ANGGOTA polis berada di lokasi di mana seorang penduduk Palestin menikam seorang pegawai polis sempadan Israel di Baitulmaqdis. - Foto ihsan timesofisrael.com |
BAITULMAQDIS: Polis sempadan Israel menembak mati seorang penduduk Palestin yang sebelum itu menikam seorang pegawai Israel di Baitulmaqdis, kata jurucakap polis hari ini.
Dalam kejadian berdekatan pintu masuk di Old City, lelaki Palestin berusia 38 tahun itu dikatakan mengeluarkan pisau lalu menikam anggota polis sempadan di lehernya menyebabkan dia ditembak oleh anggota polis lain.
Sejak 1 Oktober lalu, 19 warga Israel dan seorang rakyat Amerika terbunuh manakala rakyat Palestin ditikam, ditembak dan kenderaan mereka dirempuh.
Askar Israel sudah membunuh 94 warga Palestin dengan kebanyakan mereka bertempur dengan polis atau askar Israel.