Wednesday, 20 August 2014

Gaza: 3 anggota misi kemanusiaan Malaysia selamat

RABU, 20 OGOS 2014 @ 12:12 AM

Oleh Syed Azwan Syed Ali
PRESIDEN Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kesan kemusnahan hasil bedilan tentera Israel di Gaza City.
 
syedazwan@bh.com.my

KAHERAH: Tiga anggota misi kemanusiaan Malaysia yang berada di Gaza selamat selepas Israel dilaporkan melancarkan serangan udara di selatan Gaza sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada wartawan BH yang kini berada di Mesir bagi membuat liputan misi kemanusiaan diterajui KP1M itu.

Duta Besar Malaysia ke Kaherah dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha turut berada di Gaza.

Misi Malaysia akan keluar dari Gaza pagi esok.

Media antarabangsa melaporkan serangan udara Israel itu sebagai reaksi serangan roket Hamas ke atas Tel Aviv.

No comments:

Post a Comment