Friday 1 October 2010

Israel Culik Sekitar 500 Kanak-Kanak Palestin Setiap Tahun

Imej1 Oktober 2010 - Ramallah - Ansar Al-Asra, sebuah organisasi hak asasi manusia, melaporkan kelmarin bahawa Israel menculik sekitar 500 tahanan Palestin di bawah usia 18 tahun setiap tahun dan masih ada 310 orang dari mereka di penjara-penjaranya.

Organisasi ini menegaskan bahawa Israel menggubal undang-undang ketenteraan yang berbau perkauman yang membenarkannya untuk menangkap dan menyiksa tahanan Palestin, sambil menambah bahawa kecaman masyarakat antarabangsa yang berulangkali tidak samasekali menghalangnya dari melakukan pencabulan terhadap mereka.

Ia mengingatkan bahawa Israel mengkelaskan kanak-kanak Palestin sebagai mereka yang berada di bawah umur 16 tahun, sementara kanak-kanak Israel pula sebagai mereka yang berada di bawah umur 18 tahun, dan menggunakan undang-undangnya bernombor 132 bagi membenarkan penangkapan ke atas kanak-kanak Palestin dan menghadapkan mereka ke mahkamah.

Beberapa pencabulan Israel yang disebutkan di dalam laporannya ialah kanak-kanak Palestin di penjara-penjara Israel diancam bahawa jika mereka tidak bekerjasama mereka akan diperkosa dan dibunuh atau keluarga mereka akan disakiti, dan kadang-kadangnya pula mereka ditempatkan dalam kurungan-kurungan khas bersama-sama penjenayah dewasa bagi mengenakan tekanan ke atas mereka.
Sumber: PI   |   Terjemahan: Ibn Abu (Admin)

Israel Menahan Hakim Dan Penduduk Yahudi Serang Seorang Kanak-Kanak Di Al-Khalil

Imej1 Oktober 2010 - Al-Khalil - anggota bersenjata Israel telah menangkap seorang hakim mahkamah di rumahnya di al-Khalil. Di samping itu, penduduk-penduduk yahudi telah menyerang seorang kanak-kanak dengan pukulan yang mencederakan.

Menurut laporan orang ramai, anggota bersenjata menyerbu rumah Jamal Abdul Majid Syadid di kampung Kharsa dan menggeledah barang-barang di dalamnya serta mengheret beliau ke pusat tahanan reman di Etzion.

Dalam situasi lain, sekumpulan penduduk penempatan Yahudi di Kiryat Arba timur al-Khalil telah menyerang Baha' Jaudat al-Ja'bari seorang kanak-kanak Palestin dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan itu menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan dan bengkak pada kedua-dua tangan, dada dan pinggangnya. Walaubagaimana kanak-kanak tersebut telah dikejarkan ke hospital untuk dirawat.