
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.
Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya.
Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB)
Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.
Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.
“Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/8/2014
Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.
Benjamin Netanyahu
Penduduk Palestin hanya ingin Gaza bebas daripada kepungan Israel dan kembalikan keamanan di wilayah itu.









Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Pemuda Pas Bukit Tunggal menjahit sendiri bendera Palestin gergasi yang dikibarkan di bulatan Batu Enam sebagai tanda prihatin nasib rakyat Palestin di Gaza.








