Wednesday, 20 August 2014

palestin

palestin

Isteri, anak Komander Tertinggi Hamas terbunuh


  • Sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin cedera apabila Israel terus membedil bumi Gaza. - Foto ihsan AFPSekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin cedera apabila Israel terus membedil bumi Gaza. - Foto ihsan AFP

KAHERAH - MESIR. Isteri dan anak perempuan Komander Tertinggi Sayap Tentera Hamas, Mohammed Deif dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza yang turut mengakibatkan 11 yang lain maut, lapor BBC.

Pegawai Hamas di Kaherah berkata, Israel memang mensasarkan pemimpin sayap tentera Hamas  itu dalam serangan tersebut.

Israel pula mendakwa kira-kira 50 roket telah dilancarkan dari Gaza pada Selasa dan 20 lagi pada Rabu walaupun tiada kecederaan dilaporkan.

Persengketaan itu bersambung semula kira-kira sejam sebelum genjatan senjata sementara berakhir.

Usaha rundingan di Kaherah berakhir tanpa sebarang persetujuan selepas perunding Israel dipanggil balik.

Sehingga kini masih belum jelas sama ada Deif selamat dalam serangan malam Selasa itu atau tidak.

palestin

Bradford, kota bebas-Israel di England - Boikot Israel

19/8/14
Bradford, kota bebas-Israel di Inggris
Kota Bradford. ©flickr.com

 Anggota parlimen England mewakili wilayah Bradford Barat George Galloway menganjurkan Kota Bradford harus menjadi kawasan bebas-Israel. Dia juga menyerukan Bradford untuk memboikot semua produk Israel, termasuk kampus-kampus, dan pelancung Israel.
Galloway menyampaikan pesannya itu atas nama anggota Parti Kehormatan di Kota Leeds, di tengah sebuah acara pertemuan. Dia mengajak hadirin untuk mendukung pendapatnya, seperti dilansir surat khabar Russia Today, minggu lalu.
Komentar Galloway yang diunggah ke media sosial YouTube itu menuai berbagai macam respon dari para pengguna Twitter. Bahkan komentar dia membuat Polis Yorkshire Barat menjalankan penyiasatan.
"Kami telah menerima dua keluhan terpisah atas komentar George Galloway ketika berpidato di depan publik di Leeds pada 2 Ogos 2014. Kami sedang  menyelidiki keluhan ini," kata seorang jurucakap Polis  Yorkshire Barat.
Menanggapi kekerasan Israel terhadap warga Palestin  di Jalur Gaza, Galloway menyatakan "Kami sudah menyatakan Bradford sebagai wilayah bebas-Israel."
"Kami tidak ingin produk-produk Israel. Kami tidak mau layanan Israel dalam bentuk apa pun. Kami tidak mau akademisi-akademisi Israel, datang ke universiti atau kampus," kata dia.
"Kami bahkan tidak ingin pelancung Israel datang ke Bradford jika mereka sudah punya rancangan ke sana. Kami menolak negara ilegal, barbar, bengis, yang menyebut dirinya Israel," tegas Galloway.sumber: Merdeka.com

Israel lancar empat serangan udara ke Gaza


GENTING GAZA 20 Ogos - Israel melancarkan sekurang-kurangnya empat serangan udara ke Gaza semalam serta mengarahkan wakilnya pulang daripada perbincangan gencatan senjata di Kaherah, Mesir selepas tiga roket dilancarkan dari wilayah Palestin memasuki selatan Israel.
Serangan udara dilancarkan beberapa minit selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera rejim menyerang balas serangan roket yang memasuki kawasan bandar Beersheva ketika Israel dan Palestin bersetuju dengan genjatan senjata selama 24 jam.
Saksi melaporkan, serangan udara menyasarkan kawasan terbuka di utara Beit Lahiya, Maghazi dan Khan Younis serta Rafah, namun tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140820/lu_03/Israel-lancar-empat-serangan-udara-ke-Gaza#ixzz3Au8s0LqU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel bunuh isteri, anak perempuan ketua pejuang Hamas


