Monday, 10 November 2014

Tindakan simbolik penduduk Palestin


Lubang tersebut dihasilkan pada tembok pemisah di kawasan penempatan penduduk Palestin.
Lubang tersebut dihasilkan pada tembok pemisah di kawasan penempatan penduduk Palestin. 
10 November 2014


RAMALLAH - PALESTIN. Sebuah lubang dihasilkan pada tembok pemisah Israel di Tebing Barat oleh kumpulan aktivis yang dilihat sebagai tindakan simbolik sempena ulang tahun ke-25 kejatuhan Tembok Berlin di Jerman.

"Tidak kira setinggi mana tembok itu dibina, ia bakal menerima nasib yang sama seperti Tembok Berlin," menurut kenyataan aktivis pro-Palestin terbabit.

Media tempatan melaporkan kesan tebukan itu dibuat di kawasan berhampiran penempatan penduduk Palestin di kampung Bir Nabala, utara Baitulmaqdis Timur.

Pembinaan tembok pemisah di sepanjang kawasan kejiranan Gilo dan sempadan Genting Gaza terus dikecam kumpulan hak asasi manusia kerana ia didakwa melanggar undang-undang antarabangsa.

Menurut Press TV, Israel mula membina tembok sepanjang 700 kilometer tersebut pada 2000 dan 85 peratus daripadanya meliputi kawasan di Tebing Barat.

Pada 2004, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menggesa Tel Aviv merobohkan dan menghentikan pembinaan tembok tersebut, namun arahan itu tidak diendahkan sehingga kini. -

Tebuk tembok Israel

Agensi
Baitulmaqdis: Pemuda Palestin semalam menebuk lubang pada tembok dibina Israel bagi wilayah itu sebagai langkah simbolik meraikan 25 tahun kejatuhan Tembok Berlin.
Kumpulan aktivis Palestin membawa tukul itu tidak mengendahkan kehadiran pasukan keselamatan Israel yang sering membuat rondaan apabila membuat lubang pada tembok yang melintasi perkampungan Bir Nabala antara Baitulmaqdis dan Ramallah.
“Tidak kira betapa tinggi sekalipun sesuatu tembok, akhirnya jatuh juga. Sama seperti Tembok Berlin, tembok di Palestin ini juga akan runtuh,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Menurut wartawan, perbuatan simbolik itu dilaksanakan sekumpulan aktivis dan bukannya kempen terancang.
Mereka cuba melakukan perkara tahun lalu.
Dalam rakaman disiarkan televisyen Palestin, kumpulan itu berkata tindakan itu diambil untuk menyampaikan mesej bahawa pembinaan tembok berkenaan tidak akan menghalang penduduk Palestin daripada memasuki Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.
Mereka turut menggesa penduduk setempat bersedia menyertai intifada Baitulmaqdis yang dianggap usaha kebangkitan terakhir untuk membebaskan Palestin.
Keruntuhan Tembok Berlin suku abad lalu acara besar dalam kejatuhan komunis seterusnya menyatukan Jerman pada 1990.
Sepanjang 28 tahun kewujudannya, ia menjadi simbol penindasan rejim komunis dunia.
Penduduk Palestin menggelar tembok yang kini memisahkan Tebing Barat dari Israel sebagai “tembok aparteid.”
Ia mula dibina Israel pada 2002 kononnya untuk keselamatan, tetapi ia amat zalim kerana menyusahkan penduduk Palestin.
Ia juga dianggap taktik kotor rejim Zionis merampas tanah mereka.
Apabila siap, 85 peratus daripada tembok itu akan berada di dalam Tebing Barat.
Pertubuhan Hak Asasi Manusia Israel, B’Tselem melaporkan, pembinaan tembok itu mengakibatkan rakyat Palestin terseksa kerana hubungan antara penduduk terputus, selain memisahkan mereka dari kebun serta punca pendapatan lain.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 2004 memutuskan pembinaan tembok itu bertentangan dengan perundangan antarabangsa.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah turut menganggapnya mengakibatkan “masalah kemanusiaan dan perundangan yang serius.” - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:19 AM


PEMUDA Palestin menggunakan tukul untuk memecahkan sebahagian daripada tembok konkrit yang dibina di Bir Nabala.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7956#sthash.vQRMv3WU.dpuf

