• Heba dan Omar selamat diijabkabulkan di Kem Pelarian Shati.Heba dan Omar selamat diijabkabulkan di Kem Pelarian Shati.

GAZA - PALESTIN. Tempoh gencatan senjata 72 jam yang berakhir kelmarin memberi erti mendalam buat pasangan pengantin baharu, Omar dan Heba apabila mereka selamat diijabkabulkan kelmarin.

Difahamkan, sebelum ini pasangan itu terpaksa menunda tarikh perkahwinan mereka beberapa kali selepas situasi makin tegang di bandar Gaza, sejak sebulan lalu.

Majlis perkahwinan yang berlangsung sederhana itu tetap meriah apabila bangunan sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang kini dijadikan kem pelarian tersebut dihiasi dengan belon berwarna-warni.

Rakan-rakan dan ahli keluarga mempelai turut hadir pada majlis itu dengan iringan muszik tradisional dalam laporan Al Arabiya.