Wednesday 25 December 2013

Hari Ini Dalam Sejarah | 25 Disember 2000 | Rakyat Israel Memusnahkan 400 Pokok Zaitun di Wadi Marda



13 tahun yang lalu, sekumpulan rakyat Israel yang mendiami kawasan penempatan haram di wilayah Selfit, Tebing Barat telah bertindak memusnahkan 400 batang pokok Zaitun sambil dilindungi pihak tentera; jumlah tertinggi yang direkodkan sehingga hari ini [passia.org].

Nak tahu berita lanjut? Nantikan pada jam 8 malam nanti. Insya'Allah kami akan siarkan berita penuh malam nanti.

[HR]

Tahanan mogok lapar dibebas



BAITULMAQDIS 24 Dis. - Seorang tahanan warga Palestin yang melancarkan mogok lapar hampir sembilan bulan, akhirnya dibebaskan dari penjara Israel semalam.
Samer Issawi yang hanya minum bagi mengalas perutnya selama berada di penjara dari 1 Ogos 2012 sehingga April tahun ini, menjadi simbol kepada perjuangan Palestin menentang Israel.
Lelaki berusia 33 tahun yang dipenjarakan atas dakwaan melakukan beberapa siri serangan itu, merupakan sebahagian daripada tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar.
Samer dihantar pulang ke kampung halamannya di Issawiyeh, pinggir Baitulmaqdis dan dia disambut sebagai wira oleh penduduk tempatan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_06/Tahanan-mogok-lapar-dibebas#ixzz2oQunrK91
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kanak-kanak perempuan maut serangan udara Israel


BAITULMAQDIS 25 Dis. -Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia tiga tahun terbunuh dan tiga ahli keluarganya cedera dalam satu siri serangan udara oleh pesawat rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza di sini kelmarin, kata sumber perubatan semalam.
Rejim Israel melancarkan serangan balas itu di Semenanjung Gaza selepas seorang rakyatnya maut ditembak semasa bertugas di sempadan Gaza-Israel di sini.
Saksi berkata, pesawat Israel juga dilihat membedil pusat latihan Hamas di selatan Khan Yunis dan dua lagi serangan dilaporkan di timur bandar Gaza dan sebuah wilayah kecil di negara itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131225/lu_13/Kanak-kanak-perempuan-maut-serangan-udara-Israel#ixzz2ocaWU5fj
© Utusan Melayu (M) Bhd