EU ada agenda bantu Israel takluk Masjid Al-Aqsa

penduduk Palestin melancarkan bantahan ekoran tindakan sekumpulan
Penduduk Palestin melancarkan bantahan ekoran tindakan sekumpulan aktivis Yahudi mengadakan lawatan ke Masjid Al-Aqsa, baru-baru ini. – REUTERS
Cadangan Kesatuan Eropah (EU) menerusi Ketua Polisi Hal Ehwal Luar dan Keselamatannya, Federica Mogherini supaya Baitulmaqdis dibahagi menjadi ibu negara Palestin dan negara tidak diiktiraf Israel sebagai sebahagian daripada pelan damai, boleh disifatkan sebagai satu usaha untuk menjayakan rancangan Yahudi Zionis menawan kota suci tersebut.
Cadangan itu bukan sahaja mencabul resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Resolusi 405 dan Resolusi 237 yang menetapkan bahawa, Baitulmaqdis merupakan ibu negara Palestin dan sebarang tindakan Israel untuk mengisytiharkan kota suci ketiga bagi umat Islam itu sebagai ibu negara mereka sebagai tidah sah dan menyalahi undang-udang.
Badan dunia itu turut menegaskan bahawa tindakan Israel menawan Tebing Barat dan membina penempatan di kawasan Baitulmaqdis sebagai pendudukan haram dan mereka wajib kembali ke sempadan yang telah ditetapkan mengikut Resolusi 242.
Tiga resolusi tersebut sudah cukup untuk menjelaskan bagaimana hak rakyat Palestin ke atas Baitulmaqdis tidak boleh dicabuli dan diiktiraf oleh dunia serta tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Ini bukanlah kali pertama EU mengutarakan cadangan mengarut sedemikian. Pada 2009, EU menerusi kenyataan ketua-ketua menterinya pernah mencadangkan supaya Baitulmaqdis dikongsi bersama di bawah perjanjian damai Asia Barat.
EU perlu berhati-hati apabila menyentuh tentang isu Baitulmaqdis yang turut dianggap sebagai kota suci bagi orang Yahudi dan Kristian, kerana dibimbangi akan mencetuskan perang.
Ia juga boleh mencetuskan kemarahan penduduk Palestin serta kebangkitan intifada seperti pada 28 September 2000 yan menyaksikan beribu-ribu orang penduduk Palestin dan pasukan keselamatan Israel terkorban.
Sejak beberapa minggu lalu, suasana semakin tegang di Baitulmaqdis dengan Israel merancang membina penempatan haram baharu Yahudi di Baitulmaqdis timur dan kumpulan pelampau Yahudi menggesa mereka dibenarkan bersembahyang di Masjid Al-Aqsa.
PBB yang pernah menyifatkan tindakan Israel memperluaskan penempatan haram Yahudi, memusnahkan rumah penduduk Palesin dan mengehadkan kemudahan air kepada peladang Palestin di Baitulmaqdis sebagai punca utama banyak masalah yang tercetus antara kedua-dua pihak sewajarnya memainkan peranan utama bagi meredakan ketegangan di Baitulmaqdis dan menyelesaikan isu tersebut.
PBB perlu mengembalikan kewibawaannya yang sudah tercalar selepas dilihat lebih berminat untuk mengambil sikap tunggu dan lihat dalam banyak isu kemanusiaan termasuk serangan tidak berperikemanusian Israel ke atas Genting Gaza, baru-baru ini, dengan menguatkuasakan resolusi yang telah dibentuk bagi melindungi hak rakyat Palestin.
Penduduk Islam dan negara-negara Islam harus tampil mengenakan tekanan ke atas Israel dan sekutunya bagi menggagalkan agenda mereka menakluk Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/eu-ada-agenda-bantu-israel-takluk-masjid-al-aqsa-1.22798#sthash.HE16t9aB.dpuf

Baitulmaqdis dikongsi

EU cadang ia dijadikan ibu negara bersama Palestin, Israel

Seorang penduduk Palestin membaling batu ke arah polis sempadan
Seorang penduduk Palestin membaling batu ke arah polis sempadan Israel yang mengehadkan pergerakan penduduk Palestin memasuki Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, Jumaat lalu. – AGENSI
RAMALLAH 9 Nov. - Ketua Polisi Hal Ehwal Luar dan Keselamatan, Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini mencadangkan supaya Baitulmaqdis dibahagi menjadi ibu negara bagi negara Palestin dan Israel, sebagai sebahagian pelan damai antara kedua-dua pihak yang bertelagah itu.
“Saya rasa Baitulmaqdis boleh dan sepatutnya menjadi ibu negara kepada kedua-dua negara,’’ katanya kepada wartawan, di sini hari ini.
Kenyataan Mogherini itu dikeluarkan selepas pembunuhan kejam seorang lelaki oleh polis di utara Israel dengan rakaman video menunjukkan mangsa ditembak dari arah belakang.
Status Baitulmaqdis merupakan isu sensitif yang menghalang usaha damai Palestin-Israel sejak beberapa dekad lalu.
Palestin mahu menubuhkan negara Palestin di Gaza dan Tebing Barat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, manakala Israel mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang tidak boleh dibahagi.
Mogherini yang melawat wilayah Palestin dan Israel sejak kelmarin menggesa pelaksanaan semula proses damai yang tertangguh sejak April lalu.
“Dunia tidak mampu melihat satu lagi perang di Gaza dan penubuhan negara Palestin perlu dilaksanakan,’’ katanya ketika melawat Gaza City dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah.
Sejak beberapa minggu lalu, suasana semakin tegang dengan Israel merancang membina penempatan haram baharu Yahudi di Baitulmaqdis timur dan kumpulan pelampau Yahudi menggesa mereka dibenarkan bersembahyang di Masjid Al-Aqsa.
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon semalam berkata, penduduk Yahudi hanya dibenarkan melawat masjid tersebut dan tidak dibenarkan bersembahyang di sana.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa Mogherini memastikan keadaan itu tidak berubah bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/baitulmaqdis-dikongsi-1.22816#sthash.STfXl3Dg.dpuf