GAZA 20 Ogos - Isteri dan seorang anak perempuan ketua pejuang Hamas, Mohammed Deif dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Israel hari ini ketika gencatan senjata untuk antara kedua-dua pihak tidak disambung untuk melanjutkan rundingan di Mesir.
Timbalan ketua Hamas yang hidup dalam buangan, Mussa Abu Marzuk berkata, nasib Deif masih belum diketahui tetapi rejim Zionis dipercayai sengaja mensasarkan pemimpin tertinggi pergerakan Palestin itu dalam serangan terbabit.
Perkhidmatan kecemasan Palestin sebelum itu melaporkan, serangan udara berkenaan dilancarkan di sebuah rumah besar di kawasan penempatan Sheikh Radwan, dipercayai rumah Deif, mengakibatkan dua orang terbunuh, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Jelas laporan tersebut, 45 orang turut cedera dalam serangan itu.
Terdahulu, ketua delegasi rundingan damai Palestin ke Mesir, Azzam al-Ahmed berkata, gencatan senjata antara Hamas dan Israel telah gagal selepas kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan untuk menghentikan pertempuran di Gaza buat sementara bagi memberi laluan kepada perbincangan menamatkan konflik di Asia Barat itu.
``Gencatan senjata telah gagal dan Israel bertanggungjawab atas kegagalan tersebut.
``Kami akan meninggalkan Mesir hari ini, tetapi masih bersedia untuk meneruskan rundingan dan menunggu maklum balas Israel terhadap usul perjanjian damai yang dikemukakan oleh kami,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140820/dn_30/Israel-bunuh-isteri-anak-perempuan-ketua-pejuang-Hamas#ixzz3Au8eZAfE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gaza: 3 anggota misi kemanusiaan Malaysia selamat

RABU, 20 OGOS 2014 @ 12:12 AM

Oleh Syed Azwan Syed Ali
PRESIDEN Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kesan kemusnahan hasil bedilan tentera Israel di Gaza City.
 
syedazwan@bh.com.my

KAHERAH: Tiga anggota misi kemanusiaan Malaysia yang berada di Gaza selamat selepas Israel dilaporkan melancarkan serangan udara di selatan Gaza sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada wartawan BH yang kini berada di Mesir bagi membuat liputan misi kemanusiaan diterajui KP1M itu.

Duta Besar Malaysia ke Kaherah dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha turut berada di Gaza.

Misi Malaysia akan keluar dari Gaza pagi esok.

Media antarabangsa melaporkan serangan udara Israel itu sebagai reaksi serangan roket Hamas ke atas Tel Aviv.

Israel bedil Gaza sebaik gencatan senjata berakhir

RABU, 20 OGOS 2014 @ 8:21 AM

SERANGAN udara terbaharu tentera Israel hari ini menyebabkan empat terbunuh, termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia dua tahun - Foto REUTERS
 
BANDARAYA GAZA: Israel dan Palestin meneruskan pertelingkahan di sempadan Gaza hari ini yang sekali gus menamatkan gencatan senjata serta rundingan damai yang ditaja Mesir.

Serangan udara terbaharu tentera Israel hari ini menyebabkan empat terbunuh, termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia dua tahun. Seramai 45 orang lagi dilaporkan cedera.

Sayap tentera Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, menyatakan Israel terlebih dahulu menembak dan melancarkan serangan sambil memberi amaran negara Yahudi itu akan 'menerima akibat kerana jenayah yang dilakukannya.'

Briged al-Qassam menyatakan, pihaknya membalas dengan menembak 34 roket ke arah Israel yang mengenai Tel Aviv dan bandar selatan Beersheva.

Tentera Israeli, dalam satu kenyataan, menyatakan mereka dibedil oleh kira-kira 50 roket Hamas namun melaporkan tiada yang cedera.

