Washington: Israel mendapat bekalan amunisi dari Pentagon bulan lalu tanpa kelulusan Rumah Putih atau Jabatan Negara, lapor akhbar The Wall Street Journal, semalam.
Menurut laporan itu yang memetik sumber pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel, pentadbiran Presiden Barack Obama yang tidak menyangka tindakan itu dalam pada ia berusaha mengekang kempen Israel di Gaza kemudian memperketatkan penghantaran bekalan senjata ke Israel.
Malah, akhbar itu turut melaporkan perbualan telefon yang agak tegang antara Obama dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu Rabu lalu yang melihat pemimpin Israel berkenaan menuntut jaminan keselamatan AS sebelum bersedia membuat persetujuan jangka panjang dengan Hamas.
Bagaimanapun, Netanyahu didakwa mengetepikan pentadbiran Obama seterusnya menghapuskan keupayaannya memainkan peranan sebagai pengantara.
Bagaimanapun, laporan itu dinafikan jurucakap Jabatan Negara Marie Harf walaupun dia mengakui pentadbiran Obama memang memantau penghantaran senjata ke Israel.
Bagaimanapun, dia menegaskan proses itu bukan sesuatu yang luar biasa.
“Disebabkan krisis di Gaza, memang tidak hairanlah jika semua agensi mengambil langkah berhati-hati lebih dari biasa.
“AS komited memastikan keselamatan di Israel, malah tiada negara lain di dunia yang sering menyokong keperluan keselamatan mereka,” katanya.
Dia bagaimanapun enggan mengulas penghantaran senjata yang sepesifik, sebaliknya mengingatkan tindakan Obama minggu lalu mempersetujui pemberian AS$225 juta (RM720 juta) untuk menyokong sistem keselamatan Iron Dome Israel.
Sementara itu, jurucakap Pentagon berkata, memang ada prosedur sedia ada berhubung penghantaran senjata ke Israel.
“Ia proses yang berterusan dan sentiasa dipantau kami,” katanya.
“Sudah pasti dalam keadaan sekarang Certainly in light of the much increased operational tempo that the Israeli Defense Force is under now, as they defend themselves from Hamas, it warrants – that process continues to warrant assessment and review.”
Obama sebelum ini mempertahankan penggunaan kekerasan oleh Israel terhadap Hamas di Semenanjung Gaza, walaupun pada masa sama menyuarakan kebimbangannya terhadap jumlah kematian orang awam di situ.
Sehubungan itu, dia menggesa persetujuan dicapai segera untuk kebaikan rakyat Palestin. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16
No comments:
Post a Comment