Monday 18 June 2012

palestin teraniaya

18 Jun 2012 - BEIRUT, (PIC)-- Pergerakan Hamas berkata dalam laporan terbaru bahawa Israil berterusan dalam aktiviti penempatan dan meyahudikan wilayah pendudukan Palestin tanpa sebarang pencegahan atau mengambil kira kecaman dan resolusi antarabangsa.

Laporan tersebut yang meliputi tempoh dari 16 Mei hingga 15 Jun berkata pihak berkuasa pendudukan Israil (IOA) meningkatkan aktiviti penempatannya selepas mereka baru-baru ini meluluskan undang-undang yang menggalakkan perluasan penempatan.

Laporan tersebut menyatakan IOA turut menambah jumlah perkuburan palsu Yahudi di sekitar Masjid Al-Aqsa dan Bandar lama Baitulmaqdis bertujuan untuk meyahudikan identiti Arab di Bandar tersebut dan memalsukan sejarahnya.

Laporan itu menyatakan, sewaktu dalam tempoh laporan IOA mengeluarkan lebih daripada 13,000 perintah pemusnahan terhadap rumah warga Palestin dan hartanah dengan alasan pembinaan tanpa lesen dalam wilayah pendudukan.

Laporan itu juga menyebut tentang serangan pendatang Yahudi terhadap penduduk palestin dan harta mereka serta menegaskan kenyataan dan laporan Israil tentang pendudukan dan aktiviti yahudisasi mereka.

Sumber: Palestinian Information Center | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)