"Satu roket meletup di kawasan terbuka di metropolitan Tel Aviv," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tentera Israel menyatakan dua roket dibedil berhampiran Beersheva yang menempatkan lebih 200,000 penduduk Israel. - AFP

Lagi gencatan senjata 24 jam

Penduduk Palestin berpindah menuju ke sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Beit Hanun untuk berlindung. - Foto AFP
Penduduk Palestin berpindah menuju ke sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Beit Hanun untuk berlindung. - Foto AFP
GAZA - PALESTIN. Perunding Israel dan Palestin kelmarin bersetuju melanjutkan gencatan senjata sementara selama 24 jam di Gaza bagi memberi lebih banyak peluang terhadap perbincangan gencatan senjata jangka masa panjang.

Wakil Palestin di Kaherah memaklumkan, kedua-dua pihak telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama sehari lagi, namun Israel dipersalahkan kerana kedegilan mereka hingga menyebabkan rundingan damai masih berlarutan sehingga kini.

Pegawai Hamas Ezzaq al-Rishq dalam laman Twitter berkata, rundingan menghadapi kesukaran kerana kedegilan Israel dan lanjutan gencatan senjata selama 24 jam ini adalah permintaan daripada wakil kedua pihak untuk satu lagi peluang.

Ketua wakil Palestin turut memberi amaran keganasan di Gaza boleh tercetus semula kecuali jika keputusan dapat dicapai sebelum tarikh akhir rundingan berakhir.

Pemimpin Kanan gerakan Fatah, Azzam al-Ahmad berkata, sehingga kini masih tiada kemajuan dicapai menerusi rundingan dalam menyelesaikan konflik di wilayah itu.

"Kami berharap setiap minit yang akan datang dalam tempoh 24 jam itu akan digunakan untuk mencapai persetujuan, dan jika tidak berjaya keganasan akan berterusan,"katanya, laporan dipetik dari AP.

palestin hancur

Gambar askar Israel, David Gordon yang hilang sejak ahad lalu di pangkalan tentera Tsirfin di tenggara Tel Aviv .

Terkini | Gaza 2:56 pm | Perang Hari ke-45

Gambar askar Israel, David Gordon yang hilang sejak ahad lalu di pangkalan tentera Tsirfin di tenggara Tel Aviv .

Sumber : غـزة اليــوم

Syarikat Turki berniat untuk membekalkan sumber elektrik kepada Gaza.

Terkini | Gaza 2:40 pm | Perang Hari ke-45



Syarikat Karadeniz Holdings Inc berkata bahawa kapal turki untuk menjana bekalan elektrik akan dihantar ke Gaza bagi membekalkan sumber elektrik kerana ia amat diperlukan di sana dan ia juga adalah permintaan daripada pihak berkuasa .

Karadeniz, dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Reuters, syarikat tersebut akan menghantar kapal penjana elektrik tersebut dalam tempoh 120 hari setelah mendapat kelulusan .

Sumber: Shehab News Agency

#BulanKemarahanUmmah
#Pray4Gaza
#WeAreAllAlQassam
#GazaUnderAttack
#DedaunHancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

Gaza

Terkini | Gaza 3:25 pm | Perang Hari ke-45

Gambar | Kanak-kanak meraikan sekumpulan bayi yang lahir dalam tempoh seminggu di salah sebuah sekolah UNRWA yang menempatkan rakyat Palestin disebabkan perang .

Sumber: وكالة الرأي

#BulanKemarahanUmmah
#Pray4Gaza
#WeAreAllAlQassam
#GazaUnderAttack
#DedaunHancur
#البنيان_المرصوص
#غزة_تقاوم

Menderma ke Palestin bersama Aman Palestin ;
http://on.fb.me/1zoCkpO

Million Souls Fight For Gaza Petition :
http://www.gopetition.com/petitions/million-souls-fight-for-gaza.html

