Sunday 29 November 2015

Israel mengganas di Tebing Barat, Gaza

29 NOVEMBER 2015

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 82 rakyat Palestin mengalami luka akibat tembakan dalam pertempuran terbaharu dengan tentera Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, kelmarin. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qidra berkata, daripada jumlah itu seramai 16 orang cedera akibat terkena peluru hidup manakala sekurang-kurangnya dua lagi ditembak menggunakan peluru keluli bersalut getah.
"Mangsa ditembak peluru hidup semasa bertempur dengan tentera Israel di sempadan lintasan Nahal Oz di timur laut Gaza City," katanya.
Selain insiden itu, puluhan penduduk Palestin lain termasuk seorang remaja 13 tahun cedera semasa pertempuran di bandar Kafr Qaddum, Jumaat.
Dalam pertempuran di perkampungan Bil'in, seorang wartawan Hamdi Abu Rahma ditembak di kaki dengan peluru keluli bersalut getah.
Menurut saksi, tentera rejim melepaskan peluru hidup, gas pemedih mata dan peluru keluli bersalut getah bertubi-tubi ke arah penunjuk perasaan. - Press TV
Israel mengganas di Tebing Barat, Gaza
Beberapa penduduk Palestin cedera semasa pertempuran dengan tentera Israel di pinggir Gaza City, kelmarin.

No comments:

Post a Comment