Saturday 29 June 2013

Al Quds bebas selepas kemenangan di Mesir dan Syria...

 Al Quds bebas selepas kemenangan di Mesir dan Syria...

Kemenangan pertama yang telah membawa kepada pembukaan Baitul Maqdis adalah di zaman Omar al Khattab. Beliau telah menghantar tentera yang diketuai oleh Penglima Saad Bin Abi Waqas bagi membuka Mesir dan Panglima Abu Ubaidah al-Jarrah bagi membuka Syria. Kejayaan menguasai 2 wilayah yang mengelilingi Palestin ini telah diikuti dengan kemenangan mengalahkan Romawi bagi membebaskan Baitul Maqdis dan keseluruhan Palestin.

Kemenangan ke dua yang membawa kepada pembebasan Baitul Maqdis adalah di zaman Solahuddin al Ayyubi. Beliau telah mengetuai misi ketenteraan dan kepimpinan di Mesir, manakala Sultan Nuruddin Zinki pula telah mengetuai misi di Syria sehingga masing-masing berjaya. Solahuddin kemudiannya mengambil-alih kepimpinan di Syria selain daripada Mesir dan wilayah-wilayah di sekeliling Palestin. Kejayaan ini kemudiannya telah diikuti dengan kemenangan mereka mengalahkan ketenteraan Salib yang merangkumi gabungan 22 negara Eropah sehingga berjaya mencipta sejarah pembebasan Baitul Maqdis buat kali ke dua.

Tidakkah sejarah ini juga akan berulang buat kali yang ke 3 ?

Sumber: Dr Zainur Rashid

No comments:

Post a Comment