palestin

palestin menangis

Pakar Pemusnah Bom Gaza terbunuh

Berita | Pakar Pemusnah Bom Gaza terbunuh
Rahed Taysir al-Hom, 43 tahun merupakan ketua kepada unit pemusnah bom di Gaza. Beliau bertanggungjawab terhadap apa sahaja bom atau objek yang tidak meletup di Gaza. Ketika serangan Israel pada tahun ini beliau menerima 70 panggilan telefon sehari dan berhadapan dengan 400 butir bom sehari. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang ini maka beliaulah hero dibelakang tabir di Gaza.
Dengan alat keselamatan dan peralatan yang terhad beliau tetap melaksanakan tugas dengan berani dan cekal demi menyelamatkan rakyat Gaza. Tetapi sayangnya beliau terbunuh beberapa hari selepas ditemuramah oleh wartawan The Guardian.
Beliau terbunuh selepas cuba mematikan bom seberat 500 kg pada rabu lepas.
Semoga Allah mengurniakan syurga tertinggi kepada beliau!
sumber: The Guardian [AKA]



palestin

GAZA CITY: Palestin penyelamat mencari mangsa di runtuhan berikutan serangan udara Israel di sebuah rumah di Gaza City pada 19 Ogos 2014. serangan udara Israel membunuh seorang gadis muda dan seorang wanita, mencederakan 16 orang yang lain. Israel melakukan satu siri serangan udara di seluruh Semenanjung Gaza

palestin

GAZA CITY: menyelamat Palestin memegang mayat seorang bayi perempuan berikutan serangan udara Israel di sebuah rumah di Gaza City pada 19 Ogos, 2014 Serangan udara Israel membunuh seorang gadis muda dan seorang wanita, mencederakan 16 orang yang lain. وإذا الموؤودة سئلت .بأي ذنب قتلت. .. Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

palestin

bandar yang kosong kerana penghuninya telah tiada.. terbunuh atau dibunuh....
yang tinggal..kosong......

Gaza: 3 anggota misi kemanusiaan Malaysia selamat


Oleh Syed Azwan Syed Ali
PRESIDEN Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kesan kemusnahan hasil bedilan tentera Israel di Gaza City.
 
syedazwan@bh.com.my

KAHERAH: Tiga anggota misi kemanusiaan Malaysia yang berada di Gaza selamat selepas Israel dilaporkan melancarkan serangan udara di selatan Gaza sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada wartawan BH yang kini berada di Mesir bagi membuat liputan misi kemanusiaan diterajui KP1M itu.

Duta Besar Malaysia ke Kaherah dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha turut berada di Gaza.

Misi Malaysia akan keluar dari Gaza pagi esok.

Media antarabangsa melaporkan serangan udara Israel itu sebagai reaksi serangan roket Hamas ke atas Tel Aviv.

Lepas masuk ke Gaza


Kaherah (Mesir): Konvoi bantuan diketuai tiga wakil Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza memasuki Gaza 10 pagi ini (3 petang Malaysia) diiringi dua kereta perisai ketika pertempuran semakin sengit di antara tentera Mesir dan pemberontak di kawasan berdekatan sempadan.
Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga Ketua Misi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Duta Besar Malaysia di Mesir dan Palestin Datuk Ku Jaafar Ku Shaari; dan Duta Besar Palestin di Malaysia Dr Anwar Al-Agha yang menaiki sebuah daripada kereta perisai itu akan terus mengagihkan barang bantuan kepada penduduk Gaza sebaik tiba. 
Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan yang sentiasa berhubung dengan konvoi berkata, tentera Mesir membuktikan kesungguhan untuk membantu misi bantuan itu dengan menghantar tiga wakil Malaysia sehingga ke pintu sempadan. 

"Ketua misi memaklumkan pihak tentera Mesir amat menghormati hasrat kita apabila sanggup membahayakan nyawa dengan meredah pertempuran yang sedang berlaku di sempadan Mesir-Gaza," katanya di sini, sebentar tadi.
Foto
FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid

Katanya, lagi masih berbaki kira-kira dua tan barangan bantuan di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah yang sedang dalam proses untuk dihantar terus ke Gaza.

Semalam, tentera Mesir hanya membenarkan tiga daripada 83 anggota misi bantuan meneruskan perjalanan ke Rafah berikutan isu keselamatan dan situasi meruncing di utara Sinai. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

Si kecil selami derita Gaza


Kuala Lumpur: Usia mereka hanya 10 tahun. Tapi, luahan hati terhadap penderitaan penduduk Gaza menerusi surat dalam Bahasa Inggeris amat mengagumkan.
Malah, surat mereka yang kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook menjadi viral kerana menarik perhatian ramai pengguna dengan kebanyakannya memberi reaksi positif.
Biarpun, beberapa tatabahasa perlu diperbetulkan oleh guru mereka, surat mereka nyata menyentuh hati pengguna laman sosial dan boleh dianggap mencapai maksud penyampaian.

