Saturday 6 July 2013

Filipina setuju kekal pengaman di Bukit Golan

Filipina setuju kekal pengaman di Bukit GolanFilipina setuju untuk kekal menempatkan pasukan pengaman jika syarat mereka dipenuhi PBB.
MANILA - Kerajaan Filipina, semalam bersetuju untuk kekal menempatkan 340 anggota pengaman di Bukit Golan jika syarat mereka untuk mendapatkan perlindungan keselamatan dan bekalan senjata berat dipenuhi.

Dipetik Press TV, Setiausaha Luar, Albert del Rosario berkata Presiden Filipina, Benigno Aquino tidak akan memanggil pulang Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (Undof) jika PBB bersetuju untuk meningkatkan keselamatan di kawasan itu.

"Aquino memutuskan untuk kekal menempatkan anggota pengaman kami di Bukit Golan hingga 11 Ogos depan walaupun Austria tetap dengan keputusan untuk memanggil pulang 377 askar mereka menjelang akhir bulan ini," katanya lagi.

Isnin lalu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyatakan kebimbangannya terhadap pengurangan pasukan pengaman di Bukit Golan dan beliau turut meminta penambahan anggota dari Eropah untuk menyelesaikan masalah itu.

No comments:

Post a Comment