Lubang tersebut dihasilkan pada tembok pemisah di kawasan penempatan penduduk Palestin. |
RAMALLAH - PALESTIN. Sebuah lubang dihasilkan pada tembok pemisah Israel di Tebing Barat oleh kumpulan aktivis yang dilihat sebagai tindakan simbolik sempena ulang tahun ke-25 kejatuhan Tembok Berlin di Jerman.
"Tidak kira setinggi mana tembok itu dibina, ia bakal menerima nasib yang sama seperti Tembok Berlin," menurut kenyataan aktivis pro-Palestin terbabit.
Media tempatan melaporkan kesan tebukan itu dibuat di kawasan berhampiran penempatan penduduk Palestin di kampung Bir Nabala, utara Baitulmaqdis Timur.
Pembinaan tembok pemisah di sepanjang kawasan kejiranan Gilo dan sempadan Genting Gaza terus dikecam kumpulan hak asasi manusia kerana ia didakwa melanggar undang-undang antarabangsa.
Menurut Press TV, Israel mula membina tembok sepanjang 700 kilometer tersebut pada 2000 dan 85 peratus daripadanya meliputi kawasan di Tebing Barat.
Pada 2004, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menggesa Tel Aviv merobohkan dan menghentikan pembinaan tembok tersebut, namun arahan itu tidak diendahkan sehingga kini. -
No comments:
Post a Comment