Itulah luahan Mohammad Aqeef Mohd Radzlan yang mendakwa dia menulis surat itu bagi menggambarkan perasaannya terhadap penderitaan penduduk Gaza.
Foto
Aqeef (kanan atas) meluahkan keprihatinan terhadap penduduk gaza manakala Farhad menyatakan perasaan sedih dengan kejadian menimpa bumi Palestin.

"Dalam surat itu juga saya sertakan sebab mengapa Israel perlu berhenti menyerang Palestin. Palestin negara miskin dan tidak ada upaya membalas serangan senjata canggih Israel," katanya.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu dan belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa, dia mahu Israel menghentikan serangan ke atas bumi Palestin.

Katanya, dia juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai nasib rakyat Palestin di televisyen, media tempatan, laman blog selain berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama keluarga serta rakan.

Bagi rakannya yang juga anak bongsu daripada dua beradik, Farhad Rusyidi, berkata dia sedih dengan situasi melanda penduduk Gaza.

"Isi surat itu mengenai sejarah kedua-dua negara di mana sebelum ini Palestin pernah membantu Israel. Jika Israel hancurkan bumi Palestin, negara itu akan musnah kerana Palestin hidup susah," katanya.

Selain itu, guru kelas, Wan Faris Mohd Wan Yusoff, 26, berkata saya kerap mendedahkan maksud kemanusiaan dalam slot pengajaran kepada muridnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Setiawangsa merangkap Pengerusi Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon berkata pihaknya terkejut dan tidak menyangka surat rasmi yang dimuat naik di laman sosial itu mendapat perhatian pengguna dan orang ramai.

"Ini juga perkembangan positif yang pihak kami terima dan ia sesuatu membanggakan. Pihak sekolah sentiasa menekankan kepada murid untuk mempunyai sikap saling membantu di kalangan manusia dan mereka yang memerlukan.

"Baru-baru ini, pihak sekolah turut melancarkan kutipan derma di kalangan murid dan ibu bapa dan berjaya mengutip RM6,080 untuk disumbangkan kepada penduduk Gaza," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20

Pertempuran meletus lagi


Serangan itu berlaku kira-kira lapan jam sebelum gencatan senjata sementara berakhir. 
Mesir yang menjadi orang tengah untuk menamatkan keganasan Zionis di Gaza, memujuk kedua-dua pihak itu supaya melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam untuk membolehkan lebih banyak rundingan diadakan. 

Meskipun tiada laporan mengenai kecederaan baik di Israel mahupun Gaza, tidak dapat dipastikan sama ada rundingan di Mesir itu akan diteruskan.
Foto
PENDUDUK Palestin di Khan Younis, Gaza menunaikan solat senjata di celah runtuhan masjid yang musnah akibat serangan kejam rejim Zionis, semalam.

Tentera Israel mendakwa kumpulan pejuang Palestin menembak tiga roket ke wilayahnya, tetapi jatuh di kawasan terbuka berhampiran Beersheba, bandar di selatan Israel.

Jurucakap rejim Israel, Mark Regev ketika mengumumkan kejadian itu enggan memberitahu sama ada Israel akan menghentikan rundingan. 

Setakat ini belum ada pihak mendakwa bertanggung jawab terhadap serangan berkenaan. 

Serangan udara Israel itu dilakukan beberapa minit selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera berbuat demikian, kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan yang didakwa itu. 

Saksi dan pegawai keselamatan Palestin berkata, serangan itu disasarkan di kawasan terbuka di Beit Lahiya, Khan Younis dan di Rafah. 

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri menuduh Israel cuba mensabotaj rundingan secara tidak langsung di Kaherah yang bertujuan untuk mewujudkan gencatan senjata jangka panjang. 

