Golongan remaja dan kanak-kanak turut menjadi sasaran serangan rejim Zionis.
TEBING BARAT - Serangan dan insiden penduduk Palestin ditahan tanpa sebab kukuh dilaporkan semakin meningkat di Tebing Barat.
Dipetik Press TV, pada rabu lalu, askar Israel turut menahan dia petugas media selepas menyerbu rumah keluarga mereka di kem pelarian Aida di Baitulham, utara Tebing Barat.
Menurut saksi, Mohammad Waleed al-Azzeh ditahan kerana mengambil gambar askar rejim Zionis sedang melakukan tindakan kekerasan ke atas kanak-kanak Palestin di kem pelarian tersebut.
Difahamkan, pihak berkuasa sering menyerbu kediaman penduduk Palestin di Tebing Barat dan menahan aktivis serta orang awam tanpa didakwa.
Pada masa ini, lebih 4,700 tahanan Palestin kekal berada di penjara Israel dan mereka hanya diberi hak asas yang minimum. -

No comments:
Post a Comment