Saturday 16 August 2014

Misi bantuan KP1M ke Gaza sedia hadapi kekangan


16 Ogos 2014


KAHERAH - MESIR. Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersedia menghadapi sebarang kekangan yang bakal dihadapi sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 500 kilometer dari bandar Kaherah ke pintu sempadan Rafah.

Duta Malaysia di Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, pihaknya telah merancang koordinasi dan aturan keselamatan dengan kerajaan Mesir bagi memudahkan urusan misi bantuan itu.

Beliau berkata, antara cabaran yang bakal dilalui termasuk bilangan pos kawalan pasukan keselamatan yang banyak, kekurangan bekalan petrol serta liputan telekomunikasi yang terhad di sesetengah kawasan.

Bagaimanapun beliau yakin, pergerakan misi tidak akan menghadapi masalah, sebelum tiba di Ismailliyah, kira-kira 200km dari Kaherah.

"Bila kita dah sampai ke Ismailliyah, kita naik feri dan seberangi jambatan (Terusan Suez), selepas itu baharulah kita perlukan kawalan keselamatan yang lebih rapi..ini telah diatur," katanya dalam taklimat kepada peserta misi, di sini, Jumaat malam. - Bernama

No comments:

Post a Comment