Rakyat Palestin dipaksa berpindah selepas tanah mereka dirampas Zionis.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kumpulan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya menyelesaikan segera masalah penempatan haram di Palestin.
Pegawai khas PBB Richard Falk membuat desakan itu kepada jawatankuasa hak asasi manusia PBB ketika Perhimpunan Agung PBB, semalam.
“Jika rundingan antara Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan rejim Israel gagal, Perhimpunan Agung perlu mendesak ICJ mengenakan tindakan undang-undang ke atas Israel selepas merampas tanah penduduk Palestin,” katanya.
Menurutnya, kumpulan hak asasi manusia perlu tegas menamatkan penganiayaan ini.
“Tel Aviv harus hentikan segera penerokaan tanah. Israel sepatutnya memberikan pampasan kepada rakyat Palestin sejajar dengan Perjanjian 1967 bukan menceroboh tanah mereka sesuka hati,” katanya dipetik Al Jazeera.
Beliau berkata, rejim Zionis juga harus menamatkan dasar menyalahi undang-undang seperti diskriminasi dan amalan penafian rakyat Palestin termasuk hak mereka di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Desakan itu disuarakan selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Dalam Negeri Gideon Saar bersetuju membina 1,500 lagi unit penempatan haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur, kelmarin.

No comments:
Post a Comment