Israel Menahan 8 warga Palestin di Ramallah
Subuh tadi, tentera Zionis menyerbu masuk beberapa buah rumah di Kampung Al-Mazra' al-Shayqiyya, di Utara Ramallah, dekat Tebing Barat.Saksi melaporkan tentera Israel telah menahan 8 orang penduduk, iaitu: 1.Baian Azam2. Bilal Tawfiq E'jaq
3.Imad Thamin Amer
4.Adel Samir Amer
5.Hakem Raed al-Shalabi
6.Samed Hjaz
7. Hashem Hjaz
8. Adnan Abu Aliya
TT
Sumber: PNN
Al Quds bebas selepas kemenangan di Mesir dan Syria...
Kemenangan pertama yang telah membawa kepada pembukaan Baitul Maqdis adalah di zaman Omar al Khattab. Beliau telah menghantar tentera yang diketuai oleh Penglima Saad Bin Abi Waqas bagi membuka Mesir dan Panglima Abu Ubaidah al-Jarrah bagi membuka Syria. Kejayaan menguasai 2 wilayah yang mengelilingi Palestin ini telah diikuti dengan kemenangan mengalahkan Romawi bagi membebaskan Baitul Maqdis dan keseluruhan Palestin.
Kemenangan ke dua yang membawa kepada pembebasan Baitul Maqdis adalah di zaman Solahuddin al Ayyubi. Beliau telah mengetuai misi ketenteraan dan kepimpinan di Mesir, manakala Sultan Nuruddin Zinki pula telah mengetuai misi di Syria sehingga masing-masing berjaya. Solahuddin kemudiannya mengambil-alih kepimpinan di Syria selain daripada Mesir dan wilayah-wilayah di sekeliling Palestin. Kejayaan ini kemudiannya telah diikuti dengan kemenangan mereka mengalahkan ketenteraan Salib yang merangkumi gabungan 22 negara Eropah sehingga berjaya mencipta sejarah pembebasan Baitul Maqdis buat kali ke dua.
Tidakkah sejarah ini juga akan berulang buat kali yang ke 3 ?
Sumber: Dr Zainur Rashid
28/6/2013
Berkata ketua tentera udara Israel : " Kami akan menghadapi apa sahaja tentangan tanpa gentar"___________________
Mereka seolah-olah mencabar kekuatan kita, mereka mahu lakukan apa sahaja, berkorban apa sahaja.
Mereka bersatu untuk memusnahkan ummat Islam Palestin, atau mungkin jika berpeluang, kita seluruh ummat Islam di dunia juga bakal diratah mereka jika kita leka.
Adakah kita hanya ingin duduk diam dan melihat atau menyumbang apa sahaja yang terbaik untuk Islam dan ummatnya?
Sumber: PNN
TT: Aman Palestin Mesir
Kita bakal rai kemenangan namun tidak berpanjangan;
andai hanyut dalam cinta harta dan panjang angan-angan,
Ya, kita bisa rai kemenangan namun perlu menempuh sirat penuh duri dan rintangan,
ayuh kita saling berpesan,
Agar alpa jangan dalam perjuangan,
Usah lokek mencurah pengorbanan...
Hancur robek hati Utusan kesayangan,
menyaksikan ummah hanyut dalam badai perpecahan...
Ayuh luruskan dan rapatkan saf perjuangan,
kita ubah tipu daya dunia di tangan,
Pasti ampuhlah barisan ummah penuh ketenangan,
Kita rebut Palestin memaknakan kemenangan!
Terpasak batang jasad dan doa kita sebagai halangan,
Kita usir laknatullah dengan tentangan,
Syurga diidam sebgai pinangan keranaMu Rabbi pemilik Keagungan...
Sumber Gambar: Team Palestina
TT: Aman Palestin Mesir