolak itu kelihatan sejak beberapa hari lalu namun hanya memulakan kerja pemusnahan sejurus rampasan kuasa berlaku.

Sumber Mesir pula melaporkan, kelibat tentera itu mula dilihat sejak kelmarin di kawasan berkenaan.“Laluan yang digunakan untuk membawa masuk pelbagai bekalan dan barang ke Genting Gaza mula ditutup beberapa hari sebelum rusuhan di Mesir,” katanya.Sementara itu, Kementerian Kesihatan di Gaza mulai bimbang apabila bekalan bahan bakar untuk penjanaan elektrik dan ambulans semakin berkurangan.

“Kami khuatir penutupan ini bakal berpanjangan kerana kemasukan bekalan bahan bakar sukar didapati kerana Israel sentiasa mencatu kemasukan bahan bakar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.Pasukan Keselamatan Palestin pula dikatakan meningkatkan kawalan di kawasan terowong berkenaan bagi menggelakkan kekecohan di Mesir merebak ke negara itu.

Terowong antara Mesir dan Gaza itu merupakan laluan utama kepada penduduk 1.8 juta penduduk Gaza sejak pengepungan Israel pada 2006.Mursi sejak awal kempen pencalonan presiden lagi menunjukkan sikapnya yang jelas terhadap isu Palestin, kesetiaannya yang tak berbelah bagi bersama perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut hak permastautinan dan pembebasan Masjidil Aqsa.

Walaupun Mursi menggalas beban dan tanggungjawab berat memperbaiki sistem lama yang ditinggalkan dan kerja memantapkan kedudukan sosioekonomi rakyatnya, namun bantuan dan sokongan kepada Gaza mula ditunjukkan melalui pembukaan sempadan Rafah dan bantuan lain.

Pendirian Mursi membuka ruang kepada dunia luar untuk memasuki tembok penjara terbesar dunia itu. Malangnya, satu-satunya laluan yang ada kini dimusnahkan jentolak tentera Mesir.

http://addin77.blogspot.com/2013/07/tentera-mesir-rakus-saksikanlah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%2906 Julai, 2013

http://addin77.blogspot.com/2013/07/tentera-mesir-rakus-saksikanlah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29

Sokongan terhadap Mursi oleh Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan rakyat Palestin

Sokongan terhadap Mursi oleh Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan rakyat Palestin. Beliau dan Mursi keduanya adalah alHafiz. Allahu Akbar!!!Sokongan terhadap Mursi oleh Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan rakyat Palestin. Beliau dan Mursi keduanya adalah alHafiz. Allahu Akbar!!!

Mahmoud gembira Mohamed Mursi tumbang

Ramallah: Presiden Palestin Mahmoud Abbas semalam memuji tindakan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin yang mendapat sokongan pesaing kumpulan Fatah, Hamas di Gaza.

Pada masa sama, kejatuhan kerajaan Mohamed Mursi mungkin mengukuhkan peluang Mahmoud menekan Hamas dalam isu penyatuan serta perkongsian kuasa yang lama tertangguh. Kata Mahmoud, dengan tindakan menyingkirkan Mohamed Mursi, tentera berjaya mengelak Mesir daripada “terjerumus ke dalam takdir tidak menentu.” Pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Abed Rabbo pula berkata, rampasan kuasa tentera Mesir itu adalah hari bersejarah kepada Mesir.

“Dan kita mempelajari sesuatu dari Mesir. Hamas perlu memberi perhatian apa yang dapat dicapai oleh tuntutan popular rakyat,” katanya. Sementara itu sehingga semalam Hamas mengelak daripada memberi sebarang kenyataan kepada media dan enggan mengambil pendirian ketara dalam isu Mesir. - Reuters