“Kami tidak mempunyai maklumat mengenai sebarang serangan roket dari Gaza. 

“Israel sengaja mengada-adakan cerita kerana mahu mensabotaj rundingan di Kaherah,” kata Sami. 

Terdahulu, perunding Palestin dan Israel menyambung semula rundingan secara tidak langsung mereka selepas bersetuju kelmarin untuk melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam lagi. 

Rundingan itu bertujuan mencari jalan untuk mengadakan gencatan senjata jangka panjang selepas Israel melancarkan keganasan selama beberapa minggu hingga meragut lebih 2,000 nyawa, kebanyakannya orang awam. 

Seramai 67 rakyat Israel mati, 64 daripadanya tentera. 

Hamas berusaha menamatkan kepungan Israel-Mesir selama lapan tahun ke atas Gaza. 

Usaha itu ditentang rejim Zionis yang berkeras menentang kewujudan Hamas yang dianggapnya pertubuhan pengganas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20

Israel risau EU boikot produk ternakan


Baitulmaqdis: Sumber di Israel menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan Kesatuan Eropah (EU) meluaskan kempen boikot ke atas produk ternakan negara itu yang dijadualkan bermula September ini.

Laporan turut memetik kenyataan Menteri Pertanian Israel, Yair Shamir kepada akhbar negara itu: “Israel menjalankan pelbagai usaha dengan EU agar menarik balik pelaksanaan boikit baru itu.” Akhbar berkenaan juga melaporkan peluang pegawai Israel untuk menghalang atau sekurang-kurangnya melengahkan perlaksanaan dasar baru itu semakin tipis berikutan kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza.


“Perkara paling membimbangkan ialah pelaksanaan boikot itu meliputi semua produk dan perkhidmatan dihasilkan di wilayah yang dijajah Israel di Palestin dan Bukit Golan,” lapor akhbar berkenaan.- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20

Rundingan damai Hamas-Israel terus buntu


AFP 
SEKUMPULAN penduduk di Gaza meninggalkan penempatan mereka di Beit Hanun menuju ke sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan perlindungan ketika gencatan senjata antara Hamas dan Israel hampir tamat semalam.


KAHERAH - Ketua delegasi Palestin yang menyertai rundingan damai dengan Israel di Mesir semalam memberi amaran bahawa pertempuran di Gaza mungkin tercetus semula melainkan ada kemajuan dicapai dalam rundingan antara kedua-dua belah pihak.
Ketua delegasi tersebut, Azzam al-Ahmad memberi amaran tersebut ketika kedua-dua pihak bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam kelmarin selepas gencatan senjata selama lima hari sebelum ini tamat.
Katanya, ketika ini tiada sebarang kemajuan terhadap mana-mana peringkat dalam rundingan yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik di Gaza.
"Kami berharap setiap minit dalam tempoh 24 jam akan datang akan digunakan bagi mencapai satu perjanjian tetapi jika tidak berjaya, keganasan di Gaza mungkin tercetus semula," kata- nya.
Beliau juga menuduh Israel sengaja cuba 'melencong dan menghentikan' ketika rundingan isu utama sehingga membantutkan usaha bagi mencapai perjanjian jangka panjang antara Hamas dan rejim Zionis.
Seorang pegawai Hamas, Moussa Abu Marzouk turut menuduh Israel sengaja melengah-lengahkan masa sambil menegaskan bahawa Hamas tidak akan mengorbankan tuntutan mereka bagi memeterai satu perjanjian jangka panjang.
Antara tuntutan utama Hamas termasuklah membina sebuah pelabuhan dan sebuah lapangan terbang di Gaza.
Bagaimanapun, seorang lagi pegawai Palestin di Gaza berkata, Israel hanya mahu membincangkan tuntutan tersebut dalam peringkat seterusnya selepas perjanjian pertama dicapai.
Israel juga menuntut Hamas meletakkan senjata tetapi pergerakan tersebut menegaskan bahawa tindakan itu bukan satu pilihan.
Konflik di Gaza tercetus selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran di wilayah berkenaan pada 8 Julai lalu dengan alasan mahu menghentikan serangan roket dari Hamas.
Sehingga kini, seramai 2,000 penduduk di Gaza dilaporkan terbunuh dalam serangan berkenaan manakala 67 warga Israel terkorban. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Ask1WSIw 
Hakcipta terpelihara 

