Friday, 1 November 2013

GAZA SEDANG DISERANG!!

Source: Aqsa Syarif

1. [Sejam lepas] Tiga orang lagi syuhada' dari Kataib As-Syahid Ezzeddin Al-Qassam dijumpai selepas siasatan dijalankan ke atas tempat yang diserang tentera Zionis di Khan Younis semalam. Mereka adalah As-Syahid Khaled Abu Bakra, As-Syahid Muhammad Al-Qasass dan As-Syahid Rasyid Abu Daud. Ketiga-tiga mereka adalah berpangkat komander di dalam Kataib Al-Qassam.

2. [5jam lepas] Pada malam Khamis lepas, seorang tentera Al-Qassam, Rabie Barakah, 23 tahun, syahid dan 3 lagi cedera ringan selepas kerta kebal Zionis melepaskan peluru ke atas bahagian timur Khan Younis, Ghazzah. Rabie cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Nasir di Khan Younis sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

3. Seorang tentera Zionis serta 3 pendatang haram Zionis cedera kesan daripada letupan mortar dekat kawasan petempatan haram Yahudi berhampiran Ghazzah.

4. Tentera Zionis yang terlibat dalam operasi serangan ke atas Khan Younis dengan kesan darah dan baju yang terkoyak.

AYUH QUNUT NAZILAH SEMUA!!
 
ICJ perlu hukum Israel

ICJ perlu hukum IsraelRakyat Palestin dipaksa berpindah selepas tanah mereka dirampas Zionis.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kumpulan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya menyelesaikan segera masalah penempatan haram di Palestin.

Pegawai khas PBB  Richard Falk membuat desakan itu kepada jawatankuasa hak asasi manusia PBB ketika Perhimpunan Agung PBB, semalam.

“Jika rundingan antara Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan rejim Israel gagal, Perhimpunan Agung perlu mendesak ICJ mengenakan tindakan undang-undang ke atas Israel selepas merampas tanah penduduk Palestin,” katanya.

Menurutnya, kumpulan hak asasi manusia perlu tegas menamatkan penganiayaan ini.

“Tel Aviv harus hentikan segera penerokaan tanah. Israel sepatutnya memberikan pampasan kepada rakyat Palestin sejajar dengan Perjanjian 1967 bukan menceroboh tanah mereka sesuka hati,” katanya dipetik Al Jazeera.

Beliau berkata, rejim Zionis juga harus menamatkan dasar menyalahi undang-undang seperti diskriminasi dan amalan penafian rakyat Palestin termasuk hak mereka di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Desakan itu disuarakan selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Dalam Negeri Gideon Saar bersetuju membina 1,500 lagi unit penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur, kelmarin.

Israel tahan 3 anggota kanan Hamas

2013/11/01
Ramallah: Tentera Israel menahan tiga anggota kanan Hamas dalam tangkapan kedua seumpamanya dilakukan rejim Zionis itu minggu ini.
Mereka ialah Jamal Tawil, Hussein Abu Kwayk dan Faraj Romana yang diberkas di Ramallah, Tebing Barat.

Sumber keselamatan Palestin berkata, ketiga-tiga tokoh terbabit menjadi anggota gerakan Islam itu di Tebing Barat. Jurucakap tentera Israel semalam berkata, mereka enggan memberi sebarang pengesahan kecuali mengakui tiga penduduk Palestin tidak bersenjata berada dalam tahanan. Walaupun mentadbir Gaza sejak Jun 2007, ramai anggota Hamas kekal di Tebing Barat yang diperintah kumpulan nasionalis Arab Fatah. Hamas mengecam tangkapan itu sebagai konspirasi di antara Israel, Washington dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) serta mengaitkannya dengan rundingan damai yang sedang berlangsung ketika ini. “Hamas mengutuk sikap PA yang mendiamkan diri atas penahanan itu,” katanya. Isnin lalu Israel menahan 15 anggota Hamas, termasuk dua ahli parlimen, dalam serbuan di bandar Tulkarem Nablus dan Hebron. - AFP