Friday 1 November 2013

Israel tahan 3 anggota kanan Hamas


2013/11/01
Ramallah: Tentera Israel menahan tiga anggota kanan Hamas dalam tangkapan kedua seumpamanya dilakukan rejim Zionis itu minggu ini.
Mereka ialah Jamal Tawil, Hussein Abu Kwayk dan Faraj Romana yang diberkas di Ramallah, Tebing Barat.

Sumber keselamatan Palestin berkata, ketiga-tiga tokoh terbabit menjadi anggota gerakan Islam itu di Tebing Barat. Jurucakap tentera Israel semalam berkata, mereka enggan memberi sebarang pengesahan kecuali mengakui tiga penduduk Palestin tidak bersenjata berada dalam tahanan. Walaupun mentadbir Gaza sejak Jun 2007, ramai anggota Hamas kekal di Tebing Barat yang diperintah kumpulan nasionalis Arab Fatah. Hamas mengecam tangkapan itu sebagai konspirasi di antara Israel, Washington dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) serta mengaitkannya dengan rundingan damai yang sedang berlangsung ketika ini. “Hamas mengutuk sikap PA yang mendiamkan diri atas penahanan itu,” katanya. Isnin lalu Israel menahan 15 anggota Hamas, termasuk dua ahli parlimen, dalam serbuan di bandar Tulkarem Nablus dan Hebron. - AFP

No comments:

Post a Comment