200,000 hilang pekerjaan


Gambar bertarikh 11 Ogos lalu, menunjukkan Ziad Rizk (kiri) bersama rakannya, berehat di tengah-tengah tapak runtuhan yang pernah menempatkan rumah dan kedai pakaiannya di Beit Lahiya, utara Genting Gaza. - AGENSI
GAZA 19 Ogos - Lebih 200,000 penduduk Genting Gaza kini menganggur sejak sekatan ke atas wilayah itu dikuatkuasakan lapan tahun lalu dan serangan ke atas Genting Gaza oleh Israel baru-baru ini.
Agensi berita Anadolu melaporkan, Persekutuan Buruh Palestin mendedahkan, sebanyak 30,000 orang kehilangan pekerjaan ekoran serangan Israel baru-baru ini selepas sejumlah kilang, kedai dan syarikat perniagaan musnah.
"Sebanyak 170,000 orang pula tidak bekerja sejak sekatan dikenakan oleh Israel sebelum ini. Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 330,000 tenaga kerja Palestin di Gaza," jelas pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Ketua Persatuan Ahli Perniagaan Palestin, Ali al-Hayek berkata, sebanyak 450 buah kilang musnah dan 500 kilang lagi rosak sejak serangan terbaharu Israel bulan lalu.
Setakat ini, lebih 38,086 bangunan awam termasuk rumah, pejabat kerajaan, sekolah, masjid dan tanah perkuburan musnah atau rosak dalam serangan berkenaan.
Lebih 2,000 rakyat Palestin turut terbunuh dan lebih 10,000 orang cedera dalam serangan itu.
Di Kaherah, Palestin dan Israel menyambung semula rundingan damai hari ini selepas bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam.
Lanjutan gencatan senjata itu meningkatkan harapan satu perjanjian damai akan berjaya dicapai, namun perbezaan pendapat antara kedua-dua pihak bertelagah masih belum dapat diselesaikan.
Anggota delegasi Palestin, Qais Abdel-Kareem berkata, pertemuan itu akan membincangkan isu utama termasuk sekatan ke atas Gaza, tuntutan ke atas Hamas untuk meletakkan senjata dan pembinaan semula pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140820/lu_04/200000-hilang-pekerjaan#ixzz3Asdh6CNe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel arah tentera serang balas roket dari Gaza


GENTING GAZA 20 Ogos - Israel mengarahkan tentera menyerang balas serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke selatan wilayah berkenaan ketika Palestin dan Israel terikat dengan genjatan senjata selama 24 jam.
Pegawai Israel melaporkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan pasukan tentera menyerang sasaran di Gaza sebagai balasan terhadap pelancaran roket tersebut yang memasuki kawasan selatan bandar Beesheva. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140820/lu_01/Israel-arah-tentera-serang-balas-roket-dari-Gaza#ixzz3AsdV6sk7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel lancar empat serangan udara ke Gaza


GENTING GAZA 20 Ogos - Israel melancarkan sekurang-kurangnya empat serangan udara ke Gaza semalam serta mengarahkan wakilnya pulang daripada perbincangan gencatan senjata di Kaherah, Mesir selepas tiga roket dilancarkan dari wilayah Palestin memasuki selatan Israel.
Serangan udara dilancarkan beberapa minit selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera rejim menyerang balas serangan roket yang memasuki kawasan bandar Beersheva ketika Israel dan Palestin bersetuju dengan genjatan senjata selama 24 jam.
Saksi melaporkan, serangan udara menyasarkan kawasan terbuka di utara Beit Lahiya, Maghazi dan Khan Younis serta Rafah, namun tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140820/lu_03/Israel-lancar-empat-serangan-udara-ke-Gaza#ixzz3AscTUNB0
© Utusan Melayu